|
Orang Islam Menemui Amerika
Lebih Awal
dari Christoper Columbus
Ramai pengkaji sejarah menegaskan bahawa
orang-orang Islam telah tiba di Amerika Utara sebelum kedatangan Cristoper
Columbus, tidak kurang 500 tahun lebih awal, apabila kapal-kapal orang Islam
belayar ke Lautan Atlantik, ketika itu dikenali sebagai Sea Of
Injustice (Laut Ketidakadilan) dan menghala ke
barat berabad-abad sebelum Columbus.
Seorang pengkaji sejarah Islam,
Al-Masoudiy menjelaskan dan bukunya bertajuk "Murujal-Dhabab Wa
Maadin Al-Jawhar"
bahawa seorang pelaut Islam bernama Khishkhash bin Said Al-Qurthuby
belayar dari pelabuhan Palos di Sepanyol pada 889M
telah sampai ke beberapa tempat dan membawa pulang banyak harta.
Al-Masoudiy tutut menjelaskan
dalam peta yang dilukisnya bahawa ada beberapa kawasan di Lautan Atlantik
yang beliau namakan sebagai "tanah yang tidak diketahui".
Kajian yang dilakukan oleh Dr. Yusuf
Mirwa dan diterbitkan dalam bahasa Inggeris menyebut bahawa pelayaran
Columbus jelas menunjukkan kehadiran orang Islam di mana Columbus telah melihat
sebuah pulau merah dikenali sebagai "Canar"
dan diperintah oleh seorang arab tua bernama Abu Abdullah.
Beliau juga mendapati bahawa penduduk pulau San
Salvador memanggil pulau itu sebagai "Juan Hani" yang
berasal dari sebutan Arab "Ikhwat Hani". Columbus
sendiri turut menulis mengenai seorang kulit hitam yang beliau lihat sendiri di
Honduras dan berasal dari satu suku kaum yang dikenali oleh masyarakat tempatan
sebagai "Mamiy"
yang bermaksud "Imammiy" atau "Imam"
Sejarawan Amerika, Weiner, yang
juga seorang profesor di Universiti Harvard, menulis bahawa Columbus mengetahui
kehadiran orang Islam di Dunia Baru (Amerika) yang datang dari Afrika Timur dan
telah berkembang menerusi Caribbean ke serata pelusok Amerika Utara dan Selatan.
Beliau turut menjelaskan bahawa beberapa pedagang yang turut berkahwin dengan
penduduk India tempatan.
Beberapa buku rujukan Islam menyebut mengenai
pelayaran di Lautan Atlantik berkenaan seperti ahi Geografi terkenal
Al-Idrisy dalam bukunya "Nuzhat Al-Mushtaq Fi Ikhtiraq Al-Afaq"
dan seorang lagi penulis Islam bernama Al-Umary
melalui bukunya yang bertajuk "Masaliki al-Absar Fi Mamalik Al-Amsar".
Dalam buku catatannya, Columbus menyebut bahawa
semasa di Cuba, beliau melihat sebuah masjid di sebuah puncak bukit dan senjata
yang digunakan oleh orang-orang Haiti menyerupai senjata yang digunakan oleh
orang Afrika.
Barry Neil dalam bukunya
"The Story Of America" mengemukakan banyak bukti tentang kehadiran
orang Arab di Amerika. Antaranya ialah peta, bekas-bekas sekolah, nama-nama puak
dan tempat (yang mana 565 telah beliau catatkan) berasal dari nama-nama Arab dan
Islam seperti "Maka"
yang merupakan nama Mekah. Beliau berkata nama tersebut berasal dari nama Makkah
Al-Mukarramah. Terdapat juga nama-nama lain seperti Muna, Ahmed, Abagi, Zulu dan
Murabitun. Selain daripada itu banyak lagi budaya dan tradisi yang menunjukkan
dengan jelas hubungan antara orang kulit merah Amerika dengan Arab-Islam.
Alexander Foun, dalam kajiannya mengenai
kesenian purba di Amerika menjelaskan pendapat bahawa ukiran yang diperolehinya
mempunyai ciri-ciri Arab di mana beliau telah menemui motif bulan sabit dalam
banyak hasil seni lukis dan kerja tangan di dinding-dinding dan duit
syiling.
Buku "They Came Before Columbus"
karangan
Evans Syrtima membentangkan banyak bukti lain mengenai ketibaan
orang Afrika ke Amerika seperti nama-nama yang digunakan oleh puak kulit merah
terutama yang berkaitan dengan petunjuk-petunjuk sejarah.
Orientalis British De Lasay
dalam bukunya "Arabic Thought And Its Place In The History Of West"
menyatakan pelayaran yang dibuat oleh kumpulan muslim pada 1312M.
Beliau turut mengakui bahawa kepakaran pelayaran orang Arab dan Muslim Afrika
membolehkan mereka (barat) sampai ke Amerika. De Lasay juga berkata tidak
diragukan bahawa banyak telah diperkatakan tentang kehadiran awal orang Islam ke
Amerika seblelum Columbus.
Dalam kajiannya, Dr. Mirwah
pernah mengesahkan bahawa dalam banyak buku rujukan Arab dan Barat yang beliau
telah baca terdapat petunjuk jelas tentang kehadiran awal Muslim ke Amerika.
Semoga pendedahan-pendedahan oleh beberapa tokoh
Islam dan disokong oleh sejarawan barat dan Amerika tentang kedatangan awal
muslim ke Amerika dapat mengukuhkan lagi semangat dakwah mauslim Amerika dan
membawa kepada simpati bagi perjuangan Arab-islam yang kini menjadi bahan yang
sering diberi gambaran salah dan punca permusuhan.
|