Sikap Uthman Terhadap Kubur
Ketika Saidina Uthman b Affan diceritakan
tentang sifat-sifat neraka, beliau tidak berapa memikirkannya. Begitu juga
ketika persoalan qiamat diutarakan, beliau nampak kurang mengambil berat. Namun,
ketika membicarakan tentang kubur, beliau nampak lebih berminat.
Lalu para sahabat bertanya : "Wahai Amirul
Mukminin..! Kenapa ketika neraka dan kiamat dibincangkan kamu kurang mengambil
perhatian, tetapi ketika kubur dibincangkan engkau begitu berminat ?"
Uthman menjawab : "Ya memang, kerana aku di
neraka dan di hari qiamat berkumpul banyak orang. Tetapi ketika dikubur, aku
tetap seorang diri dan tiada teman. Bahawasanya kunci kubur itu berada di tangan
Malaikat Israfil. Maka Israfillah yang akan membukakan kubur di hari kiamat.
Sahabat Utman lalu berkata : "Sesiapa yang di
dunia ini menjadi penjara baginya, maka kelak di alam kubur menjadi Syurganya.
Sebaliknya sesiapa yang di dunia ini menjadi Syurganya, maka kubur sebagai
penjaranya. Dan sesiapa di dunia ini menjadi talinya, maka maut itulah yang akan
melepaskannya. Sesiapa yang meninggalkan bahagian dunia akan diberikan bahagian
akhirat"."
Seterusnya Saidina Uthman berkata : "Sebaik-baik
manusia adalah orang yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya. Dan
orang yang menyebabkan Tuhan redha kepadanya sebelum dirinya berjumpa Tuhannya.
Dan orang yang mahu meramaikan kuburnya sebelum ia masuk ke dalam kubur dengan
memperbanyakkan ketaatan".