LATAR BELAKANG SEJARAH
Raja dan rakyat negerl Melaka mula memeluk agama
Islam pada awal abad ke-15 Masihi. Bukti-bukti sejarah seperti penerapan idea-idea Islam
dalam kehidupan mereka, agama Islam yang sangat dikenali rapat di kalangan masyarakat
Melayu di Melaka serta orang bukan Islam yang memeluk agama Islam dianggap masuk Melayu',
jelas menunjukkan bahawa Islam telah bertapak kukuh sejak awal-awal lagi di Tanah Melayu.
Tun Salleh Abas (sila lihat :Tun Salleh Abas 1986. "Traditional
Elements of the Malaysian Constituiion dlm Mohamed Sufflan, H.P. Lee &Trindade
(ed.) 1978. The Constitution of Malaysia, Its Development 1957- 1977. Kuala
Lumpur: Oxford University Press) telah menyebut bahawa Islam telah rnenjadi agama
orang-orang Melayu sejak 500 tahun dahulu. Pada awalnya Islam dibawa oleh
pedagang-pedagang Arab ke India dan dan India Islam telah disebarkan ke Tanah Melayu pada
abad ke-15. Sejak dan itu orang-orang Melayu telah diislamkan. Orang-orang Melayu telah
berjuang dalam banyak peperangan menentang kuasa-kuasa penjajah, Portugis dan Belanda
deini melindungi tanah air mereka di samping mempertahankan agama Islam. Manakala
kuasa-kuasa penjajah tersebut selain ingin mengukuhkan kedudukan perdagangan mereka,
cita-cita utama mereka ialah untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang
Melayu.
Perjanjian Pangkor dalam tahun 1874 merupakan titik
tolak peluasan pengaruh Inggeris di Tanah Melayu. Perjanjian antara Inggeris dengan
peinimpin-peinimpin Melayu menghendaki peinimpin Melayu menerima seorang penasihat
Inggeris di negeri Perak. Nasihat beliau perlu diininta dan diikuti dalam semua hal
pentadbiran kecua]i perkara-perkara yang menyentuh agama dan adat resam orang-orang
Melayu.
Perjanjian yang serupa juga telah ditandatangani
oleh peinimpin-peinimpin Melayu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kesannya, pada
akhir abad kesembilan belas kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu telah menerima penasihat
Inggeris ini.
Perlembagaan bertulis yang pertama di Tanah Melayu,
Perlembagaan Johor tahun 1895, telah menampakkan ciri-ciri keislaman. Satu peruntukan
dalam perlembagaan tersebut menyebut bahawa pemerintah hendaklah seorang yang berbangsa
Melayu, berketurunan diraja Johor dan beragama Islam. Perkara LVII perlembagaan itu
menyebut bahawa agama Islam hendaklah sentiasa dan sepanjang masa menjadi agama negeri
Johor.
Perlembagaan negeri Terengganu tahun 1911 juga
bercirikan agama Islam. Satu daripada peruntukannya menghendaki bahawa raja negeri
Terengganu seorang beragama Islam, berbangsa Melayu berketurunan diraja Terengganu.
Perlembagaan itu juga menyebut bahawa Islam agama negeri dan tiada agama lain yang boleh
dijadikan agama rasini negeri Terengganu.
Salah satu sebab berlaku penentangan terhadap
penubuhan Malayan Union 1946 ialah kesan buruk terhadap kedudukan orang-orang Melayu
sebagai penduduk asal terutama sekali terhadap raja-raja sebagai ketua agama Islam di
setiap negeri.
Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956
untuk menyediakan satu draf Perlembagaan Malaya yang merdeka pada awalnya tidak
mencadangkan untuk menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan. Salah seorang anggotanya
dan Pakistan, Hakim Abdul Hainid berpendapat bahawa satu peruntukan sebegitu rupa perlu
diadakan. Draf terakhir yang dipersetujui tidak meinihak kepada mana-mana pendapat
majoriti ataupun ininoriti. Tidak juga disebut bahawa negara ini sebuah negara sekular
(sila lihat Ahmad Ibrahim 1987. "Islam and the Constitution . Kertas kerja
persidangan "The Malaysian Constitution After 30 years . Fakuiti Undang-undang
Universiti Malaya). Ini sama seperti apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia hari
ini iaitu peruntukan Perkara 3 (I) yang menyebut bahawa;
Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
KESAN PERUNTUKAN PERKARA 3
Menurut Profesor Ahmad Ibrahim peruntukan ini antara
yang penting dalam perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau, telah berlaku banyak salah
faham ten tang tafsirannya. Antara salah faham yang paling nyata ialah pendapat yang
menyatakan bahawa setiap upacara rasini di Persekutuan mesti diselitkan dengan unsur-unsur
amalan agama Islam. Beliau berpendapat bahawa ini tidaklah benar kerana Perkara 3 memberi
kebebasan yang meluas untuk penganut-penganut agama lain mengamalkan kepercayaan mereka.
Lagipun terdapat banyak amalan agama Islam yang hanya boleh dilakukan oleh orang-orang
Islam sahaja seperti sembahyang dan sebagainya. Dan sini tidak timbul isu bahawa
orang-orang bukan Islam rnesti melakukan amalan orang-orang Islam.
Perkara 3 secara nyata memberi jaininan kepada
orang-orang bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka secara aman tanpa apa-apa
gangguan. Jika perkataan agama' merangkuini bukan sahaja aspek kepercayaan dan amalan
keagamaan tetapi termasuk juga undang-undang yang terpakai kepada penganut-penganut agama
tersebut maka makna yang sama juga sepatutnya diberi kepada agama Islam'. Islam bukan
sahaja satu kepercayaan keagamaan dan upacara agama, tetapi satu cara hidup yang
merangkuini semua aspek termasuklah undang-undang.
Melihat daripada perspektif undang-undang
perlembagaan dan jika dirujuk secara keseluruhan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia
maka beberapa kesan boleh dilihat daripada peruntukan Perkara 3 tersebut. Antaranya:
Perkara 160 memberi definisi Melayu' sebagai seorang
beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Menurut Tun
Salleh Abas Melayu' dan Islam' adalah unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan
untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan.
Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan
raja-raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mengkehendaki
rajanya seorang berbangsa Melayu beragama Islam dan dan keturunan diraja.
Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan
Agong beliau mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz, Wallahi, wabillahi, watallahi'
yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam, (Perkara 37 dan jadual
keempat Perlembagaan Persekutuan).
Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3
(3) adalah ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan
juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja.
Raja dan Sultan di negeri-negeri yang beraja ialah
ketua agama Islam bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama
Is1am mereka mempunyai budibicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri
(EXCO).
Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong
untuk melindungi hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara
153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Melayu' dan Islam' ialah dua entiti yang tidak
holeh dipisahkan maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga termasuk
menjaga dan melindungi agama Is1am.
Dengan itu jelas bahawa institusi Yang di-Pertuan
Agong itu sendiri mempunyai peranan yang amat penting terhadap agama Islam. Baginda ialah,
Kepaia Utama Negara bagi Persekutuan yang mengambii
keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan ...
(Perkara 32 fasal 1 Perlembagaan)
Perkara 4 fasal 1 memperuntukkan, Perlembagaan ini
adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas
Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang
berlawanan itu'.
Walau bagaimanapun peruntukan ini tidak menjadikan
mana-mana undang-undang yang sedia wujud (sebelum Merdeka) batal walaupun ia bertentangan
dengan perlembagaan. Namun deinikian undang-undang tersebut boleh diubahsuai untuk
diselaraskan dengan peruntukan-peruntukan perlembagaan (Perkara 162 fasal (6)). Apa yang
boleh dipertikaikan ialah sama ada Perlembagaan boleh mengatasi peruntukan-peruntukan di
dalam al-Quran dan Sunnah (Beliau berpendapat Perkara 4 merujuk kepada undang-undang
bertulis sahaja. Tapi tidak memberi kesan kepada undang-undang Syariah, undang-undang yang
tidak bertulis dan yang telah wujud sejak sebelum Merdeka. Lih. Ahmad Ibrahim 1989.
"ThePrinciples of an Islainic Constitution and the Constitution of Malaysia: A
Comparative Analysis . IIU LawJournal 1:2 him. 1
Perkara 76 menyebut bahawa Parlimen boleh membuat
undang-undang tentang perkara-perkara negeri (perkara-perkara perundangan dalam
bidangkuasa negeri-negeri sahaja). Namun dalam hal ehwal agama Islam undang-undang hanya
boleh dibuat setelah kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat dirujuk.
Perkara 150 membenarkan Parlimen atau Yang
di-Pertuan Agong meluluskan apa juga undang-undang untuk keperluan ketika darurat setelah
ia diisytiharkan. Undang-undang untuk tujuan ini dibenarkan walaupun ia tidak konsisten
dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan. Walaupun begitu terdapat satu perlindungan yang
penting dalam fasal (6A) iaitu kuasa ini tidak boleh diperluas dengan apa-apa perkara
mengenai hukum Syarak atau adat istiadat Melayu.
Sejauh Manakah Islam sebagai Agama
Persekutuan Diamalkan dan Dilindungi
Perkara 11 fasal (1) memperuntukkan, Tiap-tiap orang
adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4),
mengembangkan agamanya .
Perkara 11 fasal (4) memperuntukkan,
"Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan
Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa
iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.
Untuk tujuan ini beberapa buah negeri telah
meluluskan enakmen-enakmen untuk mengawal dan menyekat penyebaran agama-agama lain di
kalangan orang Islam. Inisalnya negeri Kelantan telah meluluskan enakmen untuk tujuan itu
dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1987. Kedah, Melaka dan Selangor meluluskan undang-undang
yang serupa dalam tahun 1988. Undang-undang di negeri Selangor antaranya memperuntukkan
bahawa menjadi kesalahan menggalakkan, mempengaruhi atau membangkitkan perasaan seorang
Islam untuk menukar agama; menyebabkan seorang kanak-kanak Islam dipengaruhi oleh
unsur-unsur bukan agama Islam; mendekati seorang Islam untuk tujuan bersyarah atau
menunjukkan beliau apa-apa perkara tentang agama bukan Islam; menghantar apa-apa juga
bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada seorang Islam; dan mengedarkan apa-apa jua
bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada orang Islam di tempat awam.(sila lihat
Non-Islam Religious (control of Propogation among Muslims) Enactment, 1988, Selangor (No.
1 of 1988) lih. seksyen 4, 5, 6, dan 8.
Perkara 13 fasal (2) memperuntukkan;
Tiap-tiap agama adalah berhak menubuhkan dan
menyenggara institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan
tidaklah boleh ada perbezaan semata-mata undang-undang berkaitan dengan
institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah
sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeni menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi
Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan
melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu.
Untuk tujuan ini seksyen-seksyen 36 dan 37 Akta
Pendidikan 1961 menghendaki sebarang sekolah yang menerima bantuan kerajaan menyediakan
dan mengajar pelajaran pengajian Islam dengan syarat jumlah pelajar-pelajar yang layak
mempelajarinya tidak kurang daripada 15 orang.
Undang-undang Islam pada dasarnya adalah di bawah
bidangkuasa Dewan Undangan Negeri. Namun begitu perkara dalam bidangkuasa mereka sangatlah
terhad. Antaranya ialah dalam hal ehwal keluarga, nikah, cerai, penjagaan anak, harta
sepencarian, harta pusaka, wakaf dan beberapa perkara lain (lihat Senarai II, Jadual
kesembilan Perlembagaan Persekutuan). Bidangkuasa jenayah hanyalah merangkuini
kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap
rukun-rukun Islam; kecuali tentang perkara-perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan
(di mana Parlimen mempunyai bidangkuasa). Apa yang nyata ialah bidangkuasa ini hanya ke
atas orang-orang Islam dan tidak termasuk semua aspek perundangan.
Pandangan Mahkamah terhadap Undang-imdang
Islam
Mahkamah di zaman penjajahan Inggeris menerima
hakikat bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang asal di Tanah Melayu. Inisalnya
dalam kes Ramah lwn Laton ((1927)6 FMSLR 128. Mahkamah menyebut undang-undang Mohammedan
tetapi perkataan yang tepat ialah undang-undang Islam atau Syariah. Keputusan kes ini
telah disokong dan diikuti oleh kes-kes Fatimah lwn Haji lsmail (1939] MU 134 dan Tengku
Mariam (1969), MU 110) telah diputuskan bahawa undang-undang Mohammedan bukanlah
undang-undang asing tetapi undang-undang tempatan dan mahkamah hendaklah memberi
pengiktirafan kehakiman kepada undang-undang Islam.
Keputusan mahkamah yang terbaru memberi pandangan
yang berbeza. Dalam kes Che Omar bin Chee Soh lwn Pendakwaraya ((1988) 2 MU 55 (Mahkamah
Agong) dua orang telah merayu bahawa hukuman mati di bawah Akta Dadah Berbahaya kerana
mengedar dadah dan di bawah Akta Senjata Api (Hukuman Lebih Berat) kerana meiniliki
senjata api adalah batal kerana ia bertentangan dengan undang-undang Islam. Ini kerana
kesalahan ini tidak termasuk dalam kategori hudud atau qisas dan oleh itu bertentangan
dengan undang-undang Islam dan menyalahi perlembagaan.
Mahkamah Agong dalam keputusan mereka menerima
bahawa Islam di bawah Perkara 3 ialah agama Persekutuan dan bukan sahaja terdiri daripada
upacara dan ibadat sahaja' tetapi ia juga satu cara hidup yang sempurna merangkuini semua
bidang kegiatan manusia sama ada persendirian, umum, perundangan, politik,
sosio-kebudayaan, moral atau kehakiman. Menurut YAH Tun Salleh Abas, ini bukanlah yang
dimaksudkan oleh mereka yang merangka perlembagaan. Mereka berpendapat Islam hanyalah
merangkuini aspek kehidupan yang sempit iaitu undang-undang mengenai perkahwinan,
perceraian dan harta pusaka sahaja. Jika niat dan pendapat mereka seperti apa yang kita
faham dan inginkan maka sudah tentu satu peruntukkan khas telah dimasukkan di dalam
perlembagaan yang memperuntukkan bahawa apa-apa undang-undang yang bertentangan dengan
undang-undang Islam, maka undang-undang itu batal. Pihak merayu juga mengatakan bahawa
undang-undang Islam telah lama wujud sebelum merdeka dan dengan itu mana-mana
undang-undang am di Malaysia mestilah mengikut dan selaras dengan undang-undang Islam.
Mahkamah menolak cadangan ini dan menegaskan ia bercanggah dengan perlembagaan dan sejarah
perundangan persekutuan dan juga akta undang-undang sivil yang memperuntukkan penerimaan
undang-undang Inggeris ke negara ini.
Profesor Ahmad Ibrahim dalam komen beliau tenting
kes ini menyebut,
"Apa yang rnenyedihkan ialah Mahkamah Agong
nampaknya bersedia menerima hujah bahawa perkataan Islam' yang terdapat dalam Perkara 3
Perlembagaan Persekutuan hendaklah difahamkan sebagai meliputi hanya perkara-perkara yang
berhubung dengan upacara dan istiadat agama sahaja. Telah dikatakan bahawa inilah makna
yang dimaksudkan oleh pihak yang merangka perlembagaan itu dan Ia adalah akibat
pemerintahan tidak langsung oleh British dalam masa penjajahan dahulu dan wujudnya
institusi-institusi sekular. Apakah kita masih terikat dengan kedudukan masa penjajah itu
sedangkan kita sudah mencapai kemerdekaan? (sila lihat Ahmad Ibrahim 1989.
"Undang-undang Islam di Mahkamah Sivil .Kertas kerja yang dibentangkan dalam
simposium "Pindaan Perlembagaan Malaysia: Implikasi Undang-undang. Universiti Islam
Antarabangsa, Petaling Jaya)
Dalam satu kes yang dianggap kontroversi, Mahkamah
Tinggi berhadapan dengan masalah interpretasi Perkara 12 fasal (3) dan fasal (4)
Perlembagaan Persekutuan (In re Susie Teoh [1986] 2 MU 228. Fasal (3) memperuntukkan,
Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima
ajaran-ajaran rnengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau
sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.
Sementara Perkara 12 fasal (4) menyebut, "Bagi
maksud fasal (3), agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun
adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya .
Dalam kes ini seorang gadis bukan Islam yang berumur
17 tahun telah diislamkan oleh seorang kadi tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya.
Bapanya telah membawa tuntutan ke mahkamah memohon satu pengisytiharan bahawa penganutan
itu tidak sah kerana menurut undang-undang dan perlembagaan seorang bapa dan penjaga
berhak menentukan agama, pelajaran dan asuhan anaknya. Mahkamah merujuk kepada Perkara 11
dan 12 Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah mengatakan bahawa dalam Perkara 11 fasal (1)
perkataan tiap-tiap orang' merujuk kepada bahawa kebebasan beragama terpakai kepada semua
orang tanpa mengira umur asalkan orang tersebut sempurna akal dan berupaya membuat
keputusan. Semasa memeluk Islam gadis itu berumur 17 tahun 8 bulan dan pada rnasa itu
beliau berupaya membuat keputusan sendiri untuk melaksanakan haknya di bawah perlembagaan
untuk bebas mengamalkan agama pilihan beliau.
Mahkamah juga merujuk Perkara 12 fasal (3) dan fasal
(4). Mahkamah menekankan kedua-dua fasal ini hendaklah dibaca bersama. Fasal (3) melarang
seseorang diwajibkan menerima ajaran-ajaran, mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau
sembahyang sesuatu agama lain. Sementara fasal (4) memperuntukkan bagi tujuan fasal (3),
agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh
ibu bapa atau penjaganya.
Mahkamah mengatakan bahawa daripada fakta kes dan
keterangan yang diberi tiada apa yang menunjukkan bahawa gadis tersebut telah diwajibkan
untuk menerima ajaran atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang
sesuatu agama selain agamanya sendiri. Perkara diwajibkan' mempunyai elemen paksaan tetapi
dan keterangan langsung didapafi tiada wujud paksaan atau unsur-unsur sebegitu yang
dikenakan terhadap gadis tersebut.
Pihak menuntut menegaskan dengan menghendaki anak
gadisnya melafazkan dua kalimah syahadah ialah satu perbuatan diwajibkan' seperti yang
dilarang oleh fasal (3) Perkara 12. Mahkamah mengatakan bahawa ia kehendak upacara
tersebut tetapi bukan satu syarat untuk mengambil bahagian dalam upacara itu. Tambahan
lagi tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa gadis tersebut dipaksa untuk memeluk
Islam seperti yang dibuktikan dalam kenyataan bersumpah beliau yang mengatakan bahawa
beliau memeluk Islam dengan rela hati tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.
Mahkamah Agong dalam keputusan rayuan terhadap
keputusan Mahkamah Tinggi itu menolak penafsiran Mahkamah Tinggi tentang Perkara 12 fasal
(3) dan (4). Mahkamah Agong menegaskan fasal (4) adalah nyata iaitu agama seseorang yang
di bawah umur 18 tahun mesti ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya. Namun kedudukan
gadis itu tidak disentuh kerana beliau sekarang sudah pun berumur lebih 18 tahun dan
telahpun memeluk Islam dengan sukarela. Dan adalah tidak adil untuk memberi keputusan
sebaliknya.
Dalam kes Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn
Jamaluddin bin Othman ([1989] 1 MU 398) responden telah ditahan di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana dikatakan terlibat dalam satu rancangan untuk menyebarkan
agama Kristian di kalangan orang-orang Melayu. Beliau dikatakan terlibat dalam
khemah-khemah kerja dan seminar untuk tujuan tersebut. Beliau dikatakan juga telah berjaya
mengkristiankan' enam orang Melayu. Beliau memohon untuk dibebaskan atas alasan Perkara II
memberi hak menganuti dan mengamalkan agamanya. Mahkamah memutuskan bahawa Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri tidak mempunyai bidangkuasa memerintahkan penahanan responden di bawah
ISA kerana Perkara II memastikan seseorang itu mempunyai kebebasan beragama. Rayuan telah
dibuat ke Mahkaniah Agong. Mahkamah Agong menegaskan bahawa dengan hanya melibatkan diri
dalam seininar dan khemah kerja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu satu ugutan
kepada keselamatan negara dan ini di luar skop ISA. Akta Keselamatan Dalam Negeri
diluluskan untuk menghalang serta menghapuskan elemen-elemen subversif dan
perbuatan-perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam serta keselamatan negara. Kes ini
tidak termasuk dalam skop undang-undang itu, Mahkamah telah memerintahkan responden
dibebaskan. Walau bagaimanapun HB Hasliim Yeop Sani menegaskan:
Kebebasan beragama dan mengamalkan agama
masing-masing mestilah tidak dijadikan satu kebenaran untuk melakukan perbuatan-perbuatan
yang bertentangan dengan undang-undang atau melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan
atau mengancam keselamatan negara.
Mahkamah sepatutnya memberi penekanan yang lebih
khusus kepada makna mengembangkan' agama lain di kalangan orang-orang Islam seperti yang
dilarang oleh Perkara 11 fasal (4) terutama kepada interpretasi peruntukan-peruntukan
Perkara 11 ini. Namun begitu oleh sebab isu utama ialah penahanan di bawah ISA, sama ada
sah atau tidak maka persoalan yang boleh timbul di bawah Perkara 11 tidak menjadi begitu
penting. Adalah diingatkan di sini bahawa jika kes ini berlaku di negeri-negeri lain yang
mempunyai undang-undang khas melarang pengembangan dan penyebaran agama lain di kalangan
orang-orang Islam, maka responden boleh dibicarakan kerana melanggar enakmen negeri.
Dalam satu keputusan yang agak baru iaitu Overseas
Investment Pte. Ltd. lwn Anthony William 0Brien Anor ([1988] 3 MLJ 332) kedudukan
yang sewajarnya telah diberikan kepada prinsip Islam. Dalam kes ini O'Brien, yang telah
memeluk agama Islam berhutang sejumlah besar wang dengan syarikat plaintif. Syarikat itu
telah membuat permohonan untuk menuntut kembali jumlah wang itu dengan cara perintah tahan
dan jual (writ of seizure and sale). Pihak berkuasa mahkamah telah merampas beberapa
perabot rumah yang diduduki oleh O'Brien. Isteri O'Brien menuntut bahawa perabot-perabot
tersebut adalah harta milik bersama semasa perkahwinan dan menuntut hak ke atas
perabot-perabot itu. Isteri O'Brien telah berjaya mengemukakan beberapa resit pembelian
dan akibatnya beberapa perabot telah dikembalikan. Beberapa perabot lain telah dijual dan
isteri O'Brien telah merayu ke Mahkamah Tinggi memohon ganti rugi terhadap perabot-perabot
yang telah dijual itu. Mahkamah Tinggi bersetuju bahawa beliau berhak atas dasar harta
sepencarian dan memutuskan doktrin harta sepencarian dalam undang-undang Islam terpakai.
Keputusan kes ini menunjukkan bahawa Mahkamah Sivil
hersedia menggunakan prinsip undang-undang Islam bila kes itu menghendakinya dan
sekirarsya bersesuaian. Namun begitu apa yang nyata ialah mahkamah masih lagi terikat
dengan pendapat hakim-hakim Inggeris sebelum merdeka yang menganggap bahawa Islam hanyalah
dalam hal nikah, cerai, harta pesaka dan wakaf sahaja. Satu pendekatan yang berlainan
sepatutnya diambil untuk memberi tempat yang sepatutnya kepada Islam sebagai agama
Persekutuan.
Pindaan kepada Perkara 5 dan Perkara 121
Perlembagaan Persekutuan
Pindaan kepada Perkara 121 dan Perkara 5 memberi
nafas baru khususnya kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah. Perkara 121 fasal (1) menyatakan
bahawa terdapat dua Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidangkuasa yang selaras dan setaraf.
Fasal (IA) telah ditambah kepada Perkara 121 dengan memperuntukkan, "Mahkamahmahkamah
yang disebutkan dalam fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan
apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah .
Kesannya ialah apa jua yang di dalam bidangkuasa
Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi tidak boleh campur tangan seperti dalam soal harta
pesaka, penjagaan kanak-kanak (hadanah) dan sebagainya. Namun begitu jika dilihat dengan
lebih mendalam bidangkuasa Mahkamah Syariah sangatlah terhad. Ia hanya mempunyai
bidangkuasa ke atas orang yang beragama Islam dan clalam perkara-perkara yang
diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai II Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Syariah dengan itu tidak mempunyai
bidangkuasa ke atas pihak-pihak yang bertikai yang salah seorangnya bukan Islam. Misalnya,
dalam soal hadanah jika ibunya seorang bukan Islam dan bapanya seorang Islam, perkara ini
masih boleh dibawa ke Mahkamah Sivil dan diputuskan di situ. Dalam Akta Pembaharuan
Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976, Mahkamah Sivil diberi kuasa untuk
membenarkan perceraian jika pihak pada perkahwinan tersebut yang dijalankan bukan secara
Islam, telah memeluk agama Islam dan pihak yang satu lagi yang tidak memeluk agama Islam
boleh membawa petisyen ke mahkamah (lihat Ahmad Ibrahim 1989. "The Amendment to
Article 121 of the Federal Constitution its effect of Adininistration of Islamic Law ,
[1989] 2 MU XVII.
Apa yang tidak diperuntukkan oleh pindaan tahun 1988
itu ialah kenaikan taraf Mahkamah Syariah dalam bidangkuasa jenayah. Pada amnya Parlimen
mempunyai bidangkuasa jenayah yang luas dibandingkan dengan Dewan Undangan Negeri kerana
Dewan Undangan Negeri seperti yang dirujuk sebelum ini hanya berkuasa membuat
undang-undang bagi menghukum kesalahan-kesalahan orang-orang Islam terhadap agama Islam
kecuali apajua perkara yang telah diperuntukkan dalam senarai Persekutuan (Jadual
Kesembilan Senarai I).
Dengan itu jika seorang lelaki dengan seorang
perempuan ditangkap berkhalwat dan salah seorang daripadanya bukan Islam maka yang bukan
Islam akan bebas danpada tuduhan.
Di bawah Akta Mahkamah-mahkamah Islam (Bidangkuasa
Jenayah) 1965, pindaan 1984 bidangkuasa mahkamah hanya meliputi kesalahan-kesalahan yang
membawa hukuman penjara tidak lebih 3 tahun, denda tidak lebih daripada RM5000.00, rotan
yang tidak melebihi 6 kali atau kombinasi mana-mana daripada hukuman tersebut. Bidangkuasa
ini terlalu kecil dibandingkan dengan kuasa Majistret kelas pertama yang boleh menghukum
sehingga 10 tahun penjara, denda sehingga RM1O 000.00, rotan sehingga 12 kali atau
mana-mana kombinasi hukuman di atas.
Pindaan kepada Perkara 5, memberi pengiktirafan yang
lebih tinggi kepada Mahkamah Syariah. Satu proviso baru telah dimasukkan ke dalam fasal
(4) Perkana 5 untuk Mahkamah Syariah iaitu:
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal
penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah,
sebutan-sebutan dalam fasal ini mengenai seorang Majistret hendaklah ditafsirkan sebagai
termasuk sebutan-sebutan mengenai seorang hakim Mahkamah Syariah.
Dengan pindaan ini seseorang yang melakukan
kesalahan yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah akan mendapat hak-hak yang sama yang
diberi kepadanya sekiranya beliau dibicarakan di Mahkamah Majistret. Kesannya ialah jika
beliau ditahan untuk tujuan ini beliau hendaklah dibawa ke hadapan bakim Mahkamah Syariah
dalam masa 24 jam dan masa ditangkap tanpa kelengahan yang tidak munasabah. Jika ingin
ditahan lebih lanjut lagi, kebenaran hakim Mahkamah Syariah hendaklah dipohon.
Sekurang-kurangnya pindaan Perkara 5 menjadikan kuasa hakim Mahkamah Syariah setaraf
dengan kuasa seorang Majistret.
Menurut Profesor Ahmad Ibrahim;
Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ini telah
memberi kuasa yang lebih luas dan memberi lebih kebebasan kepada Mahkamah Syariah dan
adalah diharapkan kuasa-kuasa ini dijalankan dengan sempurna dan berlandaskan
ajaran-ajaran al-Quran:
Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang layak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada
kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi melihat.
(Surah An Nisa: 58)
Seterusnya Profesor Ahmad Ibrahim menyatakan;
Satu cara pendekatan lain kepada Perlembagaan
Malaysia ialah dengan cara yang lebih positif iaitu dengan menerimanya dan mencuba sedaya
upaya kita untuk mempertahankan prinsip-prinsip sebuah negara Islam. Penerimaan terhadap
Perlembagaan Persekutuan dapat dicapai melalui perundingan dan kompromi yang dicapai oleh
semua kaum di Malaysia. Kita seharusnya menghormati perjanjian yang berdasarkan
persefahaman dan persahabatan di antara pelbagai kaum. Pada masa yang sama kita mesti cuba
untuk memikirkan dan melakukan perkara yang positif supaya menjadikan perlembagaan dengan
cara tertentu dapat mempertahankan prinsip-prinsip kerajaan Islam dengan mengambil kira
hak-hak kepentingan semua kaum di Malaysia. (sila lihat Ahmad Ibrahim 1989. " The
Princples of an Islamic Constitution and the Constitution of Malaysia:A Comparative
Analysis . dlm. IIU Law Journal l:2 hlm. 3