|
RASULULLAH SAW UMMI (BUTA HURUF)
Masyarakat Arab tidak dapat menerima
Rasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul kerana beliau dilahirkan sebagai
seorang insan yang ummi (buta huruf). Bagaimana seorang yang buta huruf dapat
memimpin sebuah masyarakat yang sudah berpecahbelah dan suka berperang !
sedangkan para nabi dan rasul terdahulu terdiri daripada orang-orang yang
terpengaruh spt raja dsb. Mereka merasa teramat malu..... malah mereka merasakan
pembesar-pembesar Quraisylah yang paling layak kerana mereka berpengaruh, ramai
pengikut, bijak berpolitik, banyak harta dan ramai tentera. Mereka boleh
menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia dengan pengaruh, kekayaan dan
kekuatan tentera mereka....
Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui......
Allah SWT telah melantik Rasulullah SAW sebagai
Rasul dikalangan orang biasa kerana Allah mahu Islam berkembang melalui kekuatan
iman dan keikhlasan. Allah tidak mahu Islam berkembang disebabkan pengaruh atau
kekayaan seseorang kerana ia menunjukkan Islam itu lemah kerana mengharapkan
ihsan pengaruh dan kekayaan seseorang.
Islam bermula daripada orang-orang miskin dan
hamba.....lemah, tiada kekuatan tentera dan pengaruh politik. Jadi kebangkitan
Islam itu adalah kebangkitan sejati. Mereka hanya ada kesatuan dan kekuatan
aqidah serta keikhlasan hati yang tidak perlu dipertikaikan. Jadi kekuatan
aqidah dan keikhlasan hati boleh menjadikan seseorang atau masyarakat itu
menjadi terlalu kuat sehingga mampu mengegarkan dunia. Ringkasnya, orang
atau masyarakat yang lemah boleh mengoncang dunia sekiranya mendapat pertolongan
daripada Allah SWT.
Sesungguhnya keadaan buta huruf yang dialami oleh
Rasulullah SAW bukanlah satu keaiban dan kecacatan sepertimana yang didakwa oleh
masyarakat Quraisy dan musuh-musuh Islam sehingga ke hari ini.
Sepertimana yang kita ketahui bahawa pada zaman
kelahiran Islam, penulisan tidak berapa penting kerana masyarakat Arab
merupakan masyarakat yang kuat daya ingatnnya. Mereka mampu menghafal apa saja
sehinggakan salsilah keturunan mereka turut dihafal. Lagipun pada masa itu
alat penulisan belum banyak dicipta. Jadi semuanya dihafal spt perjanjian,
syair-syair dsb.... maka tidak memerlukan seseorang itu celik huruf..apa yang
perlu ialah sekadar mendengar, kemudian hafalkan. Jadi kelahiran Rasulullah SAW
yang ummi sesuai di zamannya....Bukanlah keaiban...Cuma diperbesarkan oleh
musuh-musuh Islam yang tidak faham keadaan zaman tersebut....tentu ada agenda
yang lain.
Sesungguhnya keadaan buta huruf yang dialami oleh
Rasulullah SAW telah membawa rahmat kepada umat Islam.
Pertama : Masyarakat Musyrik Quraisy tidak boleh
mendakwa bahawa Islam adalah agama ciptaan Muhammad. Bagaimana Rasulullah SAW
dapat mencipta sebuah agama sedangkan beliau sendiri tidak tahu membaca dan
menulis.
Kedua : Orang Quraisy juga tidak dapat
mendakwa bahawa al-Quran itu ciptaan Rasulullah SAW kerana mustahil seorang yang
buta huruf dapat mencipta atau mengarang sebuah kitab yang amat hebat dan tiada
tolok bandingnya dalam sejarah peradaban umat manusia.
|