SERUAN
BUMI
Anas bin Malik r.a mengatakan : "Bahawasanya bumi setiap hari memanggil
dengan 10 seruan. Bumi berkata :
1. Wahai anak cucu Adam, kamu berjalan di atas punggungku, tetapi
tempat kembalimu dalam perutku.
2. Kamu melakukan maksiat di atas punggungku, kamu akan disiksa dalam
perutku.
3. Kamu bergurau di atas lambungku, tetapi kamu menangis dalam perutku.
4. Kamu makan barang haram di atas punggungku, tetapi seluruh ulat akan
memakan dalam perutku.
5. Kamu bergembira di atas punggungku, tapi kamu akan merasa susah dalam
perutku.
6. Kamu mengumpul barang haram di atas punggungku, tapi kamu akan hancur
dalam perutku.
7. Kamu sombong di atas punggungku, tetapi kamu menjadi hina dan remeh
dalam perutku.
8. Kamu berjalan dengan bersukaria di atas punggungku, tetapi kamu
kesedihan dalam perutku.
9. Kamu berjalan dalam cahaya di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk
dalam kegelapan dalam perutku.
10. Kamu berjalan untuk berjamaah di atas punggungku, tetapi kamu akan
duduk bersendirian dalam perutku.
Menurut satu hadith, bahawa kubur itu setiap hari memanggil 3 kali :
1. Aku menjadi rumah orang yang tersendiri, binatang buas, kala dan
ular.
2. Aku menjadi rumah yang gelap.
3. Aku menjadi rumah ulat.