|
HAMKA
Riwayat hidup
Nama : Doktar Haji Abd. Malik bin Sheikh
Abd. Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah.
Tarikh lahir ; desa Tanah Sirah, Sungai Batang,
Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia
Tempat lahir :16 Februari 1908 @ 13 Muharam 1362
Hijrah.
Ayah : seorang ulama Islam yang terkenal telah
membawa pembaharuan Islam di Minangkabau
Jawatan : anggota tetap majlis konsul Muhammadiah,
Sumatera Tengah (1934) dan mengetuai gerakan Muhammadiah (1946)
Tarikh meninggal : 24 Julai 1981
Umur : 73 tahun.
Sifat-sifat perlbadi
1. Hamka seorang yang pintar dan bijak.
2. Beliau juga terkenal sebagai ahui
kesusasteraan Melayu klasik serta pengarang yang masyhur dan novelis terkemuka dan mahir
dalam bahasa Arab.
3. Hamka terkenal sebagai ahli falsafah dan
pujangga Islam.
Pendidikan
1. Hamka mendapat pendidikan awal daripada bapanya.
Beliau mempelajari ilmu-ilmu asas agama serta mempelajari al-Quran sehingga khatam.
2. Pada tahun 1915 ketika beliau
berusia tujuh tahun, beliau memasuki sekolah desa di Padang Panjang. Pada tahun 1918 pula
beliau menuntut di sekolah datuknya, Muhammad Amrullah.
3. Hamka berpeluang mendalami pelajaran tafsir
daripada Kiai Bagus Harikusomo di Tanah Jawa pada tahun 1924 serta berpeluang
daripada tokoh terkenal seperti Shamsurrijal dan Haji Fakhruddin. Kegiatan ilmiah yang
dianjur oleh tokohtokoh tersebut adalah dalam seminar, ceramah, kuliah, perbincangan,
serta persidangan.
Sumbangan dalam bldang ilmu dan
pemlklran Islam
1. Hamka merupakan seorang tokoh reformasi
Islam yang terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf.
2. Beliau juga merupakan tokoh agama dan pendakwah
yang banyak memberi sumbangan kepada agama, bangsa, dan negara melalui organisasi,
ceramah, serta hasilhasil karya yang ditulisnya.
3. Pada tahun 1935, Hamka telah mendirikan kolej
Kuliah Al-Muballighin di Padang Panjang yang telah melahirkan ramai
tokoh-tokoh terkenal.
4. Beliau juga banyak berjasa dalam
penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia kerana keahliannya dalam kesusasteraan sehingga
beliau mendapat gelaran "Hamzah Fansuri zaman baharu.
5. Pada tahun 1925, Hamka memulakan
kerjayanya sebagai pengarang di Padang Panjang. Beliau menulis majalah "Seruan
Islam di Tanjung Para Langkat, menerbitkan majalah "Pedoman
masyarakat, dan "Panji Masyarakat. Hamka mula
mengarang dalam akhbar "Pembela Islam, Bandung pada tahun 1930.
Hasil-hasil karya
1. Hamka telah menulis enam puluh buah buku selama
dua puluh lima tahun.
2. Contoh karangan beliau dalam novel adalah
seperti novel "Tenggelamnya Kapal Van der Vijk, "Di
Bawah Lindungan Kaabah, "Merantau Ke Deli, "Terusir, "Keadilan Ilahi dan
lain-lain.
3. Dalam bidang agama dan falsafah pula,
karangan beliau terdiri daripada "Tasawuf Moden, Falsafah Hidup,
"Lembaga Hidup, "Lembaga Budi, "Pedoman Mubaligh Islam, dan
lain-lain.
4. Antara hasil-hasil karya Hamka yang
menggoncangkan semangat revolusi ialah "Revolusi Fikiran, "Revolusi
Agama, "Adat Minangkabau, "Menghadapi Revolusi, "Negara Islam,
"Sesudah Naskah Renville, "Muhammadiah Melalui Tiga Zaman, "Dari Lembah
Cita-Cita Merdeka, serta "Islam dan Demokrasi .
5. Pada tahun 1929, Hamka menghasilkan
buku-buku, "Agama dan Perempuan, "Pembela Islam, dan
lain-lain lagi.
|