|
SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF
Abdul Rahman Bin Auf adaltah salah seorang sahabat Rasulullah
yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana
juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin
Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda
Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah
berupa penyembahan berhala maupun kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman
terhindar dan bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum
memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman
arak itu adalah terlarang.
Abdul Rahman Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w
memasuki Darul Arqam lagi. Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong
orang-orang Islam yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan
orang-orang permulaan yang memeluk Islam. Adalah diriwayatkan bahawa ibu Abdul Rahman Bin
Auf sesudah mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk Islam, iapun berkata kepada anaknya,
"Aku akan berjemur dipanas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu ma1am yang
sejuk aku akan bermalam diruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula
kepada agama nenek moyangmu. Dimikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin
Auf tetap tegak memeluk ugama suci dan mencintai Rasulullah S.A.W.
Adapun nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah
Abdul Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman.
Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan
yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan ugama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan
dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali
mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul Rahman pernah
membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula
menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji
Islam.
Ramai sahabat yang telah memimpin penjuangan Islam dan menyibarkan
syiar Islam yang berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang dikenal
sejarah, tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan
menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan Islam.
Sebagai seorang Islam yang permulaan, Abdul Rahman Bin Auf juga
telah mengalami berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah. Oleh
kerana memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu sementelahan pula
mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w akhirnya telah memerintahkan para
pengikutnya supaya melakukan hijrah ke negeri Abbysinia kerana menurut Rasul disana ada
sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Tidak lama kemudian maka
berangkatlah rombongan pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan
4 orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak. Dan diantara yang melakukan hijrah yang
terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita lalu disusul dengan rombongan kedua yang
terdiri dan 83 lelaki dan 17 wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah
tersebut termasuklah Abdul Rahman Bin Auf.
Tidak lama kemudian Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa temannya
telah kembali ke kota Mekah sehingga sampai pada waktu Allah s.w.t memenintahkan kepada
Rasulullah s.a.w untuk melakukan hijrah keYathrib( Madinah) dilakukan Rasulullah
sendiri dan para sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin Auf.
Setiba di Madinah sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul
terhadap lain-lain sahabat dalam rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman Bin Auf
telah dipersaudarakan oleh Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada golongan Ansar.
Demi kecintaan Saad Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan
Muhajirin, beliau telah mengatakan kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya,
"Saudara, ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan kiranya
saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga mempunyai dua orang isteri
dan kiranya Saudara sudi mana satu antaranya, saya sedia mencaraikannya supaya boleh
saudara mengahwininya. Mendengarkan kata-kata sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya
menjawab, "Saudaraku, semoga Allah akan memberikan berkat terhadap keluarga dan
hartabenda saudara. Janganlah disusahkan tentang din saya ini, yang penting bagi saya
ialah kiranya saudara sudi menunjukkan saya jalan menuju ke pasar.
Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar.
Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga
berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat
dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu
beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu
dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah itu, bellau termasuk orang
yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling
banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin.
Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau pernah membahagikan
seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang
memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan
sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan
menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian
makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa
konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.
Memandangkan jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan hanta
kekayaannya Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahinan
Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan
ugama ALlah dengan harta kekayaan. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah
bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal
dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan. Dalam hal ini Abdul
Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah
yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu'minin dalam melakukan ibadah haji dibawah
lindungan beliau.
Disamping memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah
seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan
penganuh kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul Rahman Bin Auf
menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau menangis itu,
lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia
meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain
yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah
manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat
dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang
yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya
akan tersisih daripada para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai
banyak harta. Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul
Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai
orang, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab, "Nabi
telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum.
Demikianlah jiwa Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar
Rasulullah. Memandangkan besarnya semangat pengorbanannya itu maka tidaklah hairan kiranya
Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara sepuluh orang yang telah
digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki syurga.
Dizaman Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah
memperoleh kehormatan dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau pernah
dilantik oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama setelah
Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah beliau jugalah salah seorang yang telah
diwasiatkan oleh Khalifah Umar Al Khattab sebelum kewafatan beliau menjadi salah seorang
ahli dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon khalifah
yang akan menggantikan baginda. Beliaulah juga tokoh yang mengetuai tugas untuk menentukan
siapakah yang bakal menggantikan Khalifah Umar Al Khattab sebagai khalifah ketiga umat
Islam yang akhirnya jatuh ketangan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a.
Pada tahun 31 Hijrah, setelah menempuh hidup didunia yang fana mi
selama 74 tahun, berpulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dalam usia 75 tahun.
Dan sebelum meninggalnya, Ummul Mu'minin Aisyah telah menawarkan bahawa jika ia
menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di sisi kuburan Nabi, Abu Bakar dan Umar
r.a. Dengan suara yang merendah diri ia menjawab bahawa ia malu jika diberi kedudukan yang
sedemikian tingginya untuk berkubur di samping Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa
dirinya telah terikat janji dengan Uthman Bin Mazh'un bahawa jika salah satu di antara
mereka berdua meninggal dunia lebih dahulu, maka ia akan berkubur di samping kuburan
kawannya yang lain. Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh
Saiyidina Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat.
|