IBLIS DAN KUNCUNYA DISERU KE NERAKA
Disebutkan dalam sebuah kitab bahawa pada har
kiamat nanti akan kedengaran suara yang akan memanggil-manggil:
"Datanglah Fulan bin Fulan. Kemudian akan
datanglah Firaun yang mana dikepalanya dipakaikan songkok yang diperbuat dari api neraka,
kemudian akan berseru lagi suara itu: "Di manakah orang-orang yang sombong dan
takabur?
Maka mereka pun berangkat menuju ke neraka dengan
diketuai oleh pemimpin mereka Firaun.
Akan kedengaran lagi suara yang memanggil: "Di
mana Qabil. Maka Qabil pun didatangkan, berseru suara itu lagi:
"Di manakah orang-orang yang hasad dengki? Maka
keluarlah mereka semua dikumpulkan dengan Qabil, yang mana Qabil selaku ketua mereka akan
masuklah mereka semua ke dalam neraka.
Kemudian kedengaran suara memanggil: "Di mana
Kaab bin Asyraf pemimpin ulamakYahudi? Disebut dalam sebuah hadis kalaulah Kaab bin Asyraf
itu beriman kepada Allah, maka sudah tentu semua orang Yahudi akan beriman. Lalu suara itu
berkata: "Dimanakah orang-orang yang menyembunyikan kebenaran dan menyembunyikan
ilmu?. Lalu para malaikatpun membawa mereka semua beserta dengan ketua mereka iaitu Kaab
bin Asyraf ke neraka.
Kemudian suara itu berkata lagi: "Di manakah
Abu Jahal?, maka Abu Jahal pun dihadapkan, kedengaran suara itu berkata: "Di
manakah orang-orang yang mendustakan Allah dan RasulNya?. Maka orang-orang yang
mendustakan Allah dan RasulNya itu pun menuju ke neraka diketuai oleh ketua mereka Abu
Jahal.
Setelah itu kedengaran suara memanggil: "Di
manakah Walid bin Mughiirah?. Maka Walid bin Mughiirah pun dihadapkan, lalu kedenganan
suara memanggil: "Di manakah orang-orang yang mengejek orang fakir muslim, maka
kesemua mereka yang mengejek orang fakir muslim pun dihadapkan dan terus dimasukkan ke
dalam neraka dengan diketuai oleh ketua mereka Walid bin Mughiirah.
Kemudian suara itu berkata: "Di manakah Ajda',
orang yang celaka yang menganjurkan liwat (homoseks) yang terdiri dan kaumLuth. MakaAjda'
pun dihadapkan. Lalu suara itu berkata lagi: "Dimanakah orang-orang yang melakukan
liwat (homoseks), maka kesemua mereka yang melakukan liwat itu pun dihadapkan dan dibawa
masuk ke dalam neraka dengan diketuai oleh ketua mereka Ajda'. Berkata suara lagi:
"Di manakah Umru-ul Qais?. Maka dia pun dihadapkan dan dikumpulkan semua orang-orang
ahli sihir yang semuanya penipu lalu dibawa ke neraka dengan diketuai oleh ketua mereka
Umru-ul Qais
Kedengaran suara berkata: "Di manakah
Musailamatul Kadzdzab?, maka dia pun dihadapkan dengan kesemua orang-orang yang
mendustakan kitab Allah, maka kesemua mereka dimasukkan ke dalam neraka dengan diketuai
oleh ketua mereka Musailamatul Kadzdzab.
Kemudian suara benkata lagi: "Di manakah Iblis
terkutuk?.
Maka Iblis pun dihadapkan. Lalu berkata Iblis
terkutuk: Wahai Hakim yang maha adil hadapkanlah segala bala tenteraku, para muadzdzin aku
ialah para pembacaku, mereka berjabat tangan menyetujui aku, para menteri aku ialah ahli
fiqh aku, para penjaga aku ialah para pedagang aku, para pemukul gendang aku adalah para
penghuluku. Iblis ditanya: "Wahai yang terkutuk, katakan siapakah para tenteramu itu
?.
Maka Iblis pun berkata: "Tenteraku ialah mereka
yang mempunyai sifat rakus, para mu-adzdzinku ialah orang yang salah bacaannya, para
pembacaku ialah para penyanyi. Orang yang menyetujui aku ialah mereka yang mengiris muka
atau tangannya kemudian diberi nila dan orang yang meminta demikian. Para ahli fiqh aku
ialah mereka yang menghina makanan yang dihalalkan. Para penjagaku ialah mereka yang
mendampingi arak sehingga memabukkan dan mereka tidak mahu mengeluarkan zakat. Para
pemukul gendang aku ialah mereka yang memukul gendang dan rebana, para penghuluku ialah
mereka yang menanam pohon-pohon anggur untuk dibuat arak.
Kemudian keluarlah seekor ular yang panjang lehernya
500 tahun perjalanan dan mengumpulkan mereka dan mengusir mereka ke neraka.
Setelah itu semua makhluk dipanggil untuk dihisab.
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibril, orang yang pentama akan
memasuki syurga ialah Muhammad SAW, maka dipakaikan kepada Rasulullah SAW ke atas
kepalanya mahkota dari cahaya, memakai pakaian sutera hijau dan dibawakan dihadapannya
70,000 bendera dan baginda sendiri membawa bendera pujian, kemudian ada suara yang
memanggil: "Di manakah orang-orang yang menggunakan akal fikiran dan berbuat
baik kepada orang-orang fakir, dan mengikuti jalan Nabi Muhammad SAW dan sunnahnya. Maka
mereka semua diperintahkan masuk ke syurga dengan didahului oleh Rasulullah SAW
Kemudian didatangkan Nabi Adam as, dikepalanya
terdapat mahkota dan cahaya dan terdapat 8,000 bendera di hadapannya.
Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berhaji
dan berumrah?
Maka ikutlah kamu semua dengan diketuai oleh ketua
kamu Nabi Adam as.
Lalu didatangkan Nabi Ibrahim as dengan di depannya
sebanyak 20,000 bendera lalu dikatakan kepadanya: "Di manakah orang-orang yang
menyenangi para tetamu dan berbuat baik pada orang musafir . Maka masuklah ke dalam syurga
dengan didahului oleh ketua mereka Nabi Ibrahim as.
Kemudian Nabi Yusuf as didatangkan, di hadapannya
terdapat 10,000 bendera dan dikatakan: "Di manakah orang-orang yang telah menahan
hawa nafsu ketika mampu ? Maka masuklah mereka semua ke dalam syurga dengan didahului oleh
Nabi Yusuf as sebagai ketua.
Setelah itu didatangkan Nabi Ya'qub as dan suara
memanggil: "Di manakah orang yang berbaik-baik( dengan para jiran tetangganya? Lalu
masukah mereka semua ke dalam syurga dengan diketuai oleh Nabi Ya'qub as.
Kemudian didatangkan Nabi Musa as dan suara berkata:
"Di manakah orang yang mengatakan yang hak,
yang benar kerana Allah SWT. Maka masuklah mereka semua ke syurga dengan didahului oleh
ketua mereka Nabi Musa as.
Kemudian didatangkan Nabi Harun as dan dikatakan:
"Di manakah orang-orang yang bertindak adil dalam pemerintahannya ?. Maka masuklah
mereka semua ke dalam syurga dengan didahului oleh Nabi Harun as sebagai ketua.
Kemudian didatangkan Abu Bakar As-Sidiq ra dan
dikepalanya terdapat mahkota yang bercahaya dan memakai pakaian dan sutera halus dan
kasar. Kemudian dikatakan: "Di manakah orang-orang yang jujur. Maka masuklah mereka
semua ke dalam syurga dengan didahului oleh Abu Bakar Sidiq sebagai ketua.
Kemudian didatangkan Umar ra dan dikatakan:
Dimanakah orang-orang yang mengajak kepada yang maaruf dan mencegah yang mungkar? Maka
masuklah mereka semua ke dalam syurga dengan didahului oleh Umar ra sebagai ketua.
Lalu didatangkan Utsman bin Affan ra padanya pakaian
rasa malu lalu dikatakan: "Di manakah orang-orang yang tidak derhaka kerana malu
kepada Allah SWT. Maka masuklah mereka semua ke dalam syurga dengan didahului oleh Utsman
bin Affan sebagai ketua.
Kemudian didatangkan Au bin Abi Talib dan dikatakan:
"Di manakah orang yang berperang, orang yang
berjuang di jalan Allah. Maka masuklah kamu semua ke dalam syurga dengan didahului oleh
lii bin Abi Talib sebagai ketua.
Setelah itu didatangkan Hasan dan Husin ra
dikatakan: "Di manakah orang-orang yang dianiayai dan dibunuh kerana taat kepada
Allah SWT. Maka masuklah ke semua mereka ke dalam syurga dengan didahului oleh Hasan dan
Husin ra sebagai ketua.
Kemudian didatangkan Mu'adz bin Jabal dan dikatakan:
"Di manakah para ahli fiqh. Maka masuklah
mereka semua ke dalam syurga dengan didahului oleh Mu'adz bin Jabal sebagai ketua.
Kemudian didatangkan Bilal bin Rabbah ra dan dikatakan: "Di manakah para muadzin?
Maka masuklah mereka semua ke dalam syurga dengan didahului oleh Bilal bin Rabbah ra
sebagai ketua.