SEMBELIHAN
 

Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunaka alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

Sembelihan menghalalkan seekor binatang itu dimakan oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, hanya binatang yang halal sahaja yang termasuk dalam kategori tersebut. Manakala binatang yang memang haram dimakan seperti babi, ular dan tikus hukumnya tetap haram walaupun disembelih oleh orang Islam.

Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan.
 

Rukun Sembelihan

1. Orang yang menyembelih
2. Binatang yang disembelih
3. Alat untuk menyembelih
 

Syarat-Syarat Sembelihan

1) Orang yang menyembelih

a) beragama Islam @ ahli kitab
b) Baligh ; tidak sah jika kanak-kanak
c) berakal ; tidak sah jika orang gila

2) Binatang Yang Disembelih

a) Binatang yang halal dimakan
b) binatang itu masih hidup

3) Alat Sembelihan

a) mestilah alat yang tajam seperti pisau
b) tidak termasuk gigi, tulang dan kuku

 
Syarat Sah Sembelihan

1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih
 

Sunat Sembelihan

1. Membaca Bismillah
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang