|
PERBEZAAN SYURA DAN DEMOKRASI
Ramai orang menganggap Syura dan Demokrasi adalah
dua perkara yang sama. Rasionalnya, kerana Syura menerima pakai konsep majoriti
sama seperti demokrasi.
PERBEZAAN SYURA DGN DEMOKRASI
Walaupun Syura menerima
pakai konsep majoriti tetapi majoriti yang dimaksudkan ialah majoriti ahli Syura
yang bertaqwa dan istiqamah dengan Islam seperti penggunaan majoriti perlantikan
para khulafa' ar-Rasyidin sedangkan demokrasi menerima majoriti dalam apa
keadaan sekalipun.
Syura adalah salah satu
daripada ketentuan syarak. Ianya muncul bersama munculnya keimanan dan ketakwaan
(Islam), di tempat yang suci (Makkah) dan datang dari tempat yang mulai
(ALLAH SWT) sedangakn Demokrasi muncul dari tempat yang jelik (orang
kafir), muncul bersama munculnya jenayah dan kekejaman.
Syura membangkitkan
perasaan tanggungjawab, melahirkan sifat-sifat yang mulia spt taqwa, jujur,
ikhlas, amanah kesungguhan dalam pekerjaan dan segala peraturan @ undang-undang
bertunjangkan kepada al-Hakimiyyah al-Uluhiyyah sementara demokrasi
membangkitkan aneka macam sifat terkeji spt korupsi, penyelewengan,
penyalahgunaan kuasa, penipuan, diktator dan aneka ragam jenayah.
|