|
ROM PASTI
MENANG
Salah satu daripada perkara yang disebutkan dalam al-Quran ialah
kemenangan kepada tentera Rom (Empayar Byzantine).
Firman Allah SWT ;
“Alif, Lam,
Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi,
dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah
urusan sebelum dan sesudah. Surah Ar-Rum: 1-4.
Ayat di atas telah diturunkan sekitar tahun 620M iaitu lebih kurang
7 tahun setelah kalahnya Empayar Rom yang beragama Kristian ditangan tentera
Parsi yang menyembah api. Pada tahun 627M (7 tahun kemudian), satu keajaiban
telah berlaku. Sesungguhnya peristiwa berlakunya pertempuran dahsyat di
antara tentera Rom dan Parsi di mana Rom telah mencapai kemenangan adalah
satu bukti nyata bahawa janji Allah dalam Al-Quran ini telah terbukti
kebenarannya.
Salah satu lagi keajaiban yang berlaku ialah
tentang fakta geografi yang belum diketahui ketika itu.....
Ayat ke 3, Surah Ar-Ruum menerangkan bahawa tentera
Rom akan mencapai kemenangan di lembah yang paling rendah di dunia. Walaupun
perkataan 'Adna Ardh' diterjemahkan oleh majoriti ahli tafsir
sebagai kawasan yang hampir dengan Tanah Arab, tetapi ada pendapat daripada
cendikawan Islam moden yang menafsirkannya sebagai lembah yang paling rendah.
Menurut mereka, perkataan 'adna' berasal daripada perkataan
'deni' yang bermaksud rendah dan 'ardh' bermaksud tanah/lembah. Jadi
bermakna 'Adna Ardh' ialah lembah yang paling rendah di muka bumi.
Ironiknya, pertempuran Rom-Parsi telah benar-benar
berlaku di lembah yang paling rendah di muka bumi ini iaitu sekitar kawasan Laut
Mati (Syria, Palestin dan Jordan). Laut Mati adalah 395 meter dari paras
laut dan merupakan lembah yang paling rendah di muka bumi.
Ini membuktikan bahawa Rom telah mencapai
kemenangan di kawasan yang paling rendah di muka bumi sebagaimama yang
telah dijelaskan oleh Allah dalam Surah Ruum di atas.
|