|
AL-BIRUNI
Nama
penuhnya Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga Tajik.
Lahir pada 3 Zulhijjah 362H @ 4 September 973M di Parsi. Menurut kitab
al-Ansab yang ditulis oleh Sam’ani dan kitab Mu’jam al-Buldan yang ditulis
oleh Ya’qut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi). Maka
atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana
beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm.
Sarjana
lain menyatakan beliau bukan dilahirkan di Khawarizm, tetapi di Birun, iaitu
sebuah bandar di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak 20 farsakh (60 km) dari Kath yang menjadi
ibu kota kerajaan pemerintahan putera-putera Ma’muniyah. Oleh itu ada
kemungkinan apabila Khawarizm menjadi ibu kota Ma’muniyah, maka penduduk Kath
yang berhijrah ke bandar itu digelar biruni. Oleh kerana Abu Rayhan orang
yang lebih terkenal di kalangan mereka, maka gelaran ini diberikan kepadanya.
Beliau turut digelar ‘Khawanizini’ kerana nama kawasan itu juga dipanggil
Khawanizin.
Pendidikan
Beliau
banyak memperoleh ilmu pengetahuan daripada seorang Putera Raja Parsi, iaitu
Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani, pakar matematik. Keluarga Abu Nasr
begitu mengambil berat tentang al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada
akhir abad ke-4H/1OM dan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa.
Beliau hidup sezaman dengan Ibn Sina. Antara karya beliau yang teragung ialah Rasa’il al-Biruni, sebuah
ensiklopedia astronomi dan matematik. Sebagai seorang yang dahagakan ilmu,
beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayatnya ditumpukan kepada bidang
penyelidikan dan penulisan. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah
tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani.
Beliau
mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Seorang
daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung
rapat dengan para saudagar Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari
nama-nama orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang
betul.
Sebagai
AhIi Astronomi
Minat
dan aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori
abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi,
fizik dan astronomi. Bidang pengajiannya yang utama ialah astronomi. Ini
adalah berdasarkan pengakuannya sendiri iaitu:
Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud
di dunia ini lagi saya terkenal dengan ilmu itu dan saya tidak berniat untuk
keIuar dari disipIin ilmu itu, maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan
baginda (Mas’ud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan menulis kanun
(undang-undang) Sina’at al-Tanjim (Seni Astronomi).
Beliau
memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi.
Contoh inimenunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan
pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan
kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan.
Iajuga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan
garis lintang atau bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa
astnonomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Teori-teori astronominya yang
penting ialah seperti berikut.
1. Teori alam semesta
Al-Biruni
menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad.
Pada masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta
sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman.
Beliau mendakwa bahawa,
‘Apabila
sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu
bahagian ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad
lain dalam gerakan bulatan yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik
tetap seperti pusat bumi ketika jasad lain itu tegar. Walau bagaimanapun,
kawasan persekitaran matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk
elips.’
2. Kosmogeni
Walaupun
Qanun al-Mas’udi tidak membincangkan
asal-usul alam Semesta tetapi al-Biruni membincangkannya secara terpeninci dalam
bukunya al-Tahdid. Beliau
menolak pandangan yang menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai
arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib
al-Busti yang mempunyai muka surat.
3. Teori geosentrik
Al-Biruni
dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentnik dan
heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima
tanpa bukti sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum
ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima teori dan
penerangan yang terdahulu. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari
dalam sebuah buku berjudul Kitab
al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam yang berkaitan dengan teori
ini.
4. Kalender dan kronologi
Beliau
telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang
juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah
mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hariserta menulis
buku mengenainya iaitu Ta’bir al-Mizan
wa Taqbir al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih al-Tawarikh membincangkan
tentang tarikh. Manakala buku Tasawwur
Amr al-Fajr wa alShafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula
inembincangkan tentang terbitnya fajar.
Qanun
al-Mas’udi adalah
antara bukunya yang terakhir yang membincangkan perkara di atas dengan lebih
terperinci. Ia membincangkan tentang siang dan malam, bulan dan tahun, bulan
serta matahari, juga penerangan terperinci mengenai perbezaan takwiin,
maklumat tambahan (baru) mengenai kalendar orang India, mengubah takwin Sakkala
kepada takwin Hijrah.
5. Matahari
Al-Biruni
turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan seperti
berikut:
(a) Sifat fizikal Matahari
Al-Biruni
cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan asli.
Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari.
Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh
diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang muncul di
sekeliling jasad yang membakar.
(b) Gerakan tahunan
AI-Biruni
mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak mengelilingi Bumi.
Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan dan cepat
menggambarkan sesuatu orbit.
(c)
Panjang tahun solar
(tropika)
Semasa
mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati perubahan dan perbezaan
pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan ada empat rumusan yang
berbeza iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat
pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga
mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh
perbezaannya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 ininit dan 47
saat.
Ketika
menuhis Qanun, beliau mengira titik
yang tertinggi di antara Matahari dengan Bumi bergerak satu darjah dalam masa
1/3 tahun, dan 0, 0, 7, 44, 54 dalam satu hari. Perkiraan yang telah dibuat oleh
al-Biruni ini hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 setiap tahun dan satu
darjah dalam masa 72 tahun.
(d) Fajar dan senja
Beliau
membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati
senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk.
Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku al-Lam’at mengenai perkara
ini.
Sebagai
AhIi Sains
Walaupun
al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir
dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan
menggunakan algebra dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun
tidak meminati bidang muzik.
1. Trigonometri
sfera
Al-Biruni
menuhis Kitab Maqalid ‘Ilm al-Hai’ah
fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan sebagai satu karya yang setanding
dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim
kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami.
Ketika
ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu
daripadanya diberi tajuk Jami’ al-Tarq
al-Sa’irah fi Ma’rafah Awtar al-Da’irah yang membincangkan mengenai
kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan.
Al-Biruni
patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang
yang terpisah dengan astronomi mengembangkannya dengan cara yang
sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi
membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai,
mengkritik dan memberi pengolahan yang lebih baik.
Karangan
Qanun al-Mas’udi yang berkaitan
dengan trigonometri mengandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara
mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan
segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab seterusnya
membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini
beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda.
Beliau
turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu kesatuan
mnenggantikan 60. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengiraan. Beliau
berjaya mendahului ahli matematik yang lain dengan membuktikan rumus sinus
dalam satah segi tiga iaitu.
sinA =
sinB = sinC
a
b
c
Banyak
lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau. Beliaulah orang
pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau
cekap menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama memberikan contoh
mengenai kalkulus dan teorem umum.
2. Aritmetik orang India
Di
samping trigonometri sfera, al-Biruni
turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah menulis beberapa buah
buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah,
(a) Rashikat al-Hind iaitu Zodiak di
India (b) Kaedah aritmetik yang berbeza
dalam Brahma Siddhant (c)
Kaedah-kaedah orang India (Rusum
al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik. (d) Mansubat
al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.
3. Cahaya dan bunyi
Al-Biruni
mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran
membawa haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara. Beliau juga
mendapati senja kala bermula atau berakhir apabila Matahari berada di bawah
kaki langit. Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan moden.
4. Graviti
Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau
menolak pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa
graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi
kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia
akan sampai ke pusatnya.
5. Ketumpatan
Beliau
dapat menyukat dengan betul ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni menggunakan suatu
alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat ketumpatan. Beliau dapat
menyukat air yang begitu tepat sehinggakan hasil pencubaannya itu selaras dengan
nilai moden. Beliau turut memberikan sumbangan yang tulen dalam bidang
hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena tentang banjir, mata air dan
pninsip-prinsip yang berkaitan. Al-Biruni menggunakan emas, raksa, zamrud dan
kuartza untuk menentukan ketumpatan. Dalam bidang mekanik behiau telah mengukur
ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang
tinggi. Beberapa keputusan dicatatkan seperti berikut:
|
Bahan
|
Uku
ran dengan
emas
|
Ukuran
dengan raksa
|
Moden
|
|
Emas Raksa
Tembaga Loyang Besi Plumbum
|
19.26 13.74
8.92 8. 67 7.82
11.40 |
19.05 13.59
8.83 8.58 7.74
11.29 |
19.26 13.59
8.85 8.40 7.79
11.35 |
Jadual
di atas merupakan penemuan al-Biruni yang kiraannya hampir sama dengan kiraan
moden. Sumbangan beliau dalam menyukat ketumpatan sangat bermanfaat kerana
beliau berjaya membuat ukuran tepat.
6. Mekanik
Al-Biruni
memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang mekanik. Beliau mahir dalam bidang
pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah mencipta dua alat yang istimewa.
Satu daripadanya ialah pengimbang hidrostatik. Melalui alat ini
beliau dapat mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai
cerap yang baru, ia dinamakan al-Ustawani yang beliau gunakan untuk
mengukur bintang-bintang, ketinggian menara dan bukit, dan kedalaman telaga atau
sungai.
7. Berat dan ukuran
Minatnya dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari tentang berat dan
ukuran. Ini kenana ia berkait rapat dengan bidang kajian astronomi dan
fizik. Ketumpatan sebenar 18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan
kepakarannya dalam menyediakan berat dan ukuran yang paling tepat.
8. Geografi, geodesi dan
stratografi
Al-Biruni
telah memberikan sumbangan yang sangat berharga dalam bidang geografi.
Antaranya beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau menganggap
semua kelompok Eurasia dan Afrika sebagai satu benua yang didapati terletak di
Barat dan Timur. Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India
yang dikenali sebagai Himalaya. Dalam bukunya India, beliau membincangkan
peranan kawasan pengunungan dalam menyumbang hujan lebat dan melindungi
sebahagian daerah Kashmir.
Pengetahuan
al-Biruni tentang Asia sangat luas. Beliau memberitahu dengan terpeninci tentang
negeri Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan Tasik Baikal.
Namun sumbangan utama beliau ialah tentang India. Beliau memberikan maklumat
tentang kawasan barat laut India.
Al-Biruni
telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya Tahdid Nihayat al-Amakin
(Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru untuk
mengukur latitud (darjah lintang) dan longitud (darjah bujur) dan membuat
pengukuran sendiri untuk menetapkan antupoda dan kebulatan bumi juga ketinggian
dan sifat-sifat geografi bandar-bandar. Beliau telah membuat ukuran bagi
menaksirkan lilitan bumi dan mendapat anggarannya 25,000 batu. Daripada
al-Biruni kita mendapat tahu bahawa pada abad ke-11, saudagar-saudagar Muslim
telah sampai di pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan Pulau Jawa.
Beliau
meninggal dunia pada 1 September 1048 @
12 Rejab 440H.
|