|
Falsafah Perkahwinan Dalam Islam
Firman Allah S.W.T.
"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari
sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang
mereka tiada mengetahui."
(Yaasin: 36)
Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan
kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan
tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara
tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di
kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok
yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan
pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang
yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya.
Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat
dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.
Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai
jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya
dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya
ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang
pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti
ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia
akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia
kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.
Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia
Dengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti
mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari
acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan.
Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak
langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat,i keindahan.
Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan
bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.
Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam
kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni
alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan
antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan.
Allah S.WT. berfirman:
"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan
dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan
di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda
bagi orang-orang yang berfikir. "
(ar-Ruum:21)
Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan
manusia.Allah S.WT. berfirman:
"Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu
semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang
daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... "
(An-Nisa':1)
Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia
dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia
itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka
waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah
manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia
yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifah-Nya.
Mengapa Berkahwin
Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki
dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan
perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat
mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan
yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak
dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan,
ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa
kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan
itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya,
pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka
tidak tenteram.
Membentuk Keluarga
Peraturan yang ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam
satu institusi masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah
tahap pertama pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar
memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat lumahtangga
memerlukan penyusunan. Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan bebas
tanpa perkahwinan dan perlindungan undang-undang melambangkan suatu pembentukan
rumahtangga yang tidak tersusun. Ia akan berkembang menjadi belukar dan
hutan belantara yang hidup di dalamnya binatang-binatang buas. Hak-hak
suami isteri tidak dapat dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan
seumpama ini.
Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk meneiusi perkahwinan yang tertakluk
kepada peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempurna, akan menjadi
seperti pohon-pohon yang ditanam secara tersusun. jika pohon-pohon ini
terus dipelihara, ia kekal menjadi taman indah yang menyegarkan kehidupan.
Demikianlah halnya sebuah rumahtangga yang diikat dengan perkahwinan akan
menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan kebisingan anak-anak
meniadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah.
Rumahtangga Sebagai Masyarakat Kecil
Mendirikan rumahtangga dalam Islam bukan ulusan individu seperti yang difahami
dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam Islam
merupakan bahagian penting masyarakat dan masyarakat mempunyai tanggungjawab
dalam pembentukan-
Falsafah Perkahwinan Dalam Islam
Oleh kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia
ada dan hubungan antara kcluarga baru dan yang sedia ada wajib diperteguhkan
dan oleh kerana keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh
mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat, maka perkahwinan yang tidak
menghormati masyarakat, seperti kahwin lari, tangkap basah dan lain-lain,
sangat dikeji oleh Islam, melainkan di dalam keadaan-keadaan tertentu,
di mana pemerintah boleh menggantikan tempat sebagai wali bagi menggantikan
wali daripada keluarga si isteri.
Prinsip Pembentukan Keluarga Islam
Sebagai Nizamul Hayah (peraturan hidup) yang syamil (lengkap) dan sempuma,
yang merangkumi pembentukan masyarakat yang sejahtera, Islam telah menetapkan
peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempuma.
Peraturan ini tidak hanya berbentuk undang-undang tetapi juga menerusi
pembentukan rasa tanggung-jawab dan menghormati nilai-nilai akhlak yang
dibina menerusi kesedaran beragama yang dipupuk menerusi pendidikan. Kesempurnaan
undang-undang yang mengawal perjalanan keluarga tidak mencukupi bagi menjamin
ketenteraman keluarga itu. Keluarga mesti disusun dan dikawal oleh rasa
tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak Islamiyyah. Rasa tanggungjawab
dan menghormati nilai-nilai akhlak itu hanya akan berkembang subur di kalangan
orang-orang yang mempunyai kesedaran keagamaan. Kesedaran keagamaan yang
terpenting ialah apabila seseorang itu sentiasa mengingatiallah S.WT. dan
takut kepada-Nya. Kesedaran ini meiupakan kawalan berkesan untuk seseorang
mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Tanpa kesedaran ini
peraturan yang sempurna tidak memberi banyak kesan, kerana orang yang tidak
dapat mengawal dirinya dengan kesedarannya terhadap wujudnya Allah S.W.T.
dan takut kepada-Nya, akan dengan mudah melanggar undang-undang dan peraturan
itu. Apabila undang-undang tidak dihormati, ia tidak bermakna lagi walau
bagaimana sempurnapun undang-undang itu.
Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu
kepada dua prinsip.
1. Didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama (di dalamnya disuburkan
perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas kasihan,
bertimbang rasa dan lain-lain)
2. Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara
suami isteri, kewaiipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku
perselisihan dan penceraian dan sebagainya.
Kepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam
hari ini adalah kerana pembentukannya tidak sangat memenuhi kehendak-kehendak
Islam. Selain daripada kurangnya asas-asas keagamaan, pasangan suami isteri
pula jahil tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan hubungan antara mereka,
dan tanggungjawab keduanya terhadap anak-anak.
Peraturan Mencari jodoh
Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu
pertimbangan dalam men cari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan.
Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting
di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada
agama. Sabda baginda yang bermaksud:
"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan
itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta
itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.
Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.
(Diriwayatkan oleh Ibn Majah).
Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta
sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta
tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan
rumahtangga.
Keturunan Dan Kufu'
Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang telah
dijelaskan sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek yang penting
yang hendak ditinjau ialah dari segi kesihatan dan keadaan hidup keluarga.
Dari segi kesihatan, perlu dikaji sama ada bakal isteri dan suami mempunyai
keluarga yang mempunyai penyakit keturunan. Ini tidak bermakna wanita yang
mempunyai keluarga yang beipenyakit tidak boleh dikahwini dan dipandang
hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah ketehtian di dalam membentuk
keluarga yang mahu mencapal peringkat yang ideal.
Demikian juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri,
saina ada berpegang teguh kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan dan
suasana rumahtangga ibu bapa, sudah tentu mempengaruhi kehidupan anaknya.
Sekiranya bakal suami isteri itu daripada keluarga yang tidak menghormati
agama dan akhlak, sudah tentu sukar untuk membentuk suasana yang sesuai
dengan kehendak Islam dalam keluarga tersebut.
Satu masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah perkahwinan sekufu'
atau setaraf. Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf. Jawapannya
ya. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentulah tidak sama orang berilmu
dengan orang yang tidak berilmu, orang yang suka berpoya-poya dan berbuat
maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek inilah Islam melihat adanya
perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, manusia
itu sama. Manusia yang jahat pun, dari sudut peri kemanusiaan, perlu diberi
pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua perbezaan hidup dan
nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih mulia daripada insan yang
bertakwa. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan apabila Islam mengakui darjat-darjat
hidup manusia. .
Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang
mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di
dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting.
Mereka memandang tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang miskin,
yang berpangkat berkahwin dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini melihat
dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. menjadikan manusia
sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam peiundangan Islam iaitu
aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf hidup sama ada dari segi
kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai pengaruh dalam menentukan
kehidupan rumahtangga, kerana realiti kehidupan seperti ini tidak boleh
diperkecilkan. Seorang perempuan kaya yang sudah biasa dengan kehidupan
mewah, sudah tentu menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan
kehidupan baru yang disediakan oleh suaminya yang miskin. Kesukaran ini
boleh menimbulkan masalah yang rumit. Demikian juga seorang suami yang
warak berkahwin dengan isteri yang suka berpoya-poya, sudah tentu akan
menimbulkan masalah yang melibatkan hubungan suami isteri itu. Inilah realiti
kehidupan alam perkahwinan yang perlu mendapat perhatian perundangan dan
dari sinilah timbuinya masalah kahwin sekufu'.
Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang
anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk
mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya. Demikian
juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkah
dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, demi untuk menjaga kepentingan
diri dan kehidupannya di masa hadapan.
Keharusan Berpoligami
Di antara persoalan yang meniinbulkan masalah paling kontroversi dalam
unisan perkahwinan umat Islam ialah keharusan berpoligami. Ia dijadikan
bahan oleh setengah golongan untuk mengecam Islam dan ramai wanita yang
tidak puas hati dengan pelaksanaannya.
Bagi menghuraikan masalah ini, terlebih dahulu mestilah difahami apakah
yang dimaksudkan dengan keharusan itu. Dari segi perundangan, harus bererti
sesuatu yang tidak diseksa dan tidak diberi pahala kepada orang yang melakukannya.
Ertinya, ia tidak mempunyai obligasi dari segi hukum. Tetapi, keharusan
berpoligami ini dari segi pelaksanaannya bukan sahaja tunduk kepada hukum
ini. Ia juga tertakluk kepada prinsip pembentukan keluarga yang telah diterangkan
sebelum ini iaitu perasaan tanggungjawab dan perasaan-perasaan lain yang
dituntut oleh Islam. Sungguhpun dari segi perundangan, poligami boleh dilaksanakan
tetapi bukan tanpa mempunyai pertimbangan lain yang dikehendaki agama.
Pertimbangan ini termasuklah apa yang dikatakan oleh ahli-ahli tasawwuf
bahawa tidak dinamakan seseorang itu bertaqwa sehingga ia meninggalkan
yang harus untuk menjaga dirinya dari melakukan yang haram.
Dengan sebab itu, jika sesuatu yang harus itu boleh mendorong kepada
melakukan yang haram, maka seseorang yang bertaqwa akan meninggalkan yang
haius itu untuk menjaga dirinya dari melakukan yang haram.
Dalam masalah poligami, seseorang itu hendaklah menjauhi sekiranya berkahwin
lebih daripada satu menyebabkan ia mencuaikan hak-hak isteri dan anak-anak
yang diwajibkan ke atasnya, seperti memberi nafkah dan lain-lain. Walaupun
hukum mengharuskan, tetapi ia terus menanggung dosa kerana kecuaiannya
menjalankan kewajipan tediadap anak-anak dan isteri-isteri. Jika perkara
ini menjadi penyakit masyarakat yang menular, pemerintah boleh mengenakan
peraturan-peraturan untuk mencegah kerosakan yang timbul daripadanya.
Penggunaan maksud keharusan berpoligami secara wajar dapat dilihat daripada
contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan masyarakat Islam pertama
yang dibentuk oleh baginda. Dengan penggunaan yang wajar ini, poligami
bukan menjadi masalah kepada masyarakat, tetapi mempakan cara bagi menyelesaikan
masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat iaitu pembelaan tediadap anak-anak
yatim dan janda-janda yang menderita kerana kehilangan atau kematian suami.
Pada masa sekarang masalah seperti di atas masih lagi wujud dan tetap
akan wujud selagi adanya manusia. Kerana itu poligami tetap berfungsi memberi
kebaikan kepada masyarakat jika keharusan ini tidak disalahgunakan. Tetapi
sekiranya poligami disalahgunakan dan dilakukan semata-mata untuk memuaskan
nafsu dan menempah dosa, ia akan menjadi masalah dan langkah-langkah mengawalnya
hendaklah dilakukan oleh pemerintah dengan mengenakan peraturan-peraturan
tertentu untuk mengelak keiosakan.
Perancangan Keluarga
Beralih kepada perbicaraan mengenai perancangan keluarga. Perkara ini juga
menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat. Perancangan keluaiga mengandungi
dua program. Pertama merancang kelahiran anak dengan menghadkan kelahiran
atau membatasinya. Kedua, menyusun pe@alanan keluaiga untuk mencapai kesejahteraan
dengan memberi perhatian kepada kebajikan, kesihatan dan keselesaan hidup
keluaiga serta memastikan perkembangan yang sihat dalam pertumbuhannya.
Program pertama yang bertujuan membataskan kelahiran anak itu berdasarkan
teori yang dikemukakan oleh seorang ahli fikir barat yang bernama Maltus.
Pada pendapat beliau, perkembangan penduduk dunia, jika dibandingkan dengan
pertambahan pengeluaran bahan makanan adalah tidak seimbang. Perkembangan
penduduk berjalan dengan kadar 2,4,6,8, sedangkan pertambahan bahan-bahan
makanan dengan kadar 1,2,3,4. Jika perkembangan seperti ini terus berjalan,
satu bencana kekurangan bahan makanan akan berlaku dan manusia akan menghadapi
masalah kelaparan.
Dalam program yang kedua, kita mestilah memberi sokongan bagi menjayakan
usaha membaiki keadaan kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan keluarga.
Tetapi sukalah ditegaskan di sini, usaha-usaha ke arah mencapai tujuan
tersebut tidak akan dicapai, sekiranya unsur-unsur akhlak dijadikan program
sampingan sahaja. Suatu program yang bersifat menyeluruh hendaklah dirangka
untuk mewujudkan kesejahteraan keluarga yang sebenar. Program ini, jika
hendak dipercayai oleh rakyat secara berterusan tidak seharusnya dijadikan
alat atau piling bagi melaksanakan usaha menghadkan kelahiran anak. Niat
yang tidak jujur seperti ini akan menimbulkan akibat buruk dan kesan yang
tidak sihat kepada masyarakat.
Kewajipan Dan Tanggungjawab
Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa
kewajipan dan tanggung-jawab sedang menantinya. Membina keluarga bertnakna
bertambahnya tanggungjawab tediadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan
beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumahtangga.
Kewajipan Suami
1. Suami adalah ketua kelualga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai
pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan
mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan ke@a, berusaha mencari
keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan
dan keselamatan keluarganya.
2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga.
Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak
mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami
yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu
dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya.
Isteri yang beragama itu, pasti dapat beke@asama mendidik anak-anak dalam
kehidupan beragama.
3. Pentadbiran suami di dalam iumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah
(kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di
hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam
mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan
orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.
4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan
kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan
cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak
di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah
s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan
mereka supaya berkelakuan baik.
5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak
sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga
seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh
(safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin
melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin
tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin,
kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana
puasa itu penahan keinginan.
Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan
perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat
mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan
dan nafkah dan tidak Dula hendak menumpukan seluruh hidupn-y-a- kepada
ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat
lain sunat ia berkahwin.
Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan
bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan
tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.
Kewajipan Isteri
Apabila suami sebagai ketua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya
yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab
isteri ialah:
1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie,
wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.
2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah
s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus
kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh
Abdul Muta'al AI Jibry).
3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan
suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur
ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh
isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.
4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad
AI-Dualy berkata kepada isterinya:
"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat
kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama.
"
5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan
sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak
keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri
pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya ke@a
itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi
galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.
6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami.
Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai
wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih
isteri.
Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak
menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang.
Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai
peraturaif yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana
ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap
pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan
betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan
masyarakat Islam.
Masyarakat Islam
Untuk mengakhiri perbincangan kita ini elok juga ditinjau sikap umat Islam
hari ini teihadap perkahwinan.
Sejak kejatuhan umat Islam dari memegang teraju kepimpinan manusia,
dengan kemunculan tamadun barat, ajaran Islam diusahakan supaya lenyap
sedikit demi sedikit daripada kehidupan kaum muslimin. Paling tidak ia
dikelirukan sehingga masyarakat Islam mengamalkan ajaran-ajaran Islam secara
kesamaran. Kejahilan umat Islam teihadap agamanya, bukan kerana serangan
daripada barat sahaja. Keruntuhan personaliti juga turut terlibat sehingga
kecintaan kepada ilmu dan kegigihan mempelajarinya menjadi bertambah malap.
Akhlak yang baik dan nilai-nilai yang mulia beransur-ansur menjadi layu
dengan kemaraan nilai-nilai songsang. la mudah sahaja memenuhi kekosongan
dan menguasai kelemahan yang sudah merata di kalangan masyarakat.
Keadaan yang disebutkan di atas mempengaruhi sikap masyarakat Islam
dalam segenap kehidupan iaitu politik, ekonomi dan sosial, khususnya dalam
kehidupan keluarga yang menjadi tajuk pembicaraan kita. Dengan lain perkataan,
suasana pembentukan keluaiga hari ini dan kelemahan-kelemahan yang teidapat
di dalamnya, bukanlah semata-mata hasil daripada serangan nilai-nilai songsang
tetapi juga kerana kelemahan yang sedia wujud dalam masyarakat Islam setelah
berlakunya krisis personaliti Islam dan kerenggangan nilai-nilai Islam
daripada kehidupan.
Walaupun pada umumnya masyarakat kita masih menganggap perkahwinan itu
suatu ikatan suci, tetapi minat untuk mempertahankan kesucian itu makin
berkurangan dengan berkembangnya maksiat dan lumrahnya perzinaan. Lebih-lebih
lagi perzinaan yang berlaku di kalangan ora ng yang sudah beristeri atau
bersuami. Kerana itulah maka tujuan perkahwinan untuk menjaga kesucian
(Iffah) tidak sangat diperhitungkan oleh banyak kalangan masyarakat kita.
Namun begitu, tidaklah boleh dikatakan penyakit ini be@angkit kepada semua
lapisan masyarakat kita. Masih banyak lagi di kalangan kita yang tetap
memeliharaiffah ini dan mempertahankannya. Masyarakat kita belumlah sampai
kepada peringkat kerosakan seperti masyarakat barat. Tetapi jika sekiranya
tidak diawasi dan langkah-langkah berkesan tidak diambil, tidak mustahil
perkembangan yang meruntuhkan itu akan turut menyerang dan melanda masyarakat
kita.
Bersekedudukan adalah akibat pembahan sikap terhadap perkahwinan. Perkembangan
ini jika dibiarkan akan menggugat kesucian ikatan perkahwinan dan meletakkan
institusi keluarga dalam keadaan yang tidak dikawal oleh peraturan dan
nilai-nilai akhlak. Perkembangan ini sebenarnya mempakan masalah yang sangat
serius yang tidak boleh dihadapi oleh mahkamah semata-mata., tetapi selunih
masyarakat adalah terlibat di dalam usaha mencegahnya dan kekuatan masyarakat
dalam menolak perkembangan ini adalah lebih berkesan daripada hukuman mahkamah.
Untuk mempertahankan kesucian perkahwinan dan keutuhan institusi keluarga
yang mempunyai peraturan yang membawa kepada kesejahteraan, nilai-nilai
Islam hendaklah diperkukuhkan dalam masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini
masyarakat Islam perlu membina kembali personaliti Islam supaya bertambah
kukuh. Pengetahuan mengenai Islam hendaklah disebarkan dengan seluas-luasnya
dan gerakan dakwah hendaklah diperhebatkan.
Masyarakat Islam hendaklah menyedari bahawa institusi keluarga dan syariat
perkahwinan wajib dipertahankan kerana punca terbesar keruntuhan sesuatu
masyarakat berpunca daripada kehancuran institusi keluarga dan sikap terhadap
perkahwinan. Apabila keluarga telah runtuh tanggungjawab memelihara dan
mengawal rakyat terserah kepada pemerintah. Sedangkan bagaiinana cekap
sesebuah kerajaanpun ia tidak berupaya menjalankan tugas-tugas keluarga
seperti memelihara, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak.
Tanpa didikan yang sempuma dan biinbingan yang wajar, anak-anak ini akan
menjadi generasi yang pincang.
Kesimpulan
1 . Perkahwinan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan
masyarakat secara tersusun dan teratur. Peraturan-peraturan yang ditetapkan
oleh Islam adalah menjamin penerusan perkembangan masyarakat secara sihat
dan tersusun demi kesejahteraan ummat.
2. Perkahwinan adalah ikatan suci yang wajib dipertahankan dan merupakan
pembaha hendak berpoligami atau tidak, pertimbangan yang adil hendaklah
diberikan di samping tujuan dan roh berpoligami itu tidak dirosakkan. Dalam
hal ini keharusan yang diberikan oleh Islam bukan bermakna galakan atau
kebenaran yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Kehanisan berpoli gami
bertujuan membela orang-orang yang tidak bernasib baik di dalam masyarakat.
Berpoligami yang membawa kepada mengabaikan tugas terhadap anak-anak dan
isteri adalah bertentangan dengan kehendak ketaqwaan.
7. Perancangan keluarga dalam pengertian menghadkan kelahiran anak tidak
dapat diterima oleh Islam. Tetapi perancangan keluarga dalam pengertian
memberi layanan lebih baik kepada keluarga, meningkatkan mutu kesihatan
dan keselesaan hidup serta meningkatkan penglibatan teihadap amalan-amalan
yang bermoral, adalah wajib di dalam Islam.
Siapa Anda Dalam Kehidupan Berkeluarga
Kita telah menjelaskan bahawa untuk memastikan suatu masyarakat itu berada
dalam keadaan sihat dan harmoni, setiap keluarga yang lahir daripada masyarakat
itu perlu dibina dengan kukuh kerana ia sebagai asas tertubuhnya sesebuah
masyarakat.
Kita akan membicarakan siapakah yang tergolong dalam keluarga atau apakah
ia definisi keluarga yang wujud dalam sistem kehidupan Islam. Adakah keluarga
itu terdiri daripada suami, isteri, ibu, ayah, anak atau lebih jauh daripada
itu?
Definisi keluarga dalam Islam adalah berbeza dengan definasi keluarga
agama-agama lain. Di dalam Islam orang-orang yang ten-nasuk dalam takrif
keluarga adalah seperti yang terdapat dalam sistem Faraid. Cuma di sana
ada keluarga yang hampir dan ada keluarga yang jauh. Oleh itu orang yang
termasuk dalam keluarga ialah:
- Suami isteri
- Datuk, nenek dan seterusnya
- Ayah, datuk dan seterusnya
- Anak, cucu dan seterusnya
- Adik beradik dan zuriatnya
- Ayah saudara, ibu saudara dan zuriatnya
- Lain-lain
Setiap individu dalam keluarga mempunyai hak, peranan dan tanggungjawab.
Hak seorang tidak harus diketepikan dan setiap orang boleh menuntut haknya
dengan sempuma. Misalnya, hak anak mendapat pusaka daripada ayah dan ibunya,
hak isteri mendapat perlindungan daripada suami, hak wanita menentukan
calon suami dan sebagainya.
Setiap individu dalam keluarga mempunyai hubung kait antara satu sama
lain. la tidak boleh 1-ddup bersendirian tanpa mengambil kira orang lain.
Hubungkait ini adalah termasuk dalam berbagai aspek-aspek kehidupan seperti
di dalam melakukan kebaikan atau kejahatan, usaha untuk memperolehi kesenangan,
menjaga nama baik keluarga dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila seseorang
itu mencipta rekod cemerlang dalarn hidupnya seperti menjadi seorang pemimpin
yang dihormati, masyarakat akan menyebut si pulan itu adalah keluarga si
pulan itu. Begitu juga jika rekod yang dicipta itu tidak baik, masyarakat
akan mengaitkan juga nama keluarganya. Contoh yang lain, apabila seseorang
itu berjaya dalam hidupnya menjadi seorang yang kaya atau hartawan. Orang
ini hendaklah ineinbantu keluarganya yang miskin.
Bagi memastikan kehidupan keluarga berjalan dengan teratur dan harmoni,
Islam menggariskan dengan terperinci peranan dan tanggungjawab seseorang
sebagai ahli keluarga. Di dalam Islam keluarga bermula dengan suami dan
isteri. Dari sinilah keluarga itu mula berkembang. Selepas itu lahirlah
anak. Di sana ada ibu dan ayah mertua, ipar duai, keluarga sebelah suami,
sebelah isteri dan sebagainya.
Peranan ahli keluarga
Bagaimana seseorang itu berperanan dalam hidup berkeluarga. Islam telah
mengaturnya dengan lengkap dan terperinci. Seseorang itu perlu memahami
dan melakukannya dengan penuh rasa tanggungjawab. Suami, isteri, ibu dan
ayah, masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Pembahagian tanggungjawab
ini diatur sedemikian rupa supaya wujud suatu disiplin @dup dalam keluarga
itu. Dengan itu tidak ada perebutan tugas atau tolak menolak dalam menjalankan
tugas masing-masing. Oleh sebab itu keluarga muslim yang benar-benar mematuhi
disip@ya akan hidup aman, tenteram, tenang, gembira dan harmoni.
Di dalam Islam, suami atau bapa diberi peranan sebagai ketua keluarga.
Dia wajib memimpin keluarganya ke jalan yang diredai Allah. Isteri dan
anak-anak dikehendaki taat sepenuhnya kepada suami atau bapa. Menyediakan
sara hidup juga adalah tanggungjawab ketua keluarga. Peranan yang diberikan
kepada ketua keluarga ini tidak boleh disalahgunakan. Dia hendaklah bertindak
sebagai penyelamat, bukan bertindak sewenang-wenangnya.
Seorang suami atau bapa hendaklah berilmu, jujur, ikhlas, berakhlak
mulia, berrnoral, bijak, cekap dan tegas dengan kebenaran. Dia hendaklah
berusaha menjadikan suasana damai sentiasa wujud dalam keluarganya. Peningkatan
nilai murni di dalam kehidupan isteri dan anak-anak bergantung kepada kualiti
suami atau bapa.
Isteri pula mempunyai peranan dan tugas yang berlainan iailu melayan
dan membelai suami, mengatur rumahtangga, taat kepada suami dan mengasuh
serta mendidik anak-anak menjadi insan bertaqwa. Anak wajib taat sepenuhnya
kepada ibu dan ayah dalam batasan yang tidak bertentangan dengan ajaran
Allah, menghormati yang lebih tua, menjaga nama baik keluarga, tidak mengecilkan
hati orang tua, memberi tumpuan kepada pelajaran, menjauhkan diri daripada
pergaulan yang merosakkan dan seumpamanya.
Ibu mertua pula hendaklah sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana
dan hubung baik dengan menantu dan keluarganya. Hubungan antara mertua
dan menantu biasanya sangat sensitif. la perlu kepada perhatian khusus
dan sifat berhati-hati. Jika perasaan salah seorang tersinggung, boleh
menyebabkan kerenggangan di dalam keluarga.
Beberapa peranan yang dihuraikan di atas sudah cukup sebagai penjelasan
bahawa setiap individu dalam keluarga mempunyai peranan yang berlainan.
Antara satu sama lain ada hubung kait yang rapat di mana setiap orang tidak
boleh melepaskan diri daripada yang lain. Misalnya seorang anak apabila
bertindak di luar batasan, dia akan menyusahkan dan merisaukan orang tua.
Bahkan lebih jauh dari itu dia akan menjejaskan nama baik keluarga. Demikian
juga perlakuan di luar batasan ini, walaupun ia dilakukan oteh keluarga
yang jauh, tetap mernberi kesan kepada nama baik keluarga tersebut kerana
definisi keluarga bagi okang Islam amat luas.
Kenal Pasti Diri Dan Tingkatkan Usaha
Seseorang itu perlu mengenali dirinya,siapakah dia dalam keluarga, sebageti
bapa? isteri? ibu? anak? sepupu? datuk? mertua dan sebagainya. Dari semasa
ke semasa perlu menyoal diri, sudahkah berfungsi sewajarnya? Sudahkah menjalankan
tanggungjawab? Adakah beraksi sebagai penyumbang atau beban kepada keluarga?
Sebanyak mana sumbangan dan pengorbanan telah dilakukan demi kepentingan
keluarga. Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu dipersoalkan.
Kunci penting, bagi hubungan yang kukuh sentiasa wujud di kalangan anggota
keluarga, ialah rasa tangguizgjawab dan kasih sayang. Kalau tanggungjawab
semata-mata ia akan menjadi kering dan tandus. Kalau semata-mata kasih
sayang, ia boleh berubah. Maka dari itu perlu hubungan itu diwujudkan dengan
rasa tanggungjawab dan penuh rasa kasih sayang. Dengan campuran ini semoga
kehidupan keluarga menjadi taman indah yang didiami oleh insan-insan yang
berupaya menilai dan menjaga keindahan dan keharmonian taman.
Hubungan yang baik hanya akan wujud jika sekiranya satu konsep pegangan
atau aqidah yang kuat terhadap Allah terbukti dengan mengambil berat segala
perintah-Nya. Dalam rumahtangga tidak ada pengawal peribadi yang mengawal
seseorang sebagaimana kawalan di jalan raya. Kepatuhan kepada Allah
sahaja yang dapat mengawal tindak tanduk manusia. Di sini jelas kepada
kita agama memainkan peranan penting dalam kehidupan insan. Tanpa agama
manusia akan sengsara walaupun mereka hidup dalam mahligai emas dan perak.
Ia adalah perkara utama yang mesti diberi perhatian dalam membangun kehidupan
sesebuah keluarga.
Ciri-ciri penting
Beberapa ciri penting adalah mustahak untuk menjadi pegangan setiap individu
di dalam kehidupan berkeluarga yang mesti diberi perhatian setiap masa:
1. Sedari diri bahawa anda salah seorang ahli keluarga yang ada peranan,
kewajipan dan tidak boleh melepaskan diri daripadanya.
2. Sentiasa baharui azam untuk meningkatkan pengetahuan agama, syaksiah,
ilmu pengetahuan ke arah melahirkan insan berkualiti.
3. Suburkan sifat-sifat mahmudah dan kurangkan sifat-sifat mazmumah
dalam amalan hidup sehari-hari.
4. Hidupkan sembahyang berjemaah, banyakkan membaca al-Quran dan hidupkan
salam di kalangan keluarga.
PENUTUP
Peranan anda atau setiap individu dalam keluarga adalah sangat penting.
Anda dan keluarga tentunya ingin bahagia dunia dan akhirat. Mereka yang
berbahagia ialah mereka yang beriman, sentiasa beramal salih dan sentiasa
menjadi manusia penyumbang. Bahagia sebenarnya ada dalam hati dan perasaan
manusia. Oleh itu sucikanlah hati, tingkatkan iman dan jadilah insan yang
bertaqwa.
Reproduced from a booklet published
by Islamic Advancement Department of Malaysia (JAKIM)
|