|
AL-QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA
AKHLAK ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai
yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya.
Nilai-nilai dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya terhadap hidup.
Dengan perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu
gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya
Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat
dan tidak dipengaruhi oleh kepaisuan, khurafat dan falsafah-falsafah serta ajaran yang
paisu, akan memancarkan nilai-nilai benar yang murni di dalam hati. Nilai-nilai ini akan
mempengaruhi pembentukan sistem akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika aqidah yang dianuti
dibina di atas kepalsuan dan gambarannya mengenai hidup bercelaru dan dipengaruhi oleh
berbagai-bagai fahaman paisu, ia akan memancarkan nilai-nilai buruk di dalam diri dan
mempengaruhi pembentukan akhlak yang buruk.
Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk, merupakan dua jenis
tingkahlaku yang berlawanan dan terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza.
Kedua-duanya memberi kesan secara langsung kepada kualiti individu dan masyarakat.
lndividu dan masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai-nilai dan akhlak yang baik
akan melahirkan individu dan masyarakat yang sejahtera. Begitulah sebaliknya jika individu
dan masyarakat yang dikuasai oleh nilai-nilai dan tingkahlaku yang buruk, akan porak
peranda dan kacau bilau. Masyarakat kacau bilau, tidak mungkin dapat membantu tamadun yang
murni dan luhur.
Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang
inginkan kejayaan bermula daripada pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh
unsur-unsur kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan
tamadunnya hancur disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya.
Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara
kemuliaan insan serta keluhurannya. Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya
akhlak runtuh dan nilai-nilai murni tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang
mutia. (Riwayat al-Baihaqi)
Para sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak
di dalam membina keluhuran peribadi dan tamadun manusia. akhlak yang mulia menjadi
penggerak kepada kemajuan dan kesempurnaan hidup. Sebaliknya, akhlak yang buruk menjadi
pemusnah yang berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta ketinggian hidup
manusia di bumi ini.
Kepentingan akhlak dalam kehidupan dinyatakan dengan jelas
dalam. Al-Ouran menerusi berbagai-bagai pendekatan yang meletakkan al-Ouran sebagai sumber
pengetahuan mengenai nitai dan akhlak yang paling terang dan jelas. Pendekatan al-Quran
dalam menerangkan akhlak yang mulia, bukan pendekatan teoritikal tetapi dalam bentuk
konseptual dan penghayatan. akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk digambarkan dalam
perwatakan manusia, dalam sejarah dan dalam realiti kehidupan manusia semasa, al-Ouran
diturunkan.
Al-Quran menggambarkan bagaimana aqidah orang-orang beriman,
kelakuan mereka yang mulia dan gambaran kehidupan mereka yang penuh tertib, adil, luhur
dan mulia. Berbanding dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafiq yang jelek dan
merosakkan. Gambaran mengenai akhlak mulia dan akhlak keji begitu jelas dalam perilaku
manusia blepanjang sejarah. Al-Quran juga menggambarkan bagaimana perjuangan para rasul
untuk menegakkan nilai-niiai mulia dan murni di dalam kehidupan dan bagaimana mereka
ditentang oleh kefasikan, kekufuran dan kemunafikan yang cuba menggagalkan tertegaknya
dengan kukuh akhlak yang mulia sebagai teras kehidupan yang luhur dan murni itu.
Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, nilai-nitai akhlak
yang dipegang oleh seseorang dan sesuatu kebudayaan itu adalah hasil daripada aqidah dan
gambaran tentang kehidupan itu. Pembentukan nilai-nilai akhlak itu bergantung kepada
bagaimana manusia memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang asasi dalam hidup.
Siapakah yang mencipta alam ini dan apakah tujuannya? Apakah tujuan manusia ditempatkan di
bumi dan apakah tujuan dan matiamatnya yang sebenar? Jawapan-jawapan kepada persoalan asas
mengenai kehidupan ini akan menentu dan mencorak nilai-nilai akhlak yang dimiliki oleh
seseorang atau sesuatu kebudayaan. Oleh kerana terdapat berbagai- bagai jawapan kepada
persoalan tersebut, maka terdapat berbagai sistem nilai di dalam masyarakat manusia yang
mencorakkan berbagai sikap dan tingkahlaku yang membentuk berbagai-bagai kebudayaan.
Al-Quran telah memaparkan berbagai golongan yang memberi
jawapan berbeza kepada persoalan-persoalan asasi kehidupan yang membentuk konsepsi dan
aqidah mengenai kehidupan ini. Terdapat aqidah orang-orang beriman, aqidah orang-orang
kafir, aqidah orang-orang fasik dan aqidah orang-or-ang munafiqin.
Aqidah orang-orang beriman dinyatakan dalam al-Ouran seba^gai
orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T, kepada Rasul-Nya, kepada keagungan Allah yang
mencipta dan memiliki alam ini. Mereka yakin kepada hari akhirat, yakin bahawa kejadian
Allah tidak terbatas kepada alam lahir sahaja dan kejadian Allah itu tidak terbatas dalam
lingkungan yang dapat diketahui oleh manusia. Kerana itu mereka percaya kepada kejadian
Allah yang ghaib, seperti malaikat, gyurga, neraka dan adanya makhluk-makhiuk Allah yang
lain yang tidak diketahui oleh manusia dan pengetahuan manusia tidak menjadi syarat bagi
menentukan sesuatu kejadian Allah harus ada atau tidak ada. Allah S.W.T bebas mengikut
kehendak-Nya, untuk mencipta atau tidak mencipta sesuatu yang ada di dalam ilmu-Nya.
Aqidah ini menyebabkan orang-orang beriman sentiasa
bergantung harap kepada Allah S.W.T dan tidak bergantung harap kepada yang lain
daripada-Nya. Tujuan hidup manusia di dunia ini ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
dan setiap tindak tanduk dan kelakuan serta tindakannya adalah untuk mendapatkan keredhaan
Allah S.W.T. Keredhaan Allah dan beribadat kepada Allah S.W.T. menjadi tumpuan dan
pemusatan setiap aspek kegiatannya.
Pergantungan semata-mata kepada Allah memberikan kepada
seorang mu'min itu kebebasan dan tidak terikat kepada mana-mana kuasa lain daripada Allah
S.W.T. Daripada perasaan inilah tercetusnya pengakuan seorang muslim bahawa "Tiada
Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah S.W.T."
Manusia beriman yang sebenarnya, tidak mungkin menyembah
kepada yang lain daripada Allah S.W.T., tidak mempeduangkan sesuatu yang dicipta oleh
mana-mana kuasa selain dadpada yang ditentukan di dalam agama Allah S.W.T. Allah S.W.T.
bagi mereka adalah Tuhan Yang Maha Sempuma, Maha berkuasa dan kepada Dialah tumpuan segala
ibadah dan segala yang baik sama ada niat dan amalan. Lihatiah bagaimana pendirian yang
bebas, tegas dan berani yang ditunjukkan oleh seorang mu'min yang sejati Rab'i bin Amir
ketika berhadapan dengan raja Rum, yang bermaksud:
'Allah sesungguhnya mengutus kami untuk membebaskan sesiapa
yang dikehendaki-Nya daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah hanya kepada Allah,
daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan keluasan akhirat daripada kezaliman
agama-agama kepada keadilan Islam.'
Seorang mu'min berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu
berterbangan di udara. Kebebasan seorang mu'min sentiasa mendapat panduan dan bimbangan.
Justeru itu ia tidak berkelana dan hidup tanpa tujuan. la sentiasa bergerak bebas dengan
memiliki peta yang menunjukkan haluan pergerakan dan perjalanannya. la sentiasa bertindak
mengikut petunjuk Allah dan berpandu kepadanya.
Seorang mu'min berperasaan halus dan berhati lembut kerana
keyakinannya bahawa ia adalah hamba kepada Allah S.W.T. Segala perbuatannya akan dinilai
dan dihitung serta diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Wawasannya,
tidak semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga di akhirat.
Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik dahapda di dunia. Kerana itu, ia sanggup
mengorbankan kurniaan Allah di dunia, untuk mendapatkan kurniaan Allah di akhirat.
Aqidah dan pandangan hidup yang asas ini, memancarkan
nilai-nilai yang murni dalam jiwa orang-orang beriman. Nilai-nilai ikhias untuk Allah
S.W.T. dan tidak tunduk beribadah melainkan kepada Allah S.W.T adalah merupakan nilai yang
agung yang membentuk akhlak yang murni dan jiwa yang luhur dalam kehidupan orang-orang
beriman. ]a membentuk akhlak terhadap Allah S.W.T. dan akhlak terhadap sesama manusia.
Hubungan manusia dengan Allah S.W.T dan kelakuannya terhadap
Allah S.W.T. ditentukan mengikut nilai-nilai aqidah yang ditetapkan. Begitu juga akhlak
terhadap manusia dicorakkan oleh nilai-nilai aqidah seorang muslim, sepertimana yang
ditetapkan didalam al-Ouran yang merupakan ajaran dan wahyu daripada Allah S.W.T Pergaulan
manusia dengan manusia tidak boleh disamakan dengan perhubungan manusia dengan Allah
S.W.T.
Aqidah dan pegangan seorang beriman berbeza dengan aqidah dan
pegangan seorang kafir. Justeru itu nilai-nilai dan akhlak juga berbeza.
Al-Quranmemaparkan aqidah dan pegangan orang-orang kafir dalam berbagai kategori, justeru
terdapat berbagai bentuk kekufuran yang beriaku di kalangan umat manusia. Antara kekufuran
yang beriaku disebabkan mereka menolak ajaran yang benar yang dibawa oleh utusan Allah
S.W.T. dan mereka menafikan kerasulan utusan itu. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Maka berkata pembesar-pembesar yang kafir itu dari
kalangan bangsanya, ini tidak lain daripada manusia seperti kamu. ]a hendak menonjoikan
diri supaya lebih daripada kamu. Jika Allah hendak turunkan utusan, Dia akan turunkan
malaika t Kita tidak mendengar dati bapa -bapa kita yang terdahulu mengenai ini (utusan
Allah dari kalangan manusia). (al-Mu'minun: 24)
Kekufuran juga beriaku kerana tidak percayakan hari akhirat.
Kerana percaya bahawa tidak ada kehidupan selepas mati, mereka hidup berfoya-foya di dunia
ini tanpa memikirkan seksaan di akhirat. Bagi mereka seperti yang dinyatakan oleh al-Quran
"kehidupan ini cuma di dunia". Manusia dilahirkan dan kemudian mati, mereka
tidak dibangkitkan kembali, seperti kata mereka yang bermaksud:
"Kehidupan kita tidak yang lain daripada kehidupan di
dunia. Daripada tiada kita ada dan hidup. Apabila mati kita tidak dibangkitkan lagi.
Maksudnya:
"Dan berkata pembesar-pembesar dari bangsanya yang kafir
dan mendustakan kehidupan akhirat dan kamijadikan berfoya-foya dalam kehidupan mereka di
dunia, orang ini, hanyalah seorang manusia seperti kamu. fa makan dari apa yang kamu makan
dan minum dari apa yang kamu minum '. (al-Mu'minun: 33)
Kekufuran juga beriaku disebabkan sifat bongkak dan sombong
serta ingkar kepada perintah Allah dan angkuh terhadapnya. Allah berfirman mengenai
kekufuran Iblis yang bermaksud:
"Dan ketika kami berkata kepada malaikat sujudiah kepada
Adam. Mereka pun sujud, kecuali lblis. la ingkar dan takabur dan ia daripada orang-orang
kafir.
(al-Baqarah: 34)
Aqidah orang-orang kafir yang sombong terhadap Allah S.W.T,
yang tidak percaya kepada para rasul yang diutus oleh Allah dan ajaran-ajaran yang mereka
bawa, yang tidak percaya kepada hari akhirat dan tidak patuh kepada hukum-hukum Allah
dengan ingkar kepada hukum-hukum itu, membentuk nilai-nilai kelakuan dan cara hidup yang
menjurus ke arah kehidupan yang tidak berakhlak mulia dan luhur. Allah S.W.T. berfirman
yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang kafir meni'mati kesenangan didunia
serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang temak makan minum, sedang nerakalah
menjadi tempat tinggal mereka.' (Muhammad: 12)
Mereka tidak mempunyai matiamat yang murni dan abadi dalam
kehidupan mereka. Kehidupan ini bagi mereka mencari makan, mencari harta dan berfoya-foya
semata-mata untuk di atas dunia ini. ltulah sahaja kehidupan mereka. Selain dadpada itu,
tiada matiamat yang jauh yang hendak dituju. Pandangan dan cara hidup mereka ini, sudah
tentu mempengaruhi pembentukan akhlak mereka yang pincang dan bercelaru.
Satu lagi aqidah kekufuran yang berbahaya ialah munafiq yang
"pepat di luar rencung di dalam,' "telunjuk lurus kelingking berkait.' Bahaya
kekufuran ini sangat dahsyat kerana sikap pemusuhan dan dendam mereka terhadap orang-orang
yang beriman. Gambaran mengenai aqidah mereka penuh dengan gambaran kepura-puraan. Mereka
mengaku beriman, tetapi mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka berpura-pura percaya
kepada Nabi s.a.w. yang diutus oleh Allah S.W.T. tetapi dalam hati mereka benci dan
memusuhi baginda. Mereka memandang rendah kepada ajaran Nabi s.a.w. dan sering
mempertikaikan ajaran itu. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Dan di kalangan manusia ada yang berkata kami beriman
dengan Allah dan Hari akhirat Pada hal mereka bukan datipada orang-orang beriman.
(al-Baqarah : 8)
Aqidah munafiqin, melahirkan sifat-sifat dan
kelakuan-kelakuan keji yang mewakiii akhlak yang buruk. Untuk menyembunyikan kekufuran,
mereka berdusta, memutar belitkan kebenaran, memungkid janji dan mengkhianati amanah.
Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tiga perkara yang sesiapa yang mempunyainya di dalam
diri maka ia adalah munafiq. Apabila bercakap ia dusta, apabila bedanji tidak dikotakan
apabila diberi amanah ia khianat. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Selain daripada memaparkan konsep dan penghayatan akhlak
secara konsepsi dan praktikal dan membezakan antara akhlak orang- orang yang beriman dan
orang-orang kafir berasaskan kepada perbezaan aqidah mereka, al-Ouran menghuraikan
pengertian akhlak Islam yang didokong dan dihayati oleh orang-orang beriman. akhlak Islam
dijelaskan berdasarkan kepada model insan kamil yang terdapat dalam did Rasuluilah s.a.w.
yang telah merealisasikan pengertian akhlak al-Quran dalam kehidupan yang realistik.
Rasuluilah s.a.w. dikatakan sebagai al-Quran yang berjalan. Aishah ra. berkata 'Adapun
akhlakbaginda ialah al-Ouran' ' Kerana itu nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam
ialah nilai-nilai mutlak. Nilai-nilai asas ini, tidak bersifat relatif atau nisbi.
Nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam, tidak berubah-ubah mengikut zaman dan
tempat. la tidak hanya baik pada masa yang lalu dan tidak baik untuk masa sekarang. Apa
yang diperakukan oleh al-Quran dan al-Sunnah sebagai baik, maka ia adalah baik untuk
sepanjang zaman dan tempat. Apa yang dianggap tidak balk, maka ia adalah tidak baik untuk
selama-lamanya. Apa yang baik adalah haial dan yang buruk dan tidak baik itu adalah haram.
Perkara haial dan yang haram diterangkan dengan jelas.
Nilai-nilai yang baik dan buruk diprogramkan ke dalam
hukum-hukum yang menentukan sama ada sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh
dilakukan, yang mesti dilakukan atau mesti dilakukan atau mesti ditinggalkan atau
dijauhkan. Hukum-hukum itu ialah wajib, sunat, haram dan makruh. Perkara-perkara yang
telah diprogramkan ke dalam hukum-hukum ini adalah mutlak sifatnya. Akan tetapi
perkara-perkara yang termasuk dalam perkara harus adalah relatif sifatnya.
Nilai-nilai akhlak Islam, berbeza dengan nilai-nilai tamadun
Barat yang semata-mata bergantung kepada aka] dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak
baik. Kerana itu, kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif. Pada hari
ini ia difikirkan sebagai baik dan di masa yang lain ia ditolak sebagai baik. Begitu juga
yang dipandang buruk pada hari ini, tidak lagi dianggap demikian pada masa yang lain.
Homoseksual dan Lesbian, dahulu dianggap haram dan tidak baik. Sebaliknya hari ini
perbuatan itu dihalaikan dan dibenarkan sebagai legal serta mendapat hak-hak dan
periindungan perundangan. Kenisbian nilai-nilai akhlak ini, menimbulkan huru hara nilai
yang mengakibatkan kepincangan akhlak.
Rasuluilah s.a.w., adalah contoh seorang hamba Allah yang
bersyukur iaitu contoh berakhlak mulia dan tinggi dalam hubungan dengan Allah S.W.T. lni
berasaskan kepada peribadahan yang dilakukannya dengan penuh ikhias mengikut sistem
peribadahan yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.1 berfirman yang bermaksud:
"Mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah
kepada Allah dengan ikhias serta mempunyai sistem agama-. (al-Bayyinah: 5)
Orang-orang kafir musyrik yang beribadah kepada yang lain
daripada Allah S.W.T. adalah manusia yang tidak berakhlak dan beriaku biadab terhadap
Allah S.W.T Abu Lahab, Firaun, Namrud dan lain-lain adalah contoh manusia yang tidak
berakhlak dan biadab terhadap Allah S.W.T. Mereka takbur, bongkak dan sombong. Mereka
melakukan kemungkaran, kezaliman dan kerosakan di bumi akibat daripada kesyirikan mereka
terhadap Allah. Nilai-nilai syirik menjadikan mereka manusia yang tidak bermoral dan
makhiuk perosak yang meluas seperti di kalangan generasi baru masyarakat barat.
Akhlak Rasuluilah s.a.w. adalah model akhlak-akhlak mulia
yang dihurai dan dijelaskan dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia
dalam al-Quran, bukan sahaja untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada
penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasuluilah s.a.w
Rasuluilah s.a.w. seorang mu'min yang terulung. Seorang yang
telah diasuh dan dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dipelihara akhlaknya oleh
Allah S.W.T. untuk dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang menjadi ikutan dan
teladan sepanjang zaman. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh
agung". (al-Qalam: 4)
Juga firman-Nya yang bermaksud: "Demi sesungguhnya,
adalah bagi kamu pada diri Rasuluilah itu contoh ikutan yang baik". (al-Ahzaab; 21)
Rasuluilah s.a.w. dan para sahabat yang bedman dengannya,
adalah para hamba Allah S.W.T. yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu' merendah
diri kepada Allah S.W.T. takut dan mengharap kepada-Nya, bertawakal serta bersyukur
kepada-Nya. Wajah mereka berbekas kesan daripada sujud. Pada waktu siang mereka menjadi
pahlawan gagah membela agama Allah S.W.T. Sedangkan pada waktu malam air mata mereka
berlinang kerana insaf dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Al-Quranmenggambarkan
pengabdian mereka kepada Allah S.W.T. dengan firman-Nya yang bermaksud:
" Nabi Muhammad s.a.w. ialah RasulAilah dan mereka yang
bersama dengannya tegas terhadap orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan
belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Kamu melihat mereka ruku'dan sujud dengan
mengharapkan limpah kumia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya.
Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang saleh) terdapat pada muka mereka
dari kesan sujud". (al-Fath: 29)
Rasulullah s.a.w. paling banyak beribadah dan paling
bertaqwa, tanpa melupakan tanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. tsteri
baginda Aishah hairan kerana baginda begitu tekun beribadah kepada Allah S.W.T. Pada suatu
ketika 'Aishah bertanya, mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah, pada hal Allah
S.W.T. sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan terkemudian. Rasuluilah s.a.w.
menjawab, yang bermaksud:
"Tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang
bersyukur." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bersyukur adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan
dengan Allah S.W.T. Bersyukur di atas ni'mat yang dikurniakan Allah S.W.T, kemuncak
daripada tujuan beribadah. Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur, mercu
kejayaan dalam usaha membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai Allah.
Kesyukuran itu, menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa mendapat tambahan
ni'mat-ni'mat Allah S.W.T. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku
akan tambahi ni'matku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar
sesungguhnya azabku amatiah keras".
(Ibrahim: 7)
Rasuluilah s.a.w. adalah contoh manusia yang bersyukur kepada
Allah S.W.T. dan kesyukurannya itu dilafazkan menerusi amalan ibadahnyakepadaallah S.W.T.
lni ditambahi pula dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan menjadikan
seluruh kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S.W.T. semata-mata.
Beribadah dalam pengertian bersolat, berzikir, berpuasa dan
amalan-amalan kerohanian yang lain dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam
hubungan antara sesama manusia, seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T
menekankan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang dinyatakan-Nya
dalam al-Ouran yang bermaksud:
"Mereka ditimpakan kehinaan di mana- sahaja mereka
berada kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia".
(a-li'lmraan: 112)
Justeru itu al-Quran menggariskan prinsip-prinsip bagi
mewujudkan sistem yang mengatur hubungan dengan Allah S.W.T. menerusi ibadah dan taqwa
serta sistem yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini menjamin
jalinan hubungan yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari kehinaan dan
dapat meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan kehormatan.
Pada suatu ketika Rasuluilah s.a.w. mendengar perbualan
beberapa orang sahabat mengenai ibadat mereka. Seorang berkata, ia bersembahyang sepanjang
malam. Sahabat yang lain pula berkata ia berpuasa sepanjang hari sementara seorang lagi
berkata ia tidak berkahwin untuk menumpukan kepada ibadat. Rasuluilah s.a.w. mendengar
perbualan mereka lantas berkata, "kamukah yang berkata demikian, demikian. Akulah
orang'yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Akan tetapi aku sembahyang dan aku tidur,
aku berpuasa dan aku berbuka puasa malah aku mengahwini wanita-wanita".
Tumpuan kepada ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan
Allah tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang juga
merupakan ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta melaksanakan perintah dan
arahannya.
Al-Qurran dan al-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Ouran
ke dalam realiti kehidupan, menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama
orang-orang beriman, secara terperinci.
Hubungan antara sesama orang beriman itu diasaskan kepada
persaudaraan. Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dan
diperkukuhkan. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah
bersaudara, maka damaikaniah diantara dua saudara kamu'.
(al-Hujuraat.. 10)
Persaudaraan itu diikat dengan kasih sayang dan cinta
mencintai antara satu sama lain. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dari segi
saling berkasih sayang dan berkasihan belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota
mengadu sakit, membawa seluruh jasad turut berjaga malam dan demam'. (RiwayatAhmad)
Perasaan kasih-sayang terhadap sesama umat islam adalah
komponen yang membentuk iman. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mestilah mengandungi
perasaan kasih kepada kedua-duanya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya
lebih dikasihinya daripada yang lain dari keduanya'. (RiwayatAhmad)
Dalam hubungan ini, kasih kepada orang beriman telah
dikaitkan dengan kesempurnaan iman. lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih
sayang itu dalam kehidupan dan pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasuluilah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
'Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai
saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya.
(Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim)
Nilai kasih sayang yang disemai dalam diri para mu'min
sebagai menyambut arahan Allah dalam al-Quran dan ajaran Rasuluilah dalam sunnahnya. la
bertujuan untuk membina dan membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalam
pergaulan antara sesama mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama Islam hendaklah
dalam keadaan wajah yang berseri-seri dan manis, yang dijelmakan dalam senyuman.
Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah
sedekah." (Riwayat At-Tirmizi)
lni diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk
memulakan hubungan dan pertemuan. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'...Sebarkantah salam di kalangan kamu". (Riwayat
Muslim)
Seterusnya, Rasulullah s.a.w. menggariskan
peraturan-peraturan memberi salam secara terperinci yang boleh dirujukkan kepada
kitab-kitab hadis.
Bagi memupuk perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan
keimanan, Allah S.W.T dan Rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan
dan perkataan yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim
di kalangan orang-orang beriman. Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan
martabat dan ketinggian orang-orang beriman.
Allah S.W.T. melarang penyebaran maklumat yang berkaitan
dengan keburukan yang dilakukan daiam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi
kebenaran melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan periakuan zalim apabila
dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi dan orang yang
teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang untuk menegakkan
keadilan. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang
dikatakan dengan berterus terang melainkan mereka yang dizalimi".
(al-Nisaa'.. 148)
Keburukan yang dilakukan oleh seseorang mu'min hendaklah
disembunyikan. Jika keburukan itu berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan, ia
hendaklah diadili di mahkamah dan dihukum jika thabit kesalahan. Walau bagaimanapun berita
mengenai kesalahan dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan disebarkan untuk
dijadikan bahan perbualan orang ramai. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah
menutup keaibannya didunia dan diakhirat".
(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
Seterusnya orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka
menyebarkan berita tanpa dipastikan kebenarannya, suka mencela dan mengkritik, suka
melaknat dan mengeluarkan kata-kata buruk dari mulutnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
"Memadai seseorang itu berdusta apabila ia berbicara
tentang apa sahaja yang didengarnya".
(Riwayat Muslim)
Mengenai budaya suka mengecam, mengerdik dan melaknat,
Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Bukaniah seorang beriman itu seorang yang suka
mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat".
(Riwayat Bukhari dan Ahmad)
Orang-orang Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam.
Sebaliknya mereka hendaklah saling hormat menghormati. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
"Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina
saudara muslimnya" (RiwayatAt-Tirmizi)
Kewajipan orang Islam terhadap saudara muslimnya yang
melakukan kesilapan dan kesalahan ialah memberikan nasihat dan menghukum dengan hukum
Allah S.W.T. setelah dibicarakan dan dithabitkan kesalahannya. Rasuluilah s.a.w. bersabda
yang bermaksud:
'Agama ituialahnasihat".Adayangberkata "untuksiapa
ya Rasulullah. Sabdanya "untukailah dan untuk Rasul-Nya untuk pemimpin orang-orang
Islam dan orang ramai di kalangan mereka'. (Riwayat Bukhari)
Al-Quran sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang
menyusun tingkahlaku dan akhlak manusia. Al-Quran menentukan sesuatu yang haial dan haram,
apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Al-Quranmenentukan bagaimana
sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga menentukan perkara yang baik dan tidak baik.
Justeru itu al-Quran menjadi sumber yang menentukan akhlak dan nilai-nilai kehidupan ini.
Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang
manusia melakukannya. Al-Quranmelarang manusia minum arak, memakan riba, bersikap angkuh
dan sombong terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum yang lain. Al-Quran melarang
pencerobohan, fitnah dan berbunuhan. Al-Quranmelarang menyebarkan maklumat mengenai
perkara-perkara keji.
Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T.,
bertaqwa kepada-Nya, mempunyai sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak manusia
berfikir, cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak manusia
supaya berilmu dan berbudaya ilmu.
Al-Quranjuga mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa
mulia, sabar, tekun, berjihad, menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak
manusia supaya bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.
Jelaslah bahawa al-Ouran menjadi sumber nilai-nilai dan
akhlak mulia. Penampilan akhlak mulia dalam al-Ouran, tidak bersifat teoritikal
semata-mata, tetapi secara praktikal berdasarkan realiti dalam sejarah manusia sepanjang
zaman. Al-Quran adalah sumber yang kaya dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia
dan menghayatinya.
|