SEKATAN-SEKATAN DALAM PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM
DI MALAYSIA
Prof. Ahmad Ibrahim
Di negeri-negeri Melayu sebelum masuknya pengaruh
Kerajaan British undang-undang asas atau undang-undang negeri ialah undang-undang Islam
bersama dengan Adat Melayu. Dalam kes Ramah lwn Laton ([1927] 6 FMSLR 128; 2JH 213)
Mahkamah Rayuan di Selangor telah memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah
undang-undang negeri dan Mahkamah hendaklah mengiktirafkan dan menggunakan undang-undang
itu.
Undang-undang Islam yang diikuti itu ialah dalam
semua bidang dan meliputi undang-undang keluarga, undang-undang jenayah, undang-undang
Tanah, dan undang-undang Mal, termasuk undang-undang Acara dan Keterangan. Kumpulan
undang-undang Melayu lama seperti Undang-undang Melaka atau undang-undang yang dikumpulkan
untuk Sultan Pahang mempunyai peruntukan bagi undang-undang Mal, undang-undang Keterangan
dan undang-undang Acara. Majallat al-Ahkam, suatu kumpulan undang-undang Mal Islam, yang
diperundangkan di Turki telah diterjemahkan ke hahasa Melayu dan diiktiraf sebagai
undang-undang yang harus diikuti di mahkamah-mahkamah diJohor pada tahun 1914.
Walau bagaimanapun keadaan itu telah berubah selepas
masuknya pengaruh British ke negeri-negeri Melayu. Raja-raja Melayu telah membuat triti
dengan pihak berkuasa British dan bersetuju menerima nasihat British dalam semua bidang
kecuali agama Islam dan adat Melayu. Perkataan "agama Islam telah diberi tafsiran
yang sempit dan "agama itu dianggap sama seperti agama Kristian. Dengan tafsiran ini
pihak British telah dapat mempengaruhi bidang undang-undang di Malaysia, yang dianggap
olehnya tidak berhubungan dengan agama. Undang-undang Inggeris telah dimasukkan dan
diterima di negeri-negeri Melayu dengan dua cara.
Pertama melalui perundangan. Pihak berkuasa British
telah menasihat raja-raja Melayu agar membuat beberapa undang-undang bertulis dan
undang-undang ini mengikut contoh undang-undang Inggeris secara langsung atau tidak.
Dengan cara ini diadakan Kanun Jenayah (Penal Code), Enakmen Keterangan (Evidence
Enactment), Enakmen Kontrak (Contract Enactment), Kanun Acara Sivil, (Civil Procedure
Code) Kanun Acara Jenayah dan Enakmen Tanah (Land Enactment). Akibatnya bidang-bidang
seperti bidang jenayah, kontrak, acara jenayah, acam sivil, keterangan dan tanah,
undang-undang Islam dan undang-undang Melayu yang lama telah diketepikan dan undang-undang
baharu yang mengikut prinsip-prinsip undang-undang Inggeris telah dikuatkuasakan.
Keduanya melalui keputusan para hakim. Dengan
nasihat pihak berkuasa British raja-raja Melayu telah mengadakan mahkamah dan hakim yang
dilantik mengetuai mahkamah terdin daripada hakim-hakim British yang berpengalaman dalam
undang-undang Inggeris. Apabila hakim-hakim itu menghadapi sesuatu masalah yang tidak
boleh diselesaikan melalui undang-undang bertulis, mereka kerapkali memjuk kepada undang-
undang Inggeris, kerana undang-undang itulah yang mereka ketahui dan fahami. Akibatnya
kaedah undang-undang Inggeris tentang Tort dan Ekuiti diterima dan digunakan di
negeri-negeri Melayu. Melalui cara perundangan dan keputusan para hakim - undang-undang
Inggeris telah dimasukkan secara menyeluruh ke dalam undang undang di negen-negeri Melayu.
Akhimya bolehlah dikatakan undang-undang Inggeris telah hampir mengambil tempat
undang-undang Islam sebagai undang-undang negeri.
Keadaan seperti itu telah disahkan dan diperkukuhkan
pula oleh undang-undang bertulis di negeri-negeri Melayu. Pada mulanya Enakmen
Undang-undang Sivil 1937 telah dibuat di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Mengikut enakmen
itu manakala tidak terdapat undang-undang di negeri-negeri Melayu yang boleh dikemukakan
dalam mana-mana perkara, hendaklah mahkamah merujuk kepada undang-undang Inggeris yang
berkuatkuasa di England pada tahun 1937. Enakmen itu telah diperluas ke Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1951, dan pada tahun 1956 pula ordinan yang baharu telah
dibuat untuk menggantikan Enakmen Undang-undang Sivil 1937 itu.
Ordinan Undang-undang Sivil ini dikenakan ke seluruh
Persekutuan Tanah Melayu. Seksyen 3 dalam ordinan itu memperuntukkan:
Kecuali ada peruntukan yang telah dibuat atau akan
dibuat oleh undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaya, Mahkamah akan (a) di
Malaysia Barat atau di sebarang bahagian daripadanya menguatkuasakan Common Law England
dan peraturan-peraturan Ekuiti seperti yang ditadbirkan di England pada 7 April 1956.
Ordinan Undang-undang Sivil 1956 telah disemak
semula pada tahun 1971 dan diperluas ke Sabah dan Sarawak dengan nama yang baru iaitu Akta
Undang-undang Sivil, dan akta ini masih berkuatkuasa di Malaysia. Akibatnya, undang-undang
yang kita terpaksa ikuti di Malaysia, kecuali jika ada undang-undang bertulis yang lain,
ialah undang-undang Inggeris dan undang-undang Inggerislah yang menjadi undang-undang asas
dan undang-undang negeri di Malaysia. Undang-undang Islam pada masa sekarang hanya
dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja dan dalam perkara-perkara yang terhad sahaja
iaitu perkara-perkara bcrhubung dengan keluarga dan agama Islam dengan pengertian yang
sempit.
Mengikut perlembagaan Malaysia agama Islam,
undang-undang Islam dan Adat Melayu diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri. Perenggan 1
dalam Senarai 2 - Senarai Negeri Jadual ke-9, Perlembagaan seperti yang berikut:
Hukum Syarak
Kecuali mengenai wilayah-wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Labuan, hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang
menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan
tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak
angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat,
wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanat khairat dan khairat agama,
perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang tentang pemberian agama
Islam dan khairat, yayasan, amanah khairat dan yayasan khairat yang dijalankan kesemuanya
sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; zakat, fitrah dan baitulmal atau hasil agama
Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam;
mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut
agama Islam, terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk
dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan cara bagi Mahkamah-mahkamah
Syariah, yang akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama
Islam dan hanya tentang mana-mana perkara yang termasuk di dalam perenggan ini, tetapi
tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh
undang-undang Persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara
orang-orang yang menganut agama Islam; menentukan perkara-perkara hukum Syarak dan iktikad
dan adat istiadat Melayu.
Oleh sebab kuasa dalam tangan negeri, dan-tiap
negeri mempunyai enakmen yang tersendiri mengenai pentadbiran undang-undang Islam.
Tiap-tiap negeri mempunyai Majlis Agama Islam dan Mahkamah-mahkamah Syariahnya sendiri.
Sungguhpun pada dasarnya enakmen-enakmen itu boleh dikatakan sama, tetapi, terdapat juga
beberapa perbezaan antaranya. Beberapa masalah juga timbul oleh kerana undang-undang itu
tidak sama dan ditadbirkan di peringkat negeri sahaja. Kuasa yang diberikan kepada
Mahkamah-mahkamah Syariah adalah terhad. Mahkamah Syariah "mempunyai bidang kuasa
hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara
yang termasuk dalam perenggan in tetapi tidak mengenai mana-mana kesalahan kecuali setakat
yang diberi oleh undang-undang Persekutuan .
Undang-undang yang mulai memberi kuasa itu ialah
Akta Mahkamah Syariah (Bidang KuasaJenayah) 1965 dan mengikut Akta itu Mahkamah Syariah
hanya berkuasa membicarakan perkara-perkara di mana hukuman yang boleh dikenakan tidak
lebih dan enam bulan penjara atau denda tidak melebihi RM1000.OO. Akta itu telah dipinda
pada tahun 1984 dan diperuntukkan Mahkamah Syariah berkuasa membicarakan perkara-perkara
di mana hukuman yang boleh dikenakan tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak
melebihi RM5000.OO atau sebat tidak lebih enam sebat atau gabungan hukuman-hukuman itu
(Akta Mahkamah Syariah Bidang KuasaJenayah 1965 (Akta 355).
Undang-undang yang dikenakan di Malaysia tidak
semestinya undang-undang Islam yang asal akan tetapi boleh dipengaruhi dan diubah oleh
undang-undang bertulis, keputusan-keputusan mahkamah dan Adat Melayu. Undang-undang
bertulis, khasnya yang diperbuat sebelum merdeka, boleh mengetepikan undang-undang Islam.
Sebagai contoh seperti yang diputuskan dalam kes Ainan lwn S'yed Abu Bakar
([19391MLJ209). Soal yang timbul dalam kes itu tentang sah tarafnya seorang anak yang
telah dilahirkan oleh ibunya selepas empat bulan dia berkahwin dengan seorang lelaki. Jika
perkara itu dirujukkan kepada undang-undang Islam jelaslah anak itu tidak sah tarafnya.
Akan tetapi dalam perkara tersebut terdapat seksyen 112 Enakmen Keterangan yang menganggap
seorang yang dilahirkan pada masa ibunya telah berkahwin dengan seorang lelaki sebagai
anak sah kepada lelaki itu. Dalam kes Ainan lwn Syed Abu Bakar mahkamah berpendapat
bahawa undang-undang yang harus diikuti ialah Enakmen Keterangan dan bukan undang-undang
Islam dan kerana itu diputuskan anak itu sah tarafnya.
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen selepas Hari
Merdeka tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang telah disebutkan, pada
amnya Parlimen tidak mempunyai kuasa membuat undang-undang mengenai undang-undang Islam
(kecuali untuk Wilayah Persekutuan) dan undang-undang yang berhubung dengan undang-undang
Islam hanya boleh diadakan dan dikuatkuasakan dengan persetujuan kerajaan negeni yang
berkuasa. Contohnya Akta Penjagaan Kanak-kanak (Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 (Akta
351). Akta ini dibuat oleh Parlimen untuk menyelaraskan undang-undang mengenai hak
kewalian dan jagaan seluruh Malaysia. Akan tetapi diperuntukkan juga bahawa akta itu tidak
dikenakan kepada onang-orang Islam melainkan dengan syarat (a) akta itu diterima oleh
Kerajaan Negeri, dan (b) mana-mana peruntukan dalam akta itu yang bertentangan dengan
undang-undang Islam tidak dikenakan kepada orang Islam. Dalam kes Myriam lwn Mohamed
Ariff ([1971] 1 MU 275: 3JH 35) seorang ibu menuntut hak penjagaan anak-anaknya iaitu
seorang perempuan yang berumur lima tahun dan seorang lelaki berumur dua tahun. Dia telah
diceraikan oleh suaminya dan selepas itu dia telah berkahwin dengan seorang lain. Pada
masa pendaftaran perceraian kadi telah mencatatkan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju
bahawa anak-anak itu diserahkan kepada ayahnya.
Hakim yang arif dalam kes itu memutuskan bahawa dia
harus mengikut Akta Penjagaan Kanak-kanak yang mengarahkan mahkamah memandang kepada
kepentingan anak-anak yang berkenaan dalam memutuskan perkara penjagaannya. Beliau
berpendapat bahawa peruntukan itu tidak bertentangan dengan undang-undang Islam,
sungguhpun dalam undang-undang Islam ada disebutkan bahawa seorang ibu yang telah
berkahwin dengan orang lain dengan sendirinya hilang hak penjagaannya. Dalam undang-undang
Islam pun, kata beliau, perkara yang harus diberi pertimbangan ialah kepentingan anak-anak
itu. Berhubung dengan kes ini, memandangkan kepentingan anak-anak itu beliau telah
memutuskan memberi hak penjagaan anak lelaki berumur dua tahun kepada ibunya dan
menetapkan anak perempuan di bawah jagaan ayahnya.
Sungguhpun pada amnya perkara-perkara mengenai
undang-undang Islam biasanya diputuskan di Mahkamah-mahkamah Kadi di tiap-tiap negeri, ada
kalanya perkara seperti itu boleh dibawa di hadapan Mahkamah Sivil, seperti Mahkamah
Tinggi. Khususnya di dalam perkara mengenai harta dan harta pusaka, tuntutan boleh dibuat
di Mahkamah Sivil. Contohnya kes Commissioner of Religious Affairs Terengganu lwn
Tengku Mariam ([1970] 1 MU 222). Perkara yang timbul dalam kes itu ialah tentang sah
atau tidaknya wakaf khas yang dibuat oleh Tengku Chik. Wakaf itu ialah untuk keluarga
Tengku Chik dan selepas itu untuk Islam dan penuntut-penuntut pengajian Islam. Ahli waris
yang berkenaan telah bersetuju merujukkan perkara itu kepada Mufti dan Mufti telah pun
memberi fatwanya bahawa wakaf itu sah. Akan tetapi kemudiannya beberapa orang ahli waris
mengemukakan perkara tersebut ke Mahkamah Tinggi. Dalam perkara itu, telah terdapat
keputusan Privy Council yang telah menunjukkan bahawa wakaf ahli seperti itu tidak sah dan
Mahkamah Tinggi telah mengikut keputusan yang dianggap mengikatnya, dan memutuskan bahawa
wakaf Tengku Chik itu adalah tidak sah. Apabila rayuan dibuat di Mahkamah Persekutuan,
mahkamah berpendapat oleh kerana ahli waris itu telah bersetuju menerima keputusan Mufti,
mereka adalah terikat dengan keputusan itu dan mereka tidak boleh lagi mempemsoalkan
perkara itu di Mahkamah Sivil. Walau bagaimanapun Mahkamah Persekutuan juga menganggap ia
terikat dengan keputusan Privy Council dalam perkara ini dan jika ia ada kuasa memutuskan
perkara itu ia harus memutuskan juga bahawa wakaf itu tidak sah.
Perkara Adat Melayu boleh timbul juga dalam
pelaksanaan undang-undang Islam. Mengikut hakim-hakim Inggeris dan hakim-hakim yang
beraliran Inggeris, undang-undang Islam boleh diubahsuai oleh adat Melayu. Umpamanya dalam
kes Robert lwn Ummi Kalthom [1966] 1 MU 163; 2JH 82). Mahkamah Tinggi telah
memutuskan bahawa harta sepencarian ialah perkara Adat Melayu dan harus dikenakan sebagai
Adat Melayu di negeri-negeri Melayu. Kes itu telah diikuti dalam kes Boto bt. Taha lwn
Jaafar bin Muhammad [1985]2MLJ98) di mana HBM Salleh Abas, (pada masa itu) telah
berkata bahawa harta sepencarian bukan bersandar kepada hukum Islam akan tetapi bersandar
kepada Adat Melayu. Usaha tidak dibuat di Mahkamah Sivil untuk mencari asas harta
sepencarian itu yang terdapat dalam undang-undang Islam. Sebaliknya usaha itu telah pun
dibuat oleh Mahkamah Syariah sebagai contoh dalam kes Zainuddin lwn Anita [1982]
4JH 73) dan Mansjurlwn Kamanah [1988] 3 MU xlix; 6JH 289.
Oleh sebab Islam menjadi agama rasmi Persekutuan dan
juga agama rasmi untuk beberapa buah negeri di Malaysia, undang-undang Islam harus
dikembalikan kepada tempatnya yang asal sebagai undang-undang asas dan undang-undang
negeri di Malaysia. Seksyen 3 dan 5 dalam Akta Undang-undang Sivil hendaklah dimansuhkan.
Dengan ini kita tidak akan merujuk kepada undang-undang Inggenis yang lapuk itu, tetapi
bebas mencari undang.-undang lain yang tidak bertentangan dengan undang-undang Islam.
Suatu fasal hendaklah diadakan dalam Pemlembagaan yang bertujuan bahawa jika terdapat
mana-mana undang-undang di Malaysia yang bertentangan dengan undang-undang Islam, maka
hendaklah undang-undang itu terbatal setakat mana ia bertentangan.
Dengan dua cara mi bolehlah kita mengesahkan bahawa
undang-undang di Malaysia sekurang-kurangnya tidak bertentangan dengan undang-undang
Islam.
Selepas dan itu hendaklah kita menghormati dan
menerima undang-undang Islam dalam semua bidang. Langkah ini tidaklah boleh diambil
tergesa-gesa tetapi hendaklah orang Islam sendiri mempelajari dan meyakinkan ketinggian
taraf dan keindahan undang-undang Islam itu. Kita harus meyakinkan diri kita sendiri dan
orang-orang lain di Malaysia bahawa undang-undang Islam itu adil dan saksama. Sayangnya
kita telah mengabaikan dan mencuaikan khazanah yang berharga yang telah diwarisi kepada
kita oleh para ulama Islam. Kita harus mempelajari undang-undang Islam itu dan berikhtiar
dan berijtihad jika perlu untuk menjadikan undang-undang Islam itu undang-undang
kebangsaan di Malaysia. Beberapa langkah telah pun diambil di Jabatan Syariah, Fakulti
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan di Fakulti Undang-undang di Universiti Malaya,
dan dengan kerjasama kedua-dua fakulti itu telah membawa kesan yang sangat baik. Kulliyyah
Undang-undang Universiti Islam Antanabangsa telah ditubuhkan dengan tujuan menyiapkan
pelajar-pelajarnya untuk menerima dan mengemukakan undang-undang Islam diterima sebagai
undang-undang asas bagi orang-orang Islam di Malaysia. Tetapi ini adalah langkah permulaan
sahaja dan banyak lagi langkah harus diambil untuk menghilangkan sangka buruk terhadap
undang-undang Islam dan mengiktiraf dan menghormati undang-undang Islam di Malaysia.
Undang-undang di negeri-negeri Barat, dengan secara langsung atau tidak, dan dengan
diketahui atau tidak, telah banyak mengambil dan meniru undang-undang Islam. Di England
banyak pembaharuan telah dibuat, yang telah membawa undang-undang itu lebih dekat kepada
undang-undang Islam. Tetapi sayangnya kita di Malaysia hingga hari ini kerap kali menurut
sahaja pembaharuan-pembaharuan yang telah dibuat di England, sungguhpun peruntukan yang
setanding dengan itu atau yang lebih baik boleh didapati daripada undang-undang Islam.
Kita orang-orang Islam di Malaysia haruslah menyesuaikan diri dan menguatkan iman kita
supaya layak menenima kurnia undang-undang Islam kepada kita dan selepas itu bolehlah kita
cuba memujuk jiran-jiran kita di Malaysia menikmati undang-undang itu.
Sumber utama undang-undang Islam ialah al-Quran dan
Hadis dan selain itu rujukan juga dibuat kepada kitab-kitab Fiqh. Antaranya Minhaj
al-Talibin, I'anat al-Talibin, Bug at al-Mustarshidin, Fath al-Mu in, Tuhfat al-Muhtaj,
Nihayat al-Muhtaj dan Iqna'. Di Malaysia undang-undang Islam ditadbirkan di peringkat
negeri dan tiap-tiap negeri mempunyai enakmen tentang pentadbiran undang-undang Islam di
negeri itu. Di tiap-tiap negeri diadakan Majlis Agama Islam dan pegawai seperti mufti,
kadi besan dan kadi. Mufti biasanya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Syariah yang ditugaskan
mengeluarkan fatwa jika perlu. Pada ketika membuat atau mengeluarkan fatwa pendapat yang
biasanya diikuti ialah dari qaul yang muktamad dalam Mazhab Shafie. Akan tetapi jika
difikirkan dengan mengikut qaul Mazhab Shafie itu akan berlawanan dengan faedah umum,
jawatankuasa syariah boleh mengikut qaul dari tiga mazhab yang lain iaitu Maliki, Hanafi
dan Hanbali yang mana difikirkan munasabah. Di tiap-tiap negeri diadakan peruntukan untuk
mendaftar perkahwinan, perceraian dan rujuk. Mahkamah Syariah terdapat di tiap-tiap negeri
untuk membicarakan perkara mal dan jenayah dalam bidang kuasanya. Rayuan biasanya dibuat
kepada Jawatankuasa Ulangbicara yang dianggotai oleh mereka yang dipilih daripada panel
yang dilantik oleh raja-raja di tiap-tiap negeri.
Enakmen-enakmen di negeri-negeri di Malaysia boleh
dikatakan mengikut bentuk yang sama dan pada amnya boleh dikatakan
peruntukan-peruntukannya sama, akan tetapi adakalanya terdapat sedikit perbezaan.
Tiap-tiap negeri mempunyai enakmennya sendiri dan sistem Mahkamah Kadi yang mentadbirkan
undang-undang Islam itu berlainan di tiap-tiap negeri. Oleh sebab kebanyakan enakmen itu
dibuat pada masa penjajah British enakmen-enakmen itu perlu dibaharui dan diselaraskan
antara negeri-negeri.
Baru-baru ini beberapa langkah telah diambil untuk
menyelaraskan Undang-undang Keluarga Islam yang ditadbirkan di Malaysia. Satu rang
undang-undang telah digubal di peringkat Persekutuan dan dipersembahkan kepada Majlis
Raja-raja. Apabila rang undang-undang itu telah dibahas dan diterima pada dasarnya oleh
Majlis Raja-raja, rang undang-undang itu dirujukkan kepada tiap-tiap negeri untuk diterima
dan dijadikan undang-undang negeri. Antara negeri yang asal menerima cadangan itu ialah
Kedah di mana Majlis Undangan Negeri telah meluluskan Enakmen Keluarga Islam pada tahun
1979 dan ini telah disiarkan pada tahun 1984 (Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
(Kedah) 1983 (No. I Tahun 1983); dipinda oleh Enakmen No. 6 Tahun 1984 dan No. 3 Tahun
1987). Kemudiannya negeni Kelantan telah mengadakan Enakmen Keluarga Islam pada tahun
1983 dan Wilayah Persekutuan Akta Keluarga Islam pada tahun 1984 (Akta Undang-undang
Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). Beberapa negeri lain juga
kemudiannya telah mengadakan Enakmen Keluarga Islam, Negeri Sembilan dan Melaka pada tahun
1982, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 1983 (No.7 Tahun 1983;
Enakmen Keluarga Islam Melaka 1983 (No. 8 Tahun 1983).
Perak dan Selangor pada tahun 1984, Pulau Pinang
pada tahun 1985 Terengganu pada tahun 1986 dan Pahang pada tahun 1987 iaitu Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam (Perak) 1984 (No. 13 Tahun 1984); Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam Selangor 1984 (No. 4 Tahun 1984), dipinda oleh Enakmen No. 6 Tahun 1988.
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Pulau Pinang) 1985 (No. 2 Tahun 1985). Enakmen
Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 (No. l2Tahun 1985) dan
Undang-undang Keluarga Islam (Pahang) 1987 (No. 3 Tahun 1987).
Langkah juga telah diambil untuk membaharui cara
pentadbiran undang-undang Islam di mahkamah. Mengikut cadangan yang dibuat oleh suatu
jawatankuasa yang mengkaji sistem kehakiman Islam di Malaysia, beberapa negeri di Malaysia
telah mengadakan enakmen untuk menyusun Mahkamah Syariah di tiga peringkat - Mahkamah
Syariah Rendah, Mahkamah Syariah Tinggi dan Mahkamah Syariah Ulangbicara melalui Enakmen
Mahkamah Syariah Kelantan 1982 (No. 3 Tahun 1982); Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah
Kedah 1985 (No. 6 Tahun 1985); Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 (No. 2
Tahun 1989); Rang Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1990.
Hakim-hakim mahkamah itu diasingkan pentadbirannya
daripada majlis dan Jabatan Agama dan diberi kebebasan sebagai mahkamah keadilan.
Baru-baru ini usaha telah diambil untuk meningkat pengalaman dan pencapaian hakim Syaniah
dan suatu kursus di peringkat diploma lanjutan telah diadakan untuk mereka.
Di beberapa negeri juga telah diadakan enakmen
mengenai undang-undang acara mal seperti Enakmen Acara Sivil Syariah Kelantan 1984 (No.
5 Tahun 1984); Enakmen Aturcara MaI Kedah 1979 (No. 2 Tahun 1984); Rang Akta Acara Mal
Syariah Wilayah Persekutuan 1990, undang-undang acara jenayah seperti Enakmen Acara
Jenayah Syariah Kelantan 1983 (No. 9 Tahun 1983); Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Melaka
1986 (No. 2 Tahun 1986). Rang Akta Acara Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1986 (No. 2
Tahun 1986) dan undang-undang ketenangan bagi Mahkamah Syariah seperti Rang Akta
Keterangan Syariah Wilayah Persekutuan 1990. Dengan adanya enakmen itu hakim-hakim
Mahkamah Syarah dapat merujuk kepada peraturan-peraturan yang mengikut hukum syarak. Di
Kedah dan Kelantan telah diadakan Kanun Jenayah Syariah iaitu Kanun Jenayah Syariah
Kedah 1988 (No.9 Tahun 1988); Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 (No.2 Tahun 1985), dipinda
oleh No.4 Tahun 1987; Rang Kanun Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1990.
Undang-undang Islam di Malaysia bukan sahaja
ditadbirkan di mahkamah-mahkamah kadi tetapi juga adakalanya ditadbirkan di Mahkamah
Tinggi. Mahkamah Tinggi apabila memutuskan sesuatu perkara bukan memandang kepada hukum
Islam sahaja tetapi memberatkan undang-undang awam negeri.
Oleh sebab itu boleh terjadi pertentangan di antara
undang-undang di Malaysia dan hukum Islam, dan juga di antara keputusan kadi dan pendapat
mufti dengan keputusan mahkamah awam. Mengikut undang-undang yang berlaku di Malaysia pada
masa dahulu apabila pertentangan itu terjadi keutamaan diberi kepada undang-undang di
Malaysia dan keputusan mahkamah awam untuk mengelakkan kejadian seperti itu dan
mengagungkan semula hukum Islam, beberapa langkah harus diambil.
Pertama ialah memansuhkan seksyen 3 dan 5 Akta
Undang-undang Sivil, 1956 iaitu Akta Undang-undang Sivil 1956 (Akta 67). Dengan
memansuhkan peruntukan Akta itu, bermakna kita pada masa ini dikehendaki merujuk kepada
undang-undang Inggeris. Kita tidak harus terikat sedemikian, dan harus bebas mencari
panduan daripada undang-undang lain, khasnya daripada undang-undang Islam.
Kedua hendklah diadakan suatu perkara dalam
Perlembagaan Malaysia yang berbunyi:
Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan
undang-undang Islam hendaklah terbatal dan dianggap tidak sah setakat mana ia bertentangan
itu.
Dengan syarat seperti ini yang telah pun terdapat
dalam Perlembagaan Pakistan, Perkara 227, kita boleh menentukan bahawa semua
undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia tidak bertentangan dan sesuai dengan
undang-undang Islam.
Ketiga, bolehlah kita anjurkan mengadakan syarat di
semua kanun dan akta bahawa jika tidak ada peruntukan dalam kanun atau akta itu mahkamah
hendaklah merujuk kepada undang-undang Islam.
Satu langkah yang sangat berkesan telah diambil
dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, Perkara 121, yang memperuntukkan bahawa
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Bawahan tidak boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan
apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.
Dalam kes-kes yang disebutkan di atas dengan pindaan
Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988 (Akta A 704)
percanggahan di antara Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah Syariah tidak akan timbul kerana
kes-kes itu hanya boleh dibawa ke Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi tidak lagi
mempunyai bidang kuasa dalam perkara-perkara itu. Sungguhpun demikian terdapat juga
undang-undang bertulis yang lama yang perlu dipinda untuk mengelakkan keraguan. Antara
undang-undang bertulis itu ialah:
- Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91).
Seksyen 4 Courts of Judicature Act 1964,
memperuntukkan bahawa jika terdapat pertentangan atau percanggahan di antara Akta itu dan
mana-mana undang-undang bertulis lain kecuali Perlembagaan yang berkuat- kuasa pada tarikh
berkuatkuasa Akta itu, peruntukan Akta itu hendaklah mengatasi undang-undang lain. Seksyen
ini hendaklah dimansuhkan.
(b) Akta Keterangan 1950 (Akta 56).
Seksyen 112 Evidence Act 1950, mengenai kesahtarafan
dan seksyen 100 mengenai tafsiran wasiat hendaklah tidak dikenakan kepada orang-orang
Islam.
(c) Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 (Akta 351)
Akta ini hendaklah tidak terpakai di mana-mana
negeri yang telah mengadakan peruntukan untuk hak jagaan kanak-kanak bagi orang Islam.
(d) Akta Pemegang Amanah 1949 (Akta 208)
"Wakaf' hendaklah tidak termasuk di dalam
takrif "trust di bawah akta ini.
Sebelum undang-undang Islam dapat diterima sebagai
undang-undang dan pedoman di Malaysia pada keseluruhannya, kita harus berusaha memperbaiki
cara pentadbiran undang-undang keluarga di Mahkamah-mahkamah Syariah. Pada masa sekarang
kita menghadapi kekurangan dalam banyak perkara - taraf dan kelayakan kadi, tidak ada
bangunan mahkamah yang sesuai dan kemudahan-kemudahan yang mencukupi, kekurangan pegawai
dan kakitangan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan yang diadakan untuk pentadbiran
undang-undang Islam di Mahkamah Syariah hendaklah disamakan sekurang-kurangnya dengan apa
yang terdapat di Mahkamah Majistret. Mufti-mufti dan hakim-hakim hendaklah menjalankan
tugas mereka supaya pentadbiran undang-undang Islam mencapai mutu dan kepercayaan yang
telahpun dicapai oleh mahkamah awam di Malaysia.
Kita harus mendapat keyakinan daripada orang Islam
sendiri bahawa undang-undang Islam boleh ditadbirkan untuk memberi keadilan dan tidak
kurang mutunya daripada mahkamah-mahkamah lain di Malaysia. Apabila telah tercapai
kepercayaan itu bolehlah kita harapkan undang-undang Islam kembali semula sebagai
undang-undang asas dan undang-undang negara di Malaysia.
Undang-undang Islam menghormati undang-undang yang
diikuti oleh penganut agama-agama lain. Dalam Perlembagaan Malaysia, seperti juga dalam
Perlembagaan Terengganu dan Johor dahulu, disebutkan sungguhpun Islam menjadi agama
Persekutuan atau negeri, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Di Perak
pada tahun 1893 telah diadakan Perintah yang mengiktiraf undang-undang Cina dan
membenarkan orang-orang Cina mengikut undang-undang adat mereka melalui Perak Order in
Council No. 23 of 1893- Recognition of Chinese Laws.
Kedudukan itu bukan diubah oleh undang-undang atau
kerajaan Islam akan tetapi telah diubah dengan undang-undang sivil yang diadakan dan
diterima oleh orang-orang Cina - seperti Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) dan Akta
Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164). Orang-orang
bukan Islam dibenarkan mengikut undang-undang agama atau adat mereka dan begitu juga
orang-orang Islam hendaklah dibenarkan mengikut undang-undang Islam.
Sayangnya kita dapati di Malaysia apa yang didukung
dan dimajukan oleh orang-orang bukan Islam ialah undang-undang Inggeris yang kita terima
daripada penjajah. Orang-orang Islam sebaliknya ingin mengembalikan undang-undang Islam
kepada tempatnya yang asal sebagai undang-undang asas dan undang-undang negeri. Ini yang
menimbulkan masalah di Malaysia. Satu harapan ialah undang-undang Inggeris sendiri telah
mengalami beberapa pembaharuan yang membawanya lebih dekat kepada undang-undang Islam dan
dengan kejadian itu perbezaan antara undang-undang Inggeris dan undang-undang Islam dapat
dikurangkan. Usaha boleh dibuat untuk menyelaraskan undang-undang sivil di Malaysia dengan
undang-undang Islam yang dengan cara itu akan diterima oleh semua rakyat di negara kita.
Sungguhpun Mahkamah Syariah boleh dikatakan telah
dibebaskan daripada percanggahan dengan Mahkamah Sivil apabila pihak-pihak kes ialah
orang-orang Islam dan perkara itu dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah (oleh kerana
Mahkamah Sivil tidak lagi mempunyai bidang kuasa) satu masalah timbul apabila satu pihak
orang Islam dan pihak yang lagi satu bukan Islam. Dalam percanggahan undang-undang seperti
mi sayangnya Mahkamah Sivil selalu merujuk kepada undang-undang sivil iaitu undang-undang
pihak yang bukan Islam sebagai contoh Che Omar bin Che Soh lwn Public Prosecutor [1984]
2 MU 55; Eeswari Visuvalingam lwn Kerajaan Malaysia. [1990] 1 MU 86. Pedley lwn Majlis
Agama lslam Pulau Pinang [1990] 1 MU 307 dan Teoh Eng Huat lwn Kadi Pasir Mas [1990] 2 MU
300; Lihat juga Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, s. 51.
Adalah diharapkan Mahkamah Sivil akan juga merujuk
kepada undang-undang Islam, iaitu undang-undang pihak yang satu lagi, dan memutuskan
perkara itu mengikut prinsip-prinsip yang dikenakan apabila terjadi percanggahan
undang-undang, iaitu memilih mana-mana undang-undang yang munasabah dan membawa kepada
keadilan:
Alangkah baiknya kita
mengingatkan diri kita bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang asas
dan undang-undang negeri di Malaysia.