SYUMULIYYAH
Syumul bermaksud lengkap. Ini bererti bahawa
agama Islam adalah sebuah agama yang lengkap dan sempurna serta meliputi
kehidupan dunia dan akhirat.
Islam meliputi seluruh kehidupan manusia di dunia
dan akhirat. Islam telah mengatur kehidupan manusia dengan lengkap yang
meliputi ;
Ibadah, akhlak, ekonomi, politik, kemasyarakatan,
kesihatan, kebuadayaan, bahasa, seni, pengetahuan, hubungan
antarabangsa, alam sekitar, falsafah, sains, undang-undang dan
sebagainya.
Firman Allah SWT ;

38. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab
Ayat di atas menjelaskan bahawa, al-Quran telah menjelaskan semua
perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat.
Tiada yang ditinggalkan oleh al-Quran. Ini menunjukkan bahawa Islam itu
adalah agama yang lengkap. Maka, kita tidak perlu cari agama lain,
kerana tiada agama yang selengkap Islam. Al-Quranlah selengkap-lengkap
petunjuk atau manual cara hidup di dunia dan akhirat.
Sebagai perbandingan, katakan kita membeli sebuah
kereta baru, tentulah kita inginkan manual yang lengkap, meliputi semua
aspek kereta tersebut seperti keselamatan, cara menggunakan kompenan,
prosuder penyenggaraan dsb. Kita akan patuh kepada semua
prosuder, manual dan nasihat daripada syarikat yang membuat kereta
tersebut atau sekurang-kurangnya mekanik yang amat arif tentang kereta
keluaran syarikat tersebut. Kenapa perlu patuh ? Supaya kita dan kereta
kita sentisa selamat sepanjang perjalanan dan yang paling penting sampai
ke destinasi yang ditujui, bukannnya tersesat jalan.
Jadi, begitulah hidup kita ini…. Allah sebagai
pencipta kita, maka sewajarnya kita patuh dan mengikut prosedur @ manual
yang Allah sediakan iaitu al-Quran. Ikutilah al-Quran. Nescaya hidup
kita akan bahagia , selamat di dunia dan akhirat serta tidak akan
tersesat, insya Allah kita akan sampai ke destinasi kita, iaitu Surga,
bukannya tersesat ke neraka.
Kembali kepada firman Allah SWT di atas, cuba
renung kisah yang biasa kita dengar seperti di bawah ini ;
Pada satu malam, ketika memberi tazkirah sempena
majlis kesyukuran pembukaan kedai makan seorang sahabatnya, seorang
penceramah telah membaca ayat di atas, beliau seterusnya menjelaskan
kandungan ayat tersebut dengan contoh-contoh yang mudah. Tiba-tiba,
seorang pendengar menyampuk.
“Tuan, tadi tuan kata, semua perkara telah Allah
nyatakan dalam al-Quran. Cuba tuan terangkan kepda saya, berapa
kepingkah roti canai yang dapat dibuat dengan 1 kg tepung gandum ?
Nyatakan ayat berapa dan surah apa dalam al-Quran ? “
Pertanyaan yang tidak disangka-sangka itu telah
menyebabkan suasana menjadi riuh-rendah. Orang beranggapan bahawa
soalan itu tentu amat sukar dijawab oleh penceramah tersebut dan
bertujuan untuk memalukannnya.
Tapi, pencermah yang cerdik itu, dengan senyum dan
tenang menjawab..
“Terima kasih kepada soalan yang cukup relevan
dengan tajuk dan memang tip-top. Lusa, Insya Allah, semasa
ceramah kat masjid kita, saya akan jawab”.
Apabila sampai malam yang dijanjikan. Alangkah
terkejutnya, penceramah tersebut, ramainya ahli kariah yang datang..
berpusu-pusu… kalau dulu paling ramaipun dalam 20 je… ini dah berlipat
kali ganda… kerana nak tahu jawapan bagi soalan sebelum ini….
Tibalah saat yang dinanti-nantikan, maka dengan
tenang dan senyum beliau berkata…
“Ini jawapan yang
saudara semua tunggu..” “1 kg tepung gandum boleh menghasilkan XX roti
canai” “Cuba buka al-Quran, lihat ayat 43 surah an-Nahl”
Maka merekapun, masing-masing membuka al-Quran, lalu mereka baca ayat di
bawah beserta dengan tafsirannya.
|
4 |
43. Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu
tidak mengetahui.
“Jawapan tu betul” kata salah seorang daripada mereka.
“Tapi, ayat tersebut tak sebutpun pasal roti canai” tambah seorang lagi
dengan perasaan sedikit marah kerana dia rasa tertipu.
Lalu, penceramah itu menjelaskan,
“Memanglah ayat itu tidak secara terang-terang sebut roti canai, sebab
diturunkan di Mekah/Madinah, dulu mana ada roti canai kat situ”
“Lagipun kalau sebut roti canai, makanan lain pula kena sebut, kalau
begitu kena catat pula cara membuatnya dsb”
“Makanan lain pula kena sebut juga, kalau macam ni, ……” jawabnya dengan
panjang lebar.
“Sebab itu, Allah nyatakan secara umum tetapi jelas. Ayat tersebut
meminta kita bertanya kepada orang yang tahu mengenai perkara tersebut.
Jadi, kelmarin, saya telah bertanya kepada Pak X yang menjual roti canai
kat tepi jalan tu…. Itulah jawapan yang diberi oleh beliau. Maka, ayat
ini amat tepat bagi menjawab soalan tersebut”
“Ooo begitu…Barulah kami faham !!!” jawab tok imam yang duduk bersimpul
di sebelah penceramah, beliau sejak tadi hanya tunduk diam sahaja untuk
menjaga hati penceramah. Maka situasipun menjadi tenang.
Cerita di atas menjelaskan bahawa betapa lengkapnya al-Quran.
Apa kata Barat terhadap kesyumulan Islam sebagaimana yang telah ditulis
oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan.
Dr. Hoking, seorang Prof Falsafah di Harvard University ;
“Sesungguhnya dalam sistem Islam itu sendiri terdapat persiapan untuk
tumbuh dari dalam. Saya amat berkeyakinan dan tidak salah jika saya
katakan bahawa syariat Islam mencakupi semua prinsip untuk maju”
Dr. Izco Insapato ;
“Bahawa sesungguhnya syariat islmiyah dalam perbahasannya mengatasi
undang-undang Eropah, bahkan syariat islmiyahlah yang mendatangkan
kepada dunia perundangan yang paling lengkap dan tepat ”