Apabila Mungkar Dan Nakir Menyoal
Barra' bin Azib meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda : "Ada dua malaikat yang akan menanya si mayat.
Kedua-duanya akan menyiasat si mayat dengan terperinci. Inilah rintangan
terakhir yang dihadapi oleh mayat".
Apabila si mayat dapat menjawab kesemua soalan,
maka terdengarlah seruan : "Benarlah engkau"
Selepas itu datanglah seorang yang cantik, wangi
dan pakainnya indah dan berkata : "Gembiralah anda mendapat rahmat Allah SWT dan
Syurga yang cukup menyenangkan". Kemudian mayat itu berkata : "Engkaupun
beruntung mendapat nikmat daripada Allah SWT, siapakah engkau ?" Jawabnya :
"Akulah amal solehmu. Demi Allah SWT sepengetuanku, engakau sangat taat mengerjakan
suruhan Allah dan menghindari perbuatan maksiat, maka Allah pun memberi ganjaran
kepadamu"
Kemudian terdengarlah seruan : "Berilah dia
pakaian daripada Syurga dan bukakan kepadanya pintu ke Syurga. Kemudian diberilah dia
pakaian daripada Syurga dan dibukakan pintu-pintu Syurga"
Kemudian mayat itu berdoa : "Ya Allah,
segeralah qiamat, semoga aku berjumpa dengan keluargaku dan mendapat hartaku"
Sedangkan orang-orang KAFFIR, apabila sudah
mengadap ke akhirat, turunlah kepadanya Malaikat yang sangat kejam dan memakai
pakaian api dan baju daripada aspal. Apabila rohnya keluar semua malaikat yang berada di
antara bumi dan langit serta Malaikat yang berada di langit melaknatinya. Semua
pintu-pintu langit terkunci kerana tiada yang suka roh tersebut lalu di hadapannya.
Ketika roh itu mahu naik, para Malaikatpun
mencampak semula roh itu ke bumi kerana amal jahatnya. Kemudian ada yang berkata :
"Ya Allah, hambamu yang bernama ini tidak diterima oleh langit dan bumi."
Lalu Allah SWT berfirman : "Pulangkan dia,
dan campakkannya ke tempat yang telah Aku sediakan. Aku sudah menyediakannya sesuai dengan
firmanKu (iaitu Surah Thaha ayat 55)"
Maka mayat orang KAFFIR itupun dapat mendengar
suara selipar ketika orang yang menghantarnya mahu pulang, sehinggalah dia mendengar
pertanyaan : "Siapa Tuhanmu, Siapa nabimu dan apa agamamu ?"
Dia akan menjawab : "Saya tidak tahu"
Kemudian disebutnya lagi "Saya tidak
tahu" dan begitulah setiap kali soalan dikemukakan kepadanya.
Selepas itu datanglah orang yang sangat hodoh,
berbau dan berpakaian buruk dan berkata : "Rasakanlah kemurkaan dan seksa Allah
SWT" Mayat KAFFIR tadipun bertanya : "Siapa engkau ?" Jawab orang
hodoh itu : "Akulah amal jahatmu. Engkau selalu mengerjakan maksiat kepada Allah
serta tidak mahu mentaati perintah Allah, oleh itu Allah memberi balasan yang setimpal
kepadamu"
Mayat KAFFIR itupun berkata : "Engkaupun
mendapat kemurkaan Allah SWT"
Kemudian datang seorang yang tuli, bisu dan
pekak membawa tukul daripada besi yang teramat berat yang tidak mampu diangkat dan
dipikul oleh manusia dan jin. Kalau dipukulkan kepada gunung nescaya runtuhlah gunung itu.
Lalu dia memukul mayat itu sekali pukul terus menjadi debu. Setelah itu dikembalikan
rohnya dan dipukul lagi di antara kedua belah matanya sehingga didengari oleh seluruh
penduduk bumi kecuali jin dan manusia.
Setelah itu terdengar suara : "Berikan
pakaiannya daripada api dan bukakan pintu ke neraka" Kemudian diberilah dia pakaian
daripada api dan dibukakan pintu neraka.