Shiekh Muhammad Abduh
Biodata
Nama sebenarnya : Muhammad bin Syeikh Abduh
Khairuddin.
Tempat lahir : sebuah desa
yang bernama "Mahallat Nasr di Mesir
Tarikh lahir : 1849 Masihi.
Tarikh meninggal : 1905 Masihi di rumah sakit di
Dramel, Iskandariah ketika berusia 56 tahun
Ayah/Ibu :
Syeikh Abduh Khairuddin dan ibunya Jathinah berasal dan dusun Jissah Shisyir.
Mempunyai pertalian darah dengan Syaidina
Umar Ibnu AlKhattab melalui ibunya daripada kabilah Adi.
Jawatan : Sheikhul Al-Azhar pada tahun
1889 Masihi.
Anggota pengurus Al-Azhar yang membawa pembaharuan kepada universiti tersebut.
Sifat-sifat Peribadi
1. Muhammad Abduh berpandangan luas, kreatif, aktif
dan mempunyai pemikiran yang tajam.
2. Beliau juga kuat beribadat dan berpegang teguh
kepada ajaran Islam.
3. Walaupun beliau seorang yang tegas, namun beliau
bersifat penyanyang kepada murid-muridnya.
Pendidikan Muhammad Abduh
Semasa Muhammad Abduh berumur 10 tahun, ayahnya
telah menyerahkannya kepada seorang guru untuk mengajarkan al-Quran kepadanya. Tidak
berapa lama dalam asuhan guru tersebut, Muhammad Abduh telah dapat menghafaz aL-Quran.
Beliau belajar menulis dan membaca dari sekolah Al-Jamik' al-Ahmadi, di Tanta pada tahun
1865 Masihi.
Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di
Universiti Al-Azhar di Kaherah pada tahun 1866 Masihi hingga 1879 Masihi. Muhammad
Abduh banyak mendapat bimbingan danipada gurunya Sheikh Hassan Al-Tawil dalam pendidikan.
Muhammad Abduh sempat berguru kepada Jamaluddin
Al-Afghani dan semangat perjuangan Jamaluddin AlAfghani juga banyak meninggalkan kesan
mendalam dalam jiwa Muhammad Abduh sehingga pemikiran dan sikap beliau juga turut menerima
perubahan kepada sikap yang lebih terbuka dan pemikiran yang bertambah matang dan bernas.
Sumbangan Muhammad Abduh
Muhammad Abduh membangkitkan semangat baru dalam
Islam dan beliau dianggap sebagai Mujadid, khususnya di Mesir dan di seluruh dunia amnya.
Beliau juga merupakan ketua pengarang yang terkenal.
Beliau memimpin gerakan pembaharuan Islam di Mesir
dan Timun Tengah dengan menyusun ajaran Islam dalam bentuknya yang asli dan murni dan
menyesuaikannya dengan kemajuan tanpa menyeleweng dan landasan Islam sejati.
Muhammad Abduh bertindak membasmi taklid buta sebaliknya,
beliau menganjurkan umat Islam berijtihad dan berijmak, iaitu mengkaji dan mentafsir
berdasarkan al-Quran dan sunnah.
Behiau juga memperbaharui bahasa Arab dalam bidang
kesusasteraan dengan memperjuangkan penggunaan bahasa Arab dalam tulisan.
Muhammad Abduh juga menggalakkan umat Islam
mempelajari ilmu sains moden dan memasukkan ilmu ke dalam kurikulum universiti Al-Azhar.
Hasil penulisannya yang kreatif dan pemikirannya
yang cerdas mencetuskan semangat revolusi di Mesir. Beliau juga merupakan pengasas gerakan
"Ikhwanul Muslimin .
Kesan peninggalan Muhammad Abduh
Muhammad Abduh menghasilkan beberapa buah buku
tafsir di antaranya, "Tafsir Juz A'mma (Kaherah, 1904 Masihi dan
"Tafsir Surah Al-Asri (Kaherah 1915 Masihi). Tafsiran Muhammad Abduh tidak
terikat dengan fahaman kuno atau ortordoks, sebaliknya disesuaikan dengan keperluan dunia
moden tanpa menyeleweng daripada ajaran al-Quran yang sebenar. Sebahagian besar daripada
tafsirannya dimuatkan dalam makalah yang penting pada waktu itu, iaitu "Al-Manar .
Kesan danipada pemikiran beliau, baik melalui hasil
karangan ataupun fatwa, telah menimbulkan kekecohan dan kegoncangan di kalangan para
ulama, terutamanya ulama-ulama yang ortordoks.
Muhammad Abduh pernah menjadi ketua pengadilan pada
tahun 1892 Masihi. Cara beliau bekerja ada dicatatkan dalam bukunya yang bertajuk, "Tahrir
Fil Islah Al-Mahakim Al Syariyah yang dihasilkan pada tahun 1900 Masihi. Karangan
beliau ini membawa perubahan besar dalam bidang pengadilan syarak. Muhammad Abduh juga
melaksanakan hukum Islam dan memperkenalkan perubahan dan pembaharuan yang sesuai dengan
masyarakat pada waktu itu. Beliau telah meniupkan semangat pembaharuan yang membawa kepada
revolusi pada tahun 1882 Masihi.
Hasil-hasil karya Muhammad Abduh
1. Karangan Muhammad Abduh yang pertama mengenai tarikat dan mistik dalam risalah "Al-Waridah
yang dihasilkan pada tahun l874Masihi.
2. Beliau juga mengarang "Kitab Hasyiyah ala Syarhi Ad-Diwani lil Aqaidil
Adudiyah pada tahuu 1876 Masihi.
3. Beliau menceburkan diri dalam bidang persuratkhabaran pada tahun l88OMasihi.
4. Beliau juga menjadi pemimpin surat khabar pemerintahan "Al-Qawaid Misriah
pada tahun 1886 Masihi.
5. Pengetahuan dalam bidang ekonomi dan politik juga disentuh dalam hasil karyanya, iaitu "Kitab
Risalah Al-Waridah .
6. Ilmu tasawuf dan mistik dimuatkan dalam bukunya, "Hasyiyah ala Syarah
ad-Diwani lil Akaidil Adudiyah (Kaherah, 1876/1904 Masihi).
7. Ilmu tentang bidang kehakiman pula terdapat dalam bukunya, "Taqdir Fil Isla
al-Mahakimi At-Tadiyah . (Kaherah, 1900 Masihi).
8. Muhammad Abduh juga menuhis "Risalah
al-Tauhid pada tahun 1879 Masihi. Hasil penulisan ini adalah karyanya yang sangat
berharga mengenai akidah dan agama Islam.
9. Kitab yang diberi nama "Al-Islam Wa Ar
Raddu ala Muntaqidihi , dan "Al-Islam wan Nasraniah maal llmu wal Madaniyah ,
adalah sebuah karangannya yang termasyhur yang membela agama Islam danipada ancaman agama
Kristian dalam bidang ilmu pengetahuan dan kebudayaan.