| |
|
Doa ketika sakit
|
Diriwaytkan oleh Turmizi dan Thabarani, dari hadith daripada Buraidah, ia berkata : Khalid
al-Walid telah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang penyakit yang
dideritanya, ia berkata : "Ya Rasululah SAW, saya tidak dapat tidur
sepanjang malam kerana insomania. Maka Nabi SAW berkata kepadanya
; Jika engkau hendak tidur, maka ucapkanlah terlebih dahulu doa ini ;
|
|
عَنْ أَبِي سَعِيد أَنَّ جِبْرِيلَ أَتَى
النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ
اشْتَكَيْتَ فَقَالَ نَعَمْ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ
أَرْقِيكَ مِنْ
كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ
اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ
أَرْقِيكَ
|
| Dari Abu Said Al-Khudri RA bahawa Jibril AS datang mengunjungi nabi
SAW, lalu dia berkata : Ya Muhammad, adakah anda sakit ? Nabi SAW
menjawab : Ya. Lalu Jibril AS mengucapkan doa : "Allah menyembuhmu,
dengan nama Allah Aku menagkalmu". Riwayat Muslim |
|
|
|
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ اشْتَكَى
مِنْكُمْ شَيْئًا أَوْ اشْتَكَاهُ أَخٌ لَهُ فَلْيَقُلْ
رَبَّنَا اللَّهُ الَّذِي
فِي السَّمَاءِ تَقَدَّسَ اسْمُكَ أَمْرُكَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
كَمَا رَحْمَتُكَ فِي السَّمَاءِ فَاجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِي الْأَرْضِ
اغْفِرْ لَنَا حُوبَنَا وَخَطَايَانَا أَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِينَ أَنْزِلْ
رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ وَشِفَاءً مِنْ شِفَائِكَ عَلَى هَذَا الْوَجَعِ
فَيَبْرَأَ
|
| Dari Abu Darda' RA dia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW
bersabda : "Barangsiapa di antara kamu menderita sakit, atau saudaranya
sakit, maka ucapkanlah : Tuhan Kami adalah Allah, Maha Suci NamaMu di
langit dan di bumi, sebagaimana rahmatMu di langit, maka jadilah
rahmatMu di bumi, maka ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami,
turunlah rahmat dari sisiMu dan ubat dari ubatMu atas penyakit ini."
Riwayat Abu Daud dari kitab Sunan Abu Daud m/s 397 jilid
10. |
|
|
| |
|
|
|
| |
|