|
SAIYIDINA UTHMAN BIN
AFFAN R.A.
Di zaman kebangkitan Islam dahulu
terdapat beberapa sahabat yang terkenal kerana banyak
mengorbankan harta-benda dan kekayaannya untuk membela
Agama Allah. Salah seorang di antara mereka yang paling
terkemuka sekali ialah Saiyidina Uthman Bin Affan R.A.
Selain daripada beliau ialah Saiyidina Abu Bakar Al
Siddiq, Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain lagi. Apatah
lagi memang Saiyidina Uthman R.A. baik sebelum memeluk
Islam mahupun setelah Islam, merupakan satu-satunya
tokoh saudagar dan peniaga yang paling berjaya sekali.
Dialah sahabat Rasul yang banyak mengorbankan
harta-bendanya bagi menegakkan perjuangan Islam.
Saiyidina Uthman Bin Affan R.A.
adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saiyidina Umar
Al Khattab R.A. Beliau telah memerintah Kerajaan Islam
hampir sebelas tahun lamanya dan tahun Masihi 644 hingga
655 Masihi. Beliau memperoleh gelaran "Zun Nurain yang
ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya ialah kerana
Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya dengan dua orang
puterinya iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan
sesudah wafatnya semasa Perang Badar, maka Rasulullah
s.a.w. telah mengahwinkannya pula dengan Kalthum.
Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah
s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman R.A. Tatkala isterinya
yang kedua itu pula meninggal, Rasulullah s.a.w. telah
berkata kepadanya, "Jika ada anak perempuanku lagi hai
Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu.
Sahabat besar ini termasuk
orang-orang pertama yang masuk Islam. Beliau datangnya
dan suku atau puak Quraisy yang paling keras sekali
tentangannya terhadap agama Islam dan Rasulullah s.a.w.,
iaitu puak Umaiyah. Menurut catatan sejarah, Saiyidina
Uthman Bin Affan termasuk orang kelima diajak oleh
Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq untuk memeluk Islam.
Setelah memeluk Islam, Uthman R.A. termasuk orang yang
sangat dicintai oleh Rasulullah s.a.w. kerana kemuliaan
dan kehalusan budipekertinya. Memang sesungguhnya
Saiyidma Uthman Bin Affan R.A. terkenal sebagai seorang
sahabat yang sangat tinggi budiperkertinya, sangat
penyantun, lemah lembut lagi pemalu. Sebagai
memperlihatkan kecintaan dan penghargaan Rasulullah
s.a.w. kepadanya itulah maka beliau telah menjadi
pilihan baginda untuk dikahwinkan dengan
puteri-puterinya seorang demi seorang selepas meninggal
seorang lepas satunya. Sebagai memuji keluhuran budi
akhlaknya itulah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman.
Memang Rasulullah s.a.w. biasanya tidak keberatan
menerima kedatangan para sahabatnya dalam berpakaian
yang biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa
Saiyidina Uthman R.A. akan datang mengunjunginya, maka
baginda pun mengenakan pakaiannya yang sewajarnya
sebagai menghormati sahabatnya yang disegani sendiri
oleh para malaikat.
Dalam suatu riwayat lain adalah
dikisahkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
"Saya bermohon kepada Tuhanku supaya tidak ada
seorangpun yang pernah menjadi menantuku atau menjadi
mertuaku dimasukkan ke dalam neraka. Hal yang demikian
itu tercapai oleh Saiyidina Uthman R.A. kerana
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Tiap-tiap Nabi
mempunyai teman, dan Uthman adalah temanku di dalam
syurga.
Ketika suasana pergolakan di Mekah
menjadi tegang dan meruncing disebabkan kaum musyrikin
Quraisy melakukan tekanan yang hebat terhadap kaum
Muslimin, Saiyidina Uthman termasuk orang-orang yang
turut melakukan hijrah ke Abyssinia. Saiyidina Uthman
R.A. berserta isterinya adalah termasuk rombongan yang
menjalankan hijrah yang bersejarah itu. Beliau tidak
pernah memikirkan kerugian perniagaannya yang
ditinggalkannya itu kerana beliau sedar bahawa hijrah
tersebut adalah termasuk dalam usaha untuk menegakkan
agama Allah. Sekembalinya beliau dan Abyssinia, beliau
pun tinggallah di kota Mekah buat sementara waktu.
Kemudian beliau telah melakukan hijrah pula ke Madinah
untuk menyusul Rasulullah s.a.w. yang telahpun lebih
dahulu berhijrah di kota tersebut.
Setelah berada di Madinah, Saiyidina
Uthman R.A. pun mulalah menjalankan usaha perniagaannya
hingga beliau berjaya menjadi saudagar yang kaya. Namun
demikian beliau tidak teragak-agak sedikitpun bagi
mempergunakan seluruh kekayaan dan harta bendanya bagi
menyahut seruan jihad bagi menegakkan kesucian Islam.
Sebagai seorang sahabat besar, banyak sekali pengorbanan
Saiyidina Uthman Bin Affan terhadap Islam. Di zaman
permulaan perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum
Muslimin menghadapi kekurangan air, lalu Saiyidina
Uthman Bin Affan telah membeli sebuah kolam yang bernama
Bir Ruma dan seorang Yahudi. Pada saat itulah Rasulullah
s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang antara kamu yang
membeli sumur Ruma lalu dijadikannya wakaf bagi
keperluan kaum Muslimin serta ia menimba air sumur
tersebut maka orang yang berbuat demikian itu Allah akan
menyediakan tempat minuman baginya dalam syurga. Begitu
juga tatkala Masjid Madinah rnenjadi terasa sempit sebab
semakin banyaknya orang yang bersyalat di dalamnya, maka
dengan spontan Saiyidina Uthman membeli lima rumah yang
sederet di samping masjid untuk dibongkar, kemudian
dibangunkan tambahan masjid agar menjadi lebih luas dan
besar lagL
Selain daripada pengorbanan harta
benda, Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. juga adalah
sahabat yang paling banyak membantu Rasulullah s.a.w.
dalam berbagai masalah. Beliau adalah salah seorang
penulis wahyu dan juga pernah menjadi utusan Rasul untuk
menemui kaum Quraisy pada tahun keenam hijrah.
Disebabkan besarnya pengorbanannya terhadap Islam maka
tidaklah menghairankan kiranya beliau tergolong salah
seorang yang paling diridhai oleh Rasulullah s.a.w. pada
waktu wafat baginda.
Selain memiliki sifat pemalu,
Saiyidina Uthman R.A. ialah seorang sahabat akrab
Rasulullah s.a.w. yang masyhur dengan sifat waraknya,
kuat beribadat dan amat taqwa kepada Allah, dia
mengerjakan segala perintah Allah dan sekali-kali tidak
melanggar larangan Allah. Pada tiap-tiap tahun beliau
menunaikan ibadah Haji dan dalam sepanjang tahun pula
beliau berpuasa setiap hari kecuali pada hari-hari yang
ditegah berpuasa. Beliau sangat mengambil berat terhadap
kaum keluarganya dan sangat bertimbangrasa dan kasih
mesra kepada mereka. Beliaulah juga seorang sahabat yang
sangat pemurah dan sangat takut akan kemurkaan Allah,
bila beliau mendengar bacaan Qur'an darihal azab api
neraka maka air matanya bercucuran keluar oleh rasa
takutnya.
Khalifah Uthman Bin Affan R.A. telah
dipilih sebagai Khalifah apabila wafatnya Saiyidina Umar
Ibnul Khattab apakala beliau menyatakan kesanggupannya
secara tegas kepada AbduIl Rahman Bin Auf yang bertindak
sebagai formatir. Beliau ialah seorang sahabat yang tua
tatkala dilantik menjadli Khalifah iaitu ketika berumur
70 tahun. Beliau seorang yang bersifat lemah lembut,
tidak gemar menggunakan kekerasan dalam menjalankan
pemerintahannya, hal ini berbeza sekali dengan Saiyidina
Abu Bakar dan Saiyidina Umar R.A. yang menjadi Khalifah
sebelum daripadanya, mereka kedua-duanya mempunyai sifat
tegas dalam menghadapi sesuatu masalah dalam zaman
pemerintahannya. Pada masa zaman pemerintahannya,
keadaan pemerintahan Islam dan semasa ke semasa mula
menjadi bertambah luas dan mula menempuh satu zaman
peralihan dan kehidupan asal orang-orang Arab menuju
suatu kehidupan baharu dan pada zamannyalah bermulanya
zaman kemewahan hidup yang timbul daripada hasil
penaklukan negeri-negeri yang baharu.
Dalam zaman pemerintahannyalah
orang-orang Islam mula merasa hidup mewah dan menerima
kemakmuran. Mereka yang menghadiri majlis-majlis jamuan
Khalifah Uthman pada zaman itu melihat perbezaan besar
jika dibandingkan dengan jamuan yang diadakan pada zaman
Khalifah Umar. Sebagai seorang Khalifah beliau merasa
bahawa rakyatnya berhak menikmati hidup yang makmur itu,
tetapi beliau tidak membenarkan kepada orang-orang Islam
bersenang-senang dengan nikmat kemakmuran itu hingga
melanggar hukum Allah. Pada zaman beliau ramai daripada
para sahabat Rasul keluar meninggalkan bandar Madinah
hermastautin di wilayah-wilayah yang baharu diperintah
oleh pemerintah Islam. Pemergian mereka itu tidak
dilarang oleh Saiyidina Uthman. Jikalau pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar para sahabat tidak dihenarkan
keluar dan bermastautin di negeri-negeri yang baharu
diperintah oleh orang-orang Islam, tetapi pada zaman
Khalifah Uthman R.A. tegahan itu dihapuskan. Saiyidina
Uthman tidak begitu mengambil berat terhadap
gabenor-gabenor Islam yang memerintah di wilayah-wilayah
Islam khususnya mengenai perjalanan mereka, untuk
menjaga nama baik mereka dan untuk mengelakkan daripada
perkara-perkara yang mungkin menimbulkan fitnah.
Berlainan dengan Saiyidina Umar R.A. yang sangat
mengambil berat tentang kedudukan wakil-wakilnya yang
memerintah.
Pada zaman peinerintahan Saiyidina
Uthman Bin Affan inilah mulai timbulnya beberapa masalah
yang belum pernah berlaku sebelumnya. Timbulnya
peristiwa-peristiwa yang baharu itu bukanlah disebabkan
oleh kecuaian Saiyidina Uthman ataupun kerana beliau
sengaja meringan-ringankan hukum, bahkan hukuman-hukuman
yang sewajarnya tetap dikenakan ke atas siapa juga yang
bersalah yang melanggar larangan Agama Islam. Tetapi
bagaimanapun percubaan-percubaannya itu tidak
menghasilkan hasil yang baik berlainan dengan apa yang
dijalankan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab dalam masa
pemerintahannya dan mi menyebabkan fitnah-fitnah makin
banyak berlaku antara pihak pemerintah dengan orang
ramai.
Satu perkara yang mungkin menjadi
punca kelemahan pemerintahan Saiyidina Uthman ialah
sifatnya yang mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap orang
lain terutama oleh kaum keluarganya sendiri. Mereka itu
pernah mencampuri urusan pemerintahan terutama salah
seorang keluarganya yang hernama Marwan Bin Hakkam.
Perbuatannya yang membiarkan keluarganya campur tangan
dalam pemerintahan serta perlantikannya ke atas ramai
anggota keluarganya dalam pemerintahan itulah yang
selalunya menimbulkan rasa tak puashati di kalangan
penduduk Madinah khasnya dan rakyat Islam umumnya.
Selain daripada itu ada lagi beberapa
perkara yang dilakukan oleh Saiyidina Uthman yang telah
menimbulkan rasa tak puashati orang-orang Islam pada
masa itu. Salah satu danpada perkara-perkara itu ialah
keputusan membenarkan bapa saudaranya Al Hakam Bin Abi
Al As dan beberapa orang keluarganya kembali semula ke
Madinah, padahal Al Hakam telah dipenintah keluar dari
Madinah kenana sikap penmusuhannya terhadap Rasulullah
s.a.w. dan Saiyidina Uthman telah merayu kepada
Rasulullah pada masa hayatnya lagi meminta baginda
membenarkan bapa saudaranya itu kembali tetapi
Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan permintaannya itu
hingga pada zaman Saiyidina Abu Bakar R.A. dan Saiyidina
Umar R.A. dia tidak dibenarkan juga kembali. Apabila
Saiyidma Uthman dilantik menjadi Khalifah bapa
saudaranya itu dihenarkan kembali ke Madinah., bukan
setakat itu sahaja namun apabila ia mati kuburnya dibina
dengan indahnya dan anaknya yang bernama Al Hanith
dilantik pula menjadi pegawai menjaga tempat-tempat
perniagaan di Madinah. Sementara perlantikan Saiyidina
Uthman ke atas anaknya Al Hakam yang bernama Marwan
menjadi sebagai menteni kepadanya itu dikecam hebat juga
oleh orang-orang Islam. Beberapa orang sahabat yang
terkemuka telah membantah perlantikan itu tetapi tidak
dipedulikan oleh Saiyidina Uthman. Mengenai
pengkembalian bapa saudaranya ke Madinah, Saiyidina
Uthman memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa beliau
telah memohon persetujuan Rasulullah s.a.w. dan itulah
sebabnya beliau berani melakukan demikian.
Selain daripada itu orang-orang Islam
merasa tak puas hati juga tenhadap pemecatan yang
dilakukan oleh Saiyidina Uthman ke atas pegawai-pegawai
yang dilantik pada zaman Saiyidina Umar Ibnul Khattab
dan digantikan dengan orang-orang baru dari kaum
keluarganya. Perkara-perkara seperti yang tersebut itu
berlakunya di Madinah pusat pemerintahan Islam pada masa
itu. Sementara di lain-lain wilayah Islam tak sunyi juga
daripada adanya golongan-golongan yang menaruh rasa
curiga dan tak puas hati terhadap Saiyidina Uthman R.A.
Pemenintahan Saiyidina Uthman itu mula menempuh satu
percubaan yang besar iaitu dengan tumbuhnya punca fitnah
di Madinah yang akhirnya menjalar ke seluruh
wilayah-wilayah Islam yang lain. Tatkala itulah seorang
musuh Islam bernama Abdullah Bin Saba, seorang Yahudi
yang mengaku dirinya memeluk Islam telah membangkitkan
kemarahan rakyat terhadap Khalifah Uthman R.A. dengan
tujuan untuk memecah belahkan kaum Muslimin sesama
sendini.
Seonang sahabat yang tenkenal bennama
Abu Zar juga telah menentang hebat pemerintahan
Saiyidina Uthman R.A. dengan membuat cabaran ke atas
Khalifah itu dan juga ke atas Muawiyah yang pada masa
itu sebagai wakil Khalifah memerintah kota Damshik. Di
negeri Syam Abu Zar telah termakan hasutan dan Abdullah
Bin Saba lalu menentang Muawiyah kerana menurut
pendapatnya pernah Mauwiyah mendakwa bahawa harta
Baitulmal semuanya adalah kepunyaan Allah bukan
kepunyaan onang-orang Islam seolah-olah dia bercadang
tidak akan membahagikan harta baitulmal kepada orang
ramai. Inilah hasutan yang dibuat oleh Abdullah Bin Saba
kepada sahabat tenkenal iaitu Abu Zar yang memang
berjiwa militan dan keras itu. Memandangkan bahaya dan
pengaruh Abu Zar itulah maka akhinnya Saiyidina Uthman
Bin Affan mengambil tindakan untuk mengasingkan Abu Zar
Al Ghifari dari orang ramai lalu dibuangnya ke satu
tempat bernama Raudah. Di tempat pembuangannya itu
beliau terus-menerus juga membuat kecaman ke atas
Saiyidina Uthman R.A. hingga akhin hayatnya beliau
meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah.
Sementara itu kegiatan-kegiatan yang
dilakukan secara gigih oleh Abdullah Bin Saba untuk
memecah-belahkan ummat Islam telah mendapat kejayaannya
di Mesir, Kufah dan Basrah. Beliau telah benjaya
mempengaruhi jiwa orang ramai dengan menyebarkan satu
fahaman yang belum pernah dibawa oleh sesiapa sebelum
itu bahawa kononnya Nabi Muhammad s.a.w. ada menetapkan
seorang penggantinya iaitu Saiyidina Ali Bin Abu Talib
R.A. Di Mesir Muhammad Bin Abu Bakar, iaitu anak
Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq telah menyokong gerakan
Abdullah Bin Saba itu kerana didorong oleh pertalian
kerabat antaranya dengan Saiyidina Ali R.A. iaitu
sebagai anak tiri kepada Saiyidina Ali Bin Abu Talib
yang beristerikan balu Saiyidina Abu Bakar R.A. iaitu
Asma Binti Umais ibu Muhammad Bin Abu Bakar. Muhammad
Bin Abu Bakar menentang keras pemerintahan Saiyidina
Uthman kerana sepucuk surat yang dihantar oleh Marwan
Bin Hakkam dari Madinah kepada Abdullah Bin Saba,
gabenor Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad Bin Abu
Bakar dan juga membunuh sekelian orang yang menyokong
Muhammad sama ada dan golongan Muhajirin ataupun dan
Ansar.
Kesudahannya
golongan-golongan yang menentang Khalifah Uthman Bin
Affan yang datangnya dan wilayah Mesir, Kufah dan Basrah
itu membuat satu pakatan menuju Madinah untuk
mengemukakan tuntutan-tuntutan meneka kepada Khalifah.
Apakala mereka dapati tuntuntan-tuntutan mereka itu
tidak dapat ditunaikan sepenuhnya oleh Khalifah maka
mereka pun melakukan kepungan terhadap istana Khalifah
Uthman Bin Affan. Setelah beberapa hari melakukan
kepungan, mereka akhirnya merempuh masuk lalu membunuh
Khalifah Uthman Bin Affan yang tenkenal kenana sifat
sabar dan santunnya itu. Ketua pemberontakan itu bernama
Al Ghiffari telah memukul Saiyidina Uthman dan
kemudiannya diiringi pula oleh tetakan dengan pedang
dari seorang pemberontak lain, pukulan mana disanggah
oleh isteni Saiyidina Uthman bernama Naelah dan kena
pada jari tangannya lalu putus. Akhinnya Saiyidina
Uthman mati terbunuh pada 35 Zulhijjah tahun 35 Hijrah
dan akibat dan kewafatannya itu maka bermulalah
babak-babak yang mendukacitakan dalam lembaran sejarah
Islam.
|