Doa ketika sakit

رَوَى التِّرْمِذِيُّ وَالطَّبَرَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ بُرَيْدَةَ بْنِ الْحُصَيْبِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ { شَكَا خَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ الْمَخْزُومِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ إلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَنَامُ اللَّيْلَ مِنْ الْأَرَقِ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا أَوَيْت إلَى فِرَاشِك فَقُلْ اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَمَا أَظَلَّتْ ، وَرَبَّ الْأَرَضِينَ وَمَا أَقَلَّتْ ، وَرَبَّ الشَّيَاطِينِ وَمَا أَضَلَّتْ ، كُنْ لِي جَارًا مِنْ شَرِّ خَلْقِك كُلِّهِمْ جَمِيعًا أَنْ يَفْرُطَ عَلَيَّ أَحَدٌ مِنْهُمْ أَوْ يَبْغِيَ عَلَيَّ ، عَزَّ جَارُك ، وَجَلَّ ثَنَاؤُك ، وَلَا إلَهَ غَيْرُك ، أَوْ لَا إلَهَ إلَّا أَنْتَ }

Diriwaytkan oleh Turmizi dan Thabarani, dari hadith daripada Buraidah, ia berkata : Khalid al-Walid telah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang penyakit yang dideritanya, ia berkata : “Ya Rasululah SAW, saya tidak dapat tidur sepanjang malam kerana insomania. Maka Nabi SAW  berkata kepadanya ; Jika engkau hendak tidur, maka ucapkanlah terlebih dahulu doa ini ;

Ya Allah, Tuhan Tujuh Petala langit, Tuhan Sekelian Alam, dan Tuhan Syaitan-syaitan. Jadilah bagiku sebgai pelindung dari kejahatan makhlukMu semuanya, seandainya salah seorang dari mereka hendak berbuat kekasaran atau anaiya ke atasku, maka kuatlah pertolonganMu dan Maha Agunglah PujianMu, serta tidak ada Tuhan selainMu.

 عَنْ أَبِي سَعِيد أَنَّ جِبْرِيلَ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ اشْتَكَيْتَ فَقَالَ نَعَمْ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

Dari Abu Said Al-Khudri RA bahawa Jibril AS datang mengunjungi nabi SAW, lalu dia berkata : Ya Muhammad, adakah anda sakit ? Nabi SAW menjawab : Ya. Lalu Jibril AS mengucapkan doa : “Allah menyembuhmu, dengan nama Allah Aku menagkalmu”. Riwayat Muslim

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ اشْتَكَى مِنْكُمْ شَيْئًا أَوْ اشْتَكَاهُ أَخٌ لَهُ فَلْيَقُلْ رَبَّنَا اللَّهُ الَّذِي فِي السَّمَاءِ تَقَدَّسَ اسْمُكَ أَمْرُكَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ كَمَا رَحْمَتُكَ فِي السَّمَاءِ فَاجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِي الْأَرْضِ اغْفِرْ لَنَا حُوبَنَا وَخَطَايَانَا أَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِينَ أَنْزِلْ رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ وَشِفَاءً مِنْ شِفَائِكَ عَلَى هَذَا الْوَجَعِ فَيَبْرَأَ

Dari Abu Darda’ RA dia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa di antara kamu menderita sakit, atau saudaranya sakit, maka ucapkanlah : Tuhan Kami adalah Allah, Maha Suci NamaMu di langit dan di bumi, sebagaimana rahmatMu di langit, maka jadilah rahmatMu di bumi, maka ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami, turunlah rahmat dari sisiMu dan ubat dari ubatMu atas penyakit ini.” Riwayat Abu Daud dari kitab Sunan Abu Daud m/s 397 jilid 10.

Translate »