|
PERKATAAN HAMAN DI DALAM
AL-QUR’AN
Maklumat yang diberikan di
dalam Al-Qur’an mengenai tamadun mesir purba mendedahkan banyak fakta-fakta
sejarah yang tidak dapat disingkap sehingga akhir-akhir ini. Fakta-fakta ini
juga menunjukkan kepada kita bahawa setiap perkataan di dalam Al-Qur’an telah
diturunkan oleh Maha Tinggi Bijaksana.
Haman adalah satu watak yang
namanya disebut di dalam Al-Qur’an, bersama-sama dengan Firaun. Watak ini
dirakamkan di dalam 6 tempat yang berbeza di dalam Al-Qur’an. Sebagai seorang
yang paling kanan kepada Firaun.
Apa yang mengejutkan, nama
Haman tidak pernah disebutkan di dalam kitab Taurat yang berhubung dengan
sejarah kehidupan nabi Musa a.s. Bagaimanapun, nama Haman disebutkan di bahagian
terakhir dalam kitab perjanjian lama sebagai pembantu kepada seorang raja
Babylon yang menimpakan banyak kezaliman kepada bangsa Israel lebih kurang 1.100
tahun selepas era Nabi Musa.
Segolongan penganut
non-muslim, yang mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w menulis Al-Qur’an dengan
menyalin dari kitab Taurat dan Injil, juga menegaskan bahawa sewaktu proses ini
Nabi s.a.w memindahkan beberapa subjek berkaitan yang terdapat di dalam
kedua-dua kitab ini ke dalam Al-Qur’an secara tidak tepat.
Kemustahilan dakwaan-dakwaan
ini akhirnya terdedah hanya setelah alpabet hiroglifik bangsa mesir berjaya
ditafsirkan kita-kira 200 tahun lalu, dan nama Haman ditemui di dalam
tulisan-tulisan purba.
Sebelum penemuan ini,
penulisan dan ukiran tamadun mesir purba tidak dapat difahami. Bahasa mesir
purba adalah hiroglifik yang masih kekal sehingga kini. Bagaimanapun dengan
penyebaran ajaran kristian dan pengaruh kebudayaan lain ketika abad ke 2 dan ke
3 selepas masihi, mesir meninggalkan kepercayaan purbanya seperti mana juga
tulisan hiroglifiknya. Contoh terakhir yang diketahui tentang penggunaan
penulisan hiroglif ini ialah satu ukiran yang bertarikh tahun 394 sebelum masihi
(394 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa a.s). Kemudian bahasa itu terus dilupakan
tanpa meninggalkan sesiapa yang dapat membaca dan memahaminya, dan begitulah
keadaan seterusnya sehingga kira-kira 200 tahun lalu….
|