KETIBAAN NABI MUHAMMAD
DALAM KITAB-KITAB
AGAMA LAMA
oleh Mohd Jamil Mukmin
PENDAHULUAN
Kelahiran Nabi Muhammad sebagai Nabi Akhir
Zaman telah terlebih dahulu diramalkan oleh banyak kitab-kitab agama orang-orang lama
zaman itu. Kitab-kitab agama itu termasuklah kitab-kitab Vida, Dasatir dan Injil
(Bible). Kenyataan-kenyataan tentang ramalan-ramalan di dalam kitab-kitab agama itu
lazimnya disebut sebagai "Khabar Gembira . Orang-orang Islam adalah memegang
teguh keterangan-keterangan ini. Kenyataan-kenyataan ramalan yang dimaksudkan tersebut
adalah sebagai berikut:
KITAB VIDA DAN DASATIR
Salah sebuah kitab agama Hindu yang terkenal
ialah kitab Sama Vida. Dalam perenggan 6 dan 8 penggal 11 kitab tersebut ada
menyatakan keterangan deinikian.
"Ahmad (Muhammad) menerima syariat
daripada Tuhannya, sedang syariat itu penuh hikmat dan ia (syariat) mengambil cahaya
daripada Tuhan sebahagian ia (cahaya) diambil daripada matahari.
Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir salah
sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang
Parsi purba ada menyebut seperti berikut:
"Bahawa umat Zoroaster ketika mereka
membuang agama mereka, mereka menjadi hina dan lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah
Arab menewaskan pengikutnya (pengikut-pengikut Zoroaster) dan orang-orang Parsi dan
menundukkan pula orang-orang Parsi yang sombong. Selepas daripada api dalam kuil-kuil
mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka ke arah Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan
daripada berhala-berhala, ketika itu mereka menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad)
yang menjadi rahmat bagi seluruh alam, dan menguasai orang-orang Parsi, menakluki Madain,
Tus dan Balk iaitu tempat suci bagi orang-orang Zoroaster dan yang berjiran dengan mere
ka. Dan Nabi mereka sesungguhnya adalah bijak bercakap, ia bercakap dengan
mukjizat-mukjizat.
Kitab-kitab tersebut adalah merupakan
kitab-kitab yang sangat dihormati dan disanjung tinggi oleh penganut-penganutnya.
Ramalan-ramalan dalam kitab-kitab tersebut kemudiannya telah menjadi kenyataan. Nabi
Muhammad sebagaimana yang dipaparkan dalam kitab-kitab itu kemudiannya telah lahir,
membuka fikiran manusia ke sinaran yang terang benderang.
KITAB TAURAT
Dalani kitab Taurat Ulangan iaitu kitab
suci agama Yahudi fasal 18 Tuhan telah berIirman kepada Nabi
Musa, katanya:
"Bahawa aku (tuhan) akan bangkitkan
bagi mereka itu (dan seluruh insan di dunia ini) seorang Nabi dari kalangan saudara mereka
(orang-orang Arab) yang seperti engkau (Musa) dan aku akan menjadikan segala flrmanku
dalam mulutnya, dan ia pun akan menyatakan kepada mereka segala yang aku pesankan.
Teranglah dalam ayat ini Tuhan telah menyuruh
Nabi Musa supaya beliau menyatakan kepada kaumnya Bani Israel bahawa kelak Tuhan
akan mengutuskan seorang Rasul kepada mereka dan seluruh manusia yang bukan daripada
keturunan Bani Israel, tetapi daripada bangsa yang bersaudara dengan mereka, iaitu
keturunan Nabi Ismail putera Nabi Ibrahim atau ketuninan Arab Muda (al-Arab
ul-Musta'ribah). Dan Rasul yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan ialah Nabi
Muhammad. Bagi mencari asal-usul keturunan Arab Muda itu yang dikatakan bersaudara dengan
Bani Israel, kajian tentang susur-galur keturunan Nabi Ibrahim perlu sekali dibuat.
Mengikut sejarah Nabi Ibrahim mempunyai dua orang putera, selain Nabi Ismail iaitu Nabi
Ishak yang mempunyai seorang putera bernama Nabi Yaakub atau Israel. Inilah sebabnya
mereka itu dikatakan bersaudara.
KITAB INJIL YAHYA LAMA
Dalam kitab Injil Yahya yang digunakan
oleh orang-orang Kristian dahulu atau boleh juga disebut kitab Injil Yahya Lama, fasal
18 ada menyatakan berikut:
"Tetapi aku (Isa) ini mengatakan yang
benar kepadamu (pengikut-pengikut Isa) bahawa berfaedahlah bagi kamu jika aku ini pergi,
kerana jika aku tiada pergi tiadalah Paraclete itu akan datang kepadamu, tetapi jika aku
pergi aku akan men yuruh dia kepadamu.
Perkataan Paraclete' ini berasal
daripada bahasa Greek Tua iaitu Parakletos' yang bermakna Penolong' atau Wakil' yang
boleh juga diertikan sebagai Utusan' atau Rasul'. Tetapi perkataan ini
kemudiannya ditafsirkan oleh padri-padri Kristian sebagai Roh alQudus (The Holy
Ghost). Dalam bahasa Greek Tua itu juga terdapat satu perkataan yang hampir sama dengan
perkataan itu iaitu Paraklutos' ertinya Yang Sangat Terpuji' atau dalam
bahasa Arab disebut Ahmad atau Muhammad. Perkataan Paraklutos ini yang sebenamya
dicatatkan dalam kitab Injil bahasa Greek Tua, tetapi kemudiannya telah berubah menjadi Paraclete,
kerana mungkin kecuaian penyalin-penyalinnya, sebab penyalin-penyalmn itu
kebanyakannya terdiri daripada penuntut-penuntut padri yang kurang mahir dalam bahasa itu.
Atau mungkmn juga perkataan itu sengaja diubah oleh padri-padn untuk memberi keyakinan
kepada penganut-penganut Kristian.
KJTAB INJIL YAHYA SEKARANG
Kitab Injil Yahya yang digunakan oleh
gereja-gereja Kristian pada masa ini juga membayangkan tentang
kedatangan Nabi Akhir Zaman itu. Dalam fasal 16 ayat 12, 13, 14, 15, 16 dan 17
kitab tersebut Nabi Isa telah menegaskan kepada murid-muridnya, katanya:
"Dart hal hukuman sebab penghulu dunia
ini sudah dihukumkan. Maka ada lagi banyak perkara-perkara yang hendak kukatakan kepadamu,
tetapi sekarang ini tiada boleh kamu menanggung dia. Melainkan apabila ia pun datang,
iaitu Roh Kebenaran, maka ia akan membawa kamu pada jalan segala kebenaran, kerana tiada
dengar kelak iaitu akan dikatakannya, dan dikhabarkannya kelak kepadamu perkara-perkara
yang akan datang. Maka ia akan memuliakan aku kerana dtambilnya kelak perkaraku lalu
dikhabarkannya kepada kamu (manusia kemudian). Barang sesuatu yang ada kepada Bapa (Tuhan
Bapa) iaitu semuanya aku punya, itulah sebabnya aku sudah berkata bahawa diambilnya kelak
perkaraku lalu dikhabarkannya kepadamu (manusia kemudian). Lagi seketika maka tiada kamu
akan memandang aku lagi, kemudian seketika lagi kamu akan memandang aku pula.
Kesimpulan ayat-ayat di atas bolehlah seperti
berikut:
"Darihal hukuman sebab penghulu dunia ini
sudah dihukumkan. Maka ada lagi banyak perkara yang hendak kukatakan kepadamu, tetapi
sekarang ini tiada boleh kamu menanggung dia. Melainkan apabila ia pun datang, iaitu Roh
Kebenaran, maka ia akan membawa kamu (manusia kemudian) pada jalan segala kebenaran. Ayat
ini menghuraikan bahawa Roh Kebenaran yang dikatakan datang tadi akan melanjutkan
kerja-kerja Nabi Isa.
2. "Kerana tiada Ia akan berkata-kata
daripada kuasa dirlnya sendiri melainkan barang yang didengrnya kelak iaitu akan
dikatakannya, dan dikhabarkannya kelak kepadamu (manusia kemudian) perkara-perkara yang
akan datang . Umumnya ayat ini menyatakan yang Roh Kebenaran yang akan muncul itu akan
menerangkan kepada seluruh manusia perkara-perkara yang diwahyukan oleh Tuhan terhadapnya
(barang yang didengarkan kelak), dan akan menerangkan perkara-perkara yang akan datang
seumpamanya tentang Hari Qiamat dan sebagamnya.
3. "Maka Ia akan memuliakan aku kerana
diambilnya kelak perkaraku lalu dikhabarkannya kepadamu (manusIa kemudian) . Ayat ini
membayangkan bahawa Roh Kebenaran itu akan memberI kemuliaan kepada Nabi Isa kerana ia
akan menerima keterangan-keterangan tentangnya daripada Tuhan untuk umatnya sebagai contoh
tauladan dan ajaran-aj arannya. Mengikut ajaran-ajaran Kristian sekarang, Nabi Isa adalah
penjelmaan Tuhan di muka bumi ini atau Nabi Isa itu adalah Tuhan Anak (The Son of God),
sebab itulah ayat Injil di atas menyatakan, "Barang yang ada kepada Bapa (Tuhan Bapa)
iaitu semuanya aku punya, itulah sebabnya aku sudah berkata bahawa diambilnya kelak
perkaraku lalu dikhabarkannya kepadamu (manusia kemudian) . Ayat ini boleh ditafsirkan
bahawa apa yang ada pada Tuhan Bapa (Allah) terdapat juga Tuhan Anak (Isa), dan ini
bermakna bahawa ajaran-ajaran Tuhan Bapa (Allah) juga.
4. Lagi seketika maka tiada kamu akan
memandang aku lagi, kemudian seketika lagi kamu akan memandang aku pula. Ayat ini
membayangkan bahawa Nabi Isa selepas daripada menyatakan kenyataan-kenyataan itu akan
lenyap, tetapi kemudian akan menjelma di dunia ini.
Dan kenyataan-kenyataan dan tafsiran-tafsiran di atas
menunjukkan dengan jelas bahawa Roh Kebenaran yang dikatakan akan menyambung usaha-usaha
Nabi Isa tersebut, tidak salah kalau dikatakan seorang Pesuruh Allah atau Rasulullah,
kerana tugas-tugas yang dibayangkannya adalah tugas seorang Rasul. Roh Kebenaran itu
tidaklah menyeleweng kalau dikatakan Nabi Muhammad, kerana bayangan-bayangan yang tersebut
di dalam ayat tersebut kemudiannya telah menjadi kenyataan apabila Nabi Muhammad lahir.
Cuma yang agak berbeza yang juga mungkin boleh menimbulkan salah faham ialah ayat,
"Barang sesuatu yang ada kepada Bapa (Tuhan Bapa) iaitu semuanya aku punya, itulah
sebabnya aku sudah berkata bahawa diambilnya kelak perkaraku lalu dikhabarkannya kepadamu.
Ayat ini harus telah menenima perubahan bagi menyesuaikan dengan konsep tritung gal (trinity)
agama Knistian. Huraian ayat ini telah pun dijelaskan di atas.
KITAB INJIL BARNABA
Kitab Injil Barnaba ini ialah salah sebuah
kitab Injil yang telah dibatalkan pengesahannya oleh padri-padri Kristian dalam satu
persidangan tidak lama dahulu, kerana isi kitab Injil tersebut tidak jauh perbezaannya
dengan kitab suci al-Quran, banyak menyebut atau sekurang-kurangnya
membayangkan tentang ketibaan Nabi Muhammad sebagai Nabi Akhir Zaman di antaranya
kenyataan-kenyataan dan bayangan-bayangan (Khabar Gembira) tentang ketibaan Nabi Muhammad
itu adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini:
"Sesungguhnya telah datang Nabi-Nabi
semuanya melainkan seorang Rasul yang akan datang sesudahku (Isa) nanti.
2. "Jesus Christ (Isa) berkata, Janganlah
bergoncang hati kamu (murid-murid Isa) dan janganlah kamu takut, kerana bukan aku
menjadikan kamu, tetapi Tuhan (Allah) yang men] adikan kamu. Adapun tentang diriku
sesungguhnya aku datang untuk menyediakan jalan bagi Utusan Tuhan (Rasulullah) yang akan
datang membawa kelepasan bagi dunia. Tetapi awas kamu ditipu orang kerana akan datang
beberapa banyak Nabi dusta, mereka mengambil perkataanku dan mengaturkan Injilku.
Ketika itu berkata Andraus, "Wahai Guruku, sebutkanlah
bagi kami satu tanda supaya kami (manusia kemudian) kenal akan dia. Maka jawab Isa,
"Sesungguhnya dia tidak datang pada masa kamu ini tetapi ia akan datang kelak
berbilang tahun selepas masa kamu, iaitu di waktu dirosakkan orang Injilku dan hampir
tidak didapati lagi tiga puluh orang mukmin (pengikut-pengikut Isa yang tulen). Di waktu
itulah Tuhan (Allah) merahmati dunia ini, maka diutus-Nya-lah Rasul-Nya yang tetap, awan
putih di atas kepalanya mengenal akan dia salah seorang pilihan Tuhan (Allah) dan dialah
yang akan menzahirkan kepada dunia. Dan ia akan datang dengan kekuatan yang besar untuk
menewaskan orang-orang jahat dan ia akan menghapuskan penyembahan berhala dari dunia ini.
Sesungguhnya aku menyukai yang demikian,
kerana dengan perantaraannya akan diterangkan dan dimuliakan orang akan Tuhan (Allah) dan
Ia menyatakan kebenaranku. Dan ia akan menghukum sekalian orang yang berkata bahawa aku
orang yang lebih besar daripada manusia (sama dengan Tuhan).
3. Satu rombongan Yahudi telah datang menemui
Isa mereka bertanya tentang Nabi yang akan dibangkitkan di akhir zaman nanti. Maka Isa
berkata, "Tuhan (Allah) telah menjadikan Nabi di akhir zaman dan telah meletakkan
dalam sebuah qandil' daripada cahaya dan menamakannya Muhammad'. Berkata ia, Wahai
Muhammad, sabarlah. Lantaran engkaulah aku jadikan makhluk yang banyak dan aku anugerahkan
untuk engkau semuanya. Barangsiapa yang rela kepada engkau maka rela pula kepadanya dan
barangsiapa yang marahkan engkau maka aku terlepas daripadanya.
4. Bertanya murid-murid (murid-murid Isa),
"Wahai Guru. Siapakah gerangannya laki-laki itu yang engkau (Isa) katakan yang akan
datang ke alam ini? Menjawab Isa dengan perasaan gembiranya, "Sebenamya itulah "Muhammad
Rasulullah . Dia datang ke alam ini untuk berbuat balk di kalangan manusia dengan
membawa rahmat yang banyak, seperti mana hujan mencurah bumi yang mengeluarkan buah-buahan
sesudah menempuh kemarau panjang. Maka dia merupakan awan putih yang dipenuhi rahmat
Tuhan, iaitu rahmat yang dicurahkan Tuhan (Allah) terhadap orang mukmin laksana huj an.
5. Nabi Isa berkata kepada murid-muridnya,
tatkala manusia memanggil aku Tuhan (Allah) dan Tuhan Anak (Anak Allah) aku tidak ada lagi
di dalam alam mi. Tuhan (Allah) mengolok-olokkan manusia di alam ini dengan kematian
Yahuda. Mereka beriktikad bahawa akulah yang mati tersalib itu, supaya tidak lagi syaitan
mengolok-lokkan aku di hari Qiamat nanti. Aku tetapkan begini selamanya hingga datang "Muhammad
Rasulullah . Apabila Muhammad datang terbukalah rahsia tipuan ini bagi mereka yang
beriman dengan agama Tuhan (Allah).
6. Dalam Injil Barnaba itu juga Nabi Isa pemah
berkata, "Nabi Adam pemah melihat di udara satu tulisan La ilaha illallah wa
Muhammad darRasulullah,' Maka Adam berkata kepada Tuhan (Allah); Aku bersyukur kepada
Engkau wahai Tuhanku kerana Engkau telah jadikan aku, dan berilah kepada aku apakah
maknanya, "Muhammad dar Rasulullah itu? Tuhan (Allah) menjawab, "Selamat
datang engkau wahai hamba-Ku Adam. Sesungguhnya aku katakan kepada engkau adalah mula
pertamanya manusia yang aku jadikan dan tulisan yang engkau lihat ini sebenamya itulah
anak engkau yang akan datang ke alam ini sesudah beberapa tahun nanti. Dia akan menjadi
UtusanKu (Rasul-Ku). Kerananyalah Aku jadikan segalanya. Apabila dia datang kepada alam.
Adalah dirinya itu terletak di dalam satu tempat yang indah, kira-kira 60,000 tahun
sebelum aku jadikan engkau.
7. Di lembaran laIn kitab Injil Barnaba itu
Nabi Isa pemah berkata, "Di waktu Nabi Adam keluar daripada syurga (bersama-sama
Hawa) ia nampak tulisan di atas pintu syurga. "La ilaha illalLah wa Muhamma dar
Rasulullah. Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas tadi ketibaan Nabi Muhammad
adalah sebagai mentaksid atau untuk membaiki penyelewengan yang terdapat di dalam agama
Nasrani (Knistian) dan juga agama Yahudi, di samping untuk mempenlengkapkan lagi
ajaran-ajaran yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul yang terdahulu danipadanya sesuai bagi
seluruh manusia dan sepanjang zaman. Nabi Muhammad telah membawa agama Islam sebagai agama
yang benar, agama yang diredai oleh Allah dan agama yang menyelamatkan manusia daripada
ajaran-ajanan agama yang telah menyeleweng daripada asal.
|