IBNU RUSYD

BIODATA

Nama : Abu Al-Walid Muhammad b. Ahmad b. Rusyd
Gelaran : AVERREOS
T/Lahir : 520H @ 1126M di Cardova
M/Dunia : 595M @ 1198H
Umur : 75 tahun

 

PENDIDIKAN

- Mempelajari perkara-perkara asas agama seperti al-Quran, Sastera, Bahasa Arab dan Feqah dengan keluarganya.
- Belajar ilmu perundangan dengan bapanya yang merupakan Ketua Hakim di Cardova, Andalus yang pakar dalam
   undang-undang Mazhab Maliki
- Menghafaz Kitab Al-Muatta’ sejak kecil lagi.
- Mempelajari ilmu Falsafah ketika berumur 12 tahun dan guru utama beliau ialah Ibnu Majah.
- Beliau turut mempelajari bidang Perubatan, Sains, Astronomi dan Matematik di mana beliau mendapat Sarjana dalam
  bidang Sastera, Falsafah dan Kedoktoran.

 

SUMBANGAN

- Beliau meninggalkan banyak sumbangan yang bermakna dalam bidang falsafah, perubatan, pentadbiran, psikologi
  dan  kehakiman.
- Dalam bidang falsafah yang dipelopori oleh Aristotle, beliau telah berjaya menghasilkan satu pemikiran baru yang
  membawa kesan besar kepada bangsa Eropah yang kebetulan sedang menghadapi Zaman Pembaharuan.
- Di antara karangan beliau yang terkenal ialah :

                 a) General Rule Of Medicine - Perubatan
                 b) Kuliah Fi At-Tib - Perubatan
                 c) Talkhis Kitab An-Nafs- bidang Psikologi
                 d) Al-Jamhuriyyah Wa Al-Ahkam dalam bidang politik yang menghuraikan gagasan pemikiran secara
                     demokratik yang tidak memisahkan antara agama dan politik.
                 e) Jawami' Saisati Aflaton - Falsafah
                 f) Tahafur Al-Tahafut - Falsafah
                 g) Kasyful Adaliah - Falsafah