Rejab datang kembali…………
Di bulan Rejab yang mulia ini, telah
berlaku satu peristiwa yang amat mengejutkan masyarakat arab jahiliyyah.
Gempar…hinggakan ia tersebar ke seluruh pelusuk Tanah Arab dengan begitu
cepat sekali walaupun tiada kemudahan internet, handphone, akhbar, televisyen,
radio, pesawat serba canggih dan pelbagai lagi alat komunikasi sejagat.
Hanya ada kuda, unta dan kaldai….Persoalannya…Mengapakah ia terjadi demikian
?
Logiknya, ia menunjukkan bahawa peristiwa
Isra' dan Mi'raj ini adalah satu peristiwa yang amat penting. Keramat,
Pelik, Tidak Logik dan Kisah Dusta itulah ungkapan yang dilabelkan oleh
tok-tok Arab Jahiliyyah yang diketuai oleh Abu Jahal ketika itu.
Di satu pihak yang lain (mereka yang
benar-benar beriman), ia adalah satu Kisah Benar ala X-Files yang sukar
diterima akal logik tetapi hanya dapat ditafsirkan melalui keimanan yang
teguh. Ia merupakan satu perjalanan Illahiyah yang tidak ada tolok bandingnya
dalam sejarah peradaban manusia yang menjadi mukjizat dan lambang kebesaran
dan kemuliaan Rasulullah SAW serta keberkatan bulan Rejab yang diisytiharkan
sebagai SyahruLLah (Bulan Allah).
Saudara sekelian,
Ringkasnya, ia merupakan "Holy Tour"
yang dilakukan di suatu malam yang sunyi, bukannya bak mencari temasya
hiburan di malam hari, tetapi ia adalah pengembaraan suci mengadap Tuhan
Rabbul Jalil Yang Maha Suci.
Sebagaimana yang kita sedia maklum,
peristiwa Isra' dan Mi'raj ini berlaku di 'Tahun Dukacita' bagi Rasulullah
SAW setelah baginda kehilangan Siti Khatijah tersayang, kemudian menyusul
pergi pula bapa saudaranya padahal keduanya cukup banyak berkorban mempertahankan
baginda dalam menegakkan Islam, ditambah pula cacian penduduk Thaif dan
masyarakat Makkah sendiri, lalu Allah mengisra'mi'rajkan baginda bagi memperkukuhkan
keimanan di samping menghiburkannya.
Sesungguhnya, secara tidak langsung
ia menjelaskan kepada kita bahawa cara yang tepat untuk menyelesaikan masalah,
kedukacitaan dan sebagainya adalah dengan cara mengadu kepada Allah SWT
sama ada dengan zikruLLah atau mendirikan solat sesuai dengan penerimaan
perintah mendirikan solat dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj tersebut.
Sehubungan dengan itu, adalah satu
tindakan yang salah, sesat dan menyesatkan apabila kita beranggapan bahawa
cara untuk menghiburkan diri adalah melalui hiburan-hiburan artis pujaan
yang mana akhirnya menyemai baja ke arah budaya mungkar dan maksiat serta
membutakan hati daripada etika dan syariat Islam.
Ikhwah yang budiman,
Sesungguhnya peristiwa Isra' dan Mi'raj
ini turut mengambarkan keselarasan sistem peraturan antara langit dan bumi.
Langit melambangkan kekuasaan dan kerajaan langit, sementara bumi melambangkan
kekuasaan dan kerajaan bumi. Kerajaan Bumi tidak boleh bertindak bebas
tanpa berpandukan peraturan dan undang-undang dari kerajaan Langit. Pendek
kata, segala tindak-tanduk manusia di bumi mestilah diselaras dan diseimbangkan
dengan kemahuan dan kehendak kerajaan Langit sama ada dari aspek individu,
masyarakat, bernegara, ekonomi, undang-undang dan sebagainya.
Ini bermakna jika sekiranya makhluk
dan kerajaan Langit itu beriman, patuh dan tunduk kepada Iradah Allah,
tiada pilihan kepada makhluk bumi, melainkan tunduk patuh menyerah diri
kepada peraturan Allah SWT. Begitu jugalah manusia yang dikurniakan akal
dan dilantik menjadi Khalifah di muka bumi ini mestilah patuh dan tunduk
kepada Allah sebagaimana patuh dan tunduknya makhluk bumi yang lain seperti
binatang, tumbuhan dsb.
Wahai sekelian manusia….INGATLAH amaran
ALLAH
"Mengapakah mereka mencari agama selain
daripada agama Allah ? Walhal segala apa yang ada di langit dan bumi terah
menyerah diri kepadaNya dengan sukarela dan terpaksa. Dan kepadaNyalah
mereka akan dikembalikan"
Surah Ali Imran :83
Peristiwa Isra' dan Mi'raj telah mendedahkan
kepada kita bahawa IBLIS, YAHUDI, KRISTIAN dan DUNIA bersengkokol menentang
ISLAM. Mereka mencipta berbagai kaedah dan taktik-taktik licik seperti
mewujud dan menaja budaya seronok supaya umat Islam lupa syariat dan lalai
daripada mengingati mati sedangkan menurut Iman Al-Ghazali dalam kitabnya
Kasyfu Yaumil Qiamah, Malaikat Maut sentiasa merenung manusia 70 kali sehari
dan menziarahi setiap rumah yang berpenghuni sekurang-kurangnya 5 kali
sehari.
Semua ini menyebabkan umat Islam meninggalkan
tanggungjawab mereka sebagai Khalifah di muka bumi ini. Akibat keperkasaan
dan kejayaan strategi yang digunakan, mereka (umat Islam) telah terkeliru
dengan falsafah amal, dosa dan pahala. Lebih-lebih lagi dicanangkan dengan
slogan "enjoylah masa muda ini puas-puas, nanti kalau dah tua baru bertaubat",
golongan remaja seolah-olah 'hilang akal' dengan trend-trend moden yang
disogok dan dimomokkan dengan pelbagai pesta. Seks, arak dan judi sudah
menjadi pesta rutin saban hari…..sesat sesesatnya. Tanpa disedari, maut
pasti datang. Ingatlah, daun yang muda kadang-kadang gugur juga begitulah
juga nyawa manusia. Mereka bebas semahunya tanpa ada konkongan agama dan
budaya, halal dan haram tidak diperdulikan, maklumlah apabila nafsu dan
syaitan berkerjasama semua yang jahat dianggap baik dan sebaliknya. Sedangkan
menurut Islam, semua yang baik atau buruk tetap dikira amal. Apabila ditanya
Mungkar dan Nakir barulah mereka menyesal kerana mereka tidak terfikir
apa yang mereka lakukan di dunia dulu adalah AMAL JAHAT yang pasti mengundang
ke NERAKA…………….
Secara ringkasnya, peristiwa yang dialami
oleh Rasulullah SAW ketika Isra' dan Mi'raj adalah seperti berikut ;
Peristiwa Isra'
1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan
hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di
jalan Allah
2. mencium bau yang wangi iaitu bau
tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah
3. Sekumpulan manusia menghempap kepala
masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan
solat fardhu.
4. Kumpulan manusia telanjang memakan
rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam.
Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan
zakat.
5. Orang yang mengguntingkan lidah
tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.
6. Ssekumpulan manusia makan daging
busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya
ada isteri yang sah.
7. Orang yang tenggelam timbul dalam
lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.
8. Kumpulan manusia mencakar-cakar
muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.
9. Orang yang membawa berkas kayu
yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah
tetapi tidak sanggup melaksanakannya.
10. Seekor lembu keluar dari lubang
kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran
orang yang suka bercakap besar.
Peristiwa Mi'raj
1. Wanita menangis sambil meminta
pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita
yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya,
otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya
(rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi,
badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka
membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah
isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik
kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka.
Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang
yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi
pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang
yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7) Wanita tergantung rambutnya di
pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar.
Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka,
mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi
penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api
ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang
makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam
dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya.
Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.
Wassalam.