Pada suatu ketika Allah memerintahkan kepada malaikat jibril supaya
turun ke bumi mengambil tanah untuk mencipta Adam. Apabila dia sampai di bumi, bumi enggan
tanahnya diambil untuk dijadikan Adam hinggakan bumi bersumpah, demi kerana Allah, tidak
rela sebahagian tanahnya akan dijadikan Adam kerana khuatir Adam akan membuat maksiat
kepada Allah. Lalu Jibril naik mengadap Allah, dia gagal mengambil tanah setelah mendengar
sumpah bumi.
Kemudian Allah memerintahkan malaikat Mikail turun ke bumi dengan
tujuan yang sama. Dia juga turut mendengar sumpah bumi sepertimana yang berlaku kepada
Jibril. Lalu dia naik mengadap Allah dengan tangan kosong.
Lalu tiba giliran malaikat Israfil. Dia juga mengalami nasib yang sama,
kembali mengadap Allah dengan perasaan yang hampa.
Kemudian Allah memerintahkan malaikat Israil menjalankan misi yang
serupa. Dia telah mendengar sumpah bumi dan kembali mengadap Allah menceritakan tentang
kegagalannya.
Lalu Allah berfirman :Wahai Israil ! Meskipun bumi
bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mengalah. Katakan bahawa apa
yang engkau buat atas perintah dab namaKu.
Kemudian Israil turun sekali lagi ke bumi dan berseru kepada bumi :
Wahai bumi, ketahuilah bahawa kedatanganku adalah atas perintah Allah dan atas
namaNya. Jika engkau membantah pekerjaanku ini, bererti engkau membantah perintah Allah
dan sudah tentu engkau tidak ingin menjadi makhluk yang derhaka kepada Allah SWT !
Mendengar perkataan Israil, bumi tidak dapat berkata apa-apa lalu
membiarkan sahaja Israil mengambil tanahnya. Menurut Ibnu Abbas, tanah-tanah itu adalah
seperti berikut ;
- Kepala nabi Adam dari tanah Baitul Muqaddis kerana di situlah beradanya otak manusia dan
akalnya
- Telinganya dari tanah Bukit Tursina ia alat mendengar dan tempat menerima nasihat
- Dahinya dari tanah Iraq kerana di situ tempat sujud kepada Allah
- Mukanya dari tanah Aden kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan
- Matanya dari tanah Al-Kautsar tempat untuk menarik perhatian
- Giginya dari tanah Al-Kautsar tempat memanis-manis
- Tangan kanannya dari tanah Kaabah untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia
- Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak
- Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus
- Kemaluannya dari tanah Babylon, di situlah tempat seks dan tipudaya syaitan untuk
menjerumuskan manusia ke lembah dosa
- Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan
- Hatinya dari tanah Syurga Firdaus kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan
dsb.
- Lidahnya dari tanah Thaif tempat mengucap Syahadah, bersyukur dan berdoa kepada Allah.
Setelah mengambil tanah dari bumi, lalu Israil mengadap Allah SWT.
Allah berfirman : Wahai Israil ! Engkau yang Ku tugaskan untuk
mengambil tanah dan kelak engkau pula yang Aku tugaskan untuk mencabut nyawa
manusia.
Lalu Israil berkata :Wahai Tuhanku ! Hamba takut akan dibenci
oleh seluruh anak Adam !
Allah menjawab melalui firmannya :Tidak !, Mereka (manusia) tidak
akan memushi engkau. Aku yang mengaturnya. Lalu Aku jadikan ada sebab untuk
mendatangkan kematian mereka spt terbunuh, terbakar dsb.