Imam Abu Hanifah adalah pengasas Mazhab
Hanafi.Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah(699 Masihi) di sebuah perkampungan bernama
Anbar di sekitar bandar Kufah,Iraq.Beliau.Hidup di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik
Bin Marwan,Khalifah Bani Umaiyah yang kelima.Nama asalnya Nu'man bin Sabit bin Zautha bin
Mah.
Sejak Kecil lagi beliau telah menunjukkan kecerdasan akal fikiran yang
sungguh mengkagumkan.Nu'man kemudiannya dikenali dengan panggilan Abu Hanifah(Hanif erti
cenderung/condong kepada agama) kerana ketekunannya beribadah.Imam Abu Hanifah dikatakan
banyak belajar pelbagai Ilmu feqah,tafsir,Hadis dan Tauhid dari para ulama yang
alim.Diantara Ulama yang menjadi gurunya selain daripada Imam Hammad ialah Umar bin
Zar,Atha bin Abi Rabih,Imam Nafi bin Umar dan Muhammad Al Baqir.
Beliau juga berkesempatan menimba ilmu dari beberapa orang sahabat Nabi
SAW yang masih hidup,seperti Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin Abi Aufa dan Sahal bin
Saad.
Imam Abu Hanifah juga dekenali dengan sifatnya yang sangat mengasihi
guru-gurunya.Beliau berkata bahawa beliau tidak akan pernah melupakan mendoakan guru-guru
dalam setiap doa yang dipohonkan kepada Allah SWT.
Para ulama besar yang menjadi gurunya tidak kurang daripada 200 orang.
Bila salah seorang daripada mereka itu meninggal dunia, Imam Abu Hanifah dilantik untuk
mengantikannya.Banyak majlis ilmu yang dipimpin oleh beliau.Sejak itulah nama dan peranan
beliau semakin dikenali sehingalah beliau menjadi ulama besar.Beliau juga dihormati dan
dikasihi oleh orang ramai kerana kewibawaannya,kewarakan dan ketaqwaannya.
Imam Abu Hanifah wafat dalam bulan Rejab tahun 150 hijrah(767 Masihi)
dalam usia 70 tahun iaitu semasa pemerintahan Khalifah Abu Jaafar Al Mansur,Khalifah
Abbasiyah yang kedua.Jenazah ulama agung ini dimaqamkan dengan penuh penghormatan oleh
puluhan ribu umat Islam di tanah perkuburan Al Khaizaran di kota Baghdad.
Sufian As Sauri pernah ditanya kenapa dia sangat menghormati dan memuliakan Imam Abu
Hanifah.Beliau menjawab:" Orang itu sangat alim, dalam ilmu agama.Selain menghormati
ilmu agamanya, saya menghormati umurnya.Selain menghormati umurnya,saya menghormati ilmu
fiqihnya yang amat luas dan juga sifat warak dan taqwanya"