New Page 1

 

Home
Menu Utama

 


 

 

Sikap Uthman Terhadap Kubur 
 

Ketika Saidina Uthman b Affan diceritakan tentang sifat-sifat neraka, beliau tidak berapa memikirkannya. Begitu juga ketika persoalan qiamat diutarakan, beliau nampak kurang mengambil berat. Namun, ketika membicarakan tentang kubur, beliau nampak lebih berminat.

Lalu para sahabat bertanya : "Wahai Amirul Mukminin..! Kenapa ketika neraka dan kiamat dibincangkan kamu kurang mengambil perhatian, tetapi ketika kubur dibincangkan engkau begitu berminat ?"

Uthman menjawab : "Ya memang, kerana aku di neraka dan di hari qiamat berkumpul banyak orang. Tetapi ketika dikubur, aku tetap seorang diri dan tiada teman. Bahawasanya kunci kubur itu berada di tangan Malaikat Israfil. Maka Israfillah yang akan membukakan kubur di hari kiamat.

Sahabat Utman lalu berkata : "Sesiapa yang di dunia ini menjadi penjara baginya, maka kelak di alam kubur menjadi Syurganya. Sebaliknya sesiapa yang di dunia ini menjadi Syurganya, maka kubur sebagai penjaranya. Dan sesiapa di dunia ini menjadi talinya, maka maut itulah yang akan melepaskannya. Sesiapa yang meninggalkan bahagian dunia akan diberikan bahagian akhirat"."

Seterusnya Saidina Uthman berkata : "Sebaik-baik manusia adalah orang yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya. Dan orang yang menyebabkan Tuhan redha kepadanya sebelum dirinya berjumpa Tuhannya. Dan orang yang mahu meramaikan kuburnya sebelum ia masuk ke dalam kubur dengan memperbanyakkan ketaatan".

 

Free CSS Template

Sponsors


Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2018 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy!Valid CSS!Valid XHTML 1.0 Transitional