New Page 1

 

Home
Menu Utama

Premium - 2 kekosongan

  

ZAKAT FITRAH

 

Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, subur dan berkat. Manakala dari segi istilah pula ialah mengeluarkan makanan yang tertentu (makanan asasi) kepada golongan yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.

Zakat Fitrah diwajibkan ke atas setiap orang Islam lelaki, perempuan, dewasa dan kanak-kanak.

Kadar Zakat Fitrah ialah segantang Baghdad makanan asasi @ 2.7 kg @ sama nilai dengannya seperti beras, gandum, tepung dan sebagainya.

 
Syarat Wajib Zakat Fitrah

        1. Islam
        2. Merdeka
        3. Mempunyai lebihan harta selain daripada keperluan makanan untuk diri dan
            keluarga pada hari raya
        4. hidup di akhir Ramdhan dan awal Syawal
 

Golongan Yang Berhak Menerima Zakat Fitrah

        1. Fakir
        2. Miskin
        3. Amil (Pemungut Zakat Fitrah)
        4. Mualaf
        5. Hamba Mukatab (hamba yang dijanjikan dibebaskan tuannya sekiranya ia
            dapat menebusnya dengan wang @ harta)
        6. Orang yang berhutang dengan tujuan baik dan tidak mampu membayarnya
        7. Orang yang berjuang di jalan Allah
        8. Orang musafir bertujuan baik yang habis bekalan ( sama ada perbelanjaan,
             makanan dsb)
 

Golongan Yang Tidak Layak Menerima Zakat Fitrah

        1. Orang kaya
        2. Hamba abdi
        3. Bani Hasyim
        4. Bani Mutalib
        5. Orang kafir
        6. Orang kuat berusaha dan mempunyai cukup perbelanjaan
        7. Orang yang dalam tanggungan pembayar Zakat Fitrah
 

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
 

       1. Waktu Harus - bermula dari awal bulan Ramadhan hingga akhir bulan
                                     Ramadhan
       2. Waktu wajib - setelah terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan
       3. Waktu Afdhal - apabila terbit matahari Hari Raya Puasa yang pertama
                                 sehingga sebelum selesai Solat Hari Raya serta dua khutbahnya
       4. Waktu Makruh - bermula selepas solat Hari Raya hingga terbenam
                                       matahari Hari Raya Puasa yang pertama
       5. Waktu haram - bermula setelah terbenam matahari Hari Raya Puasa yang
                                      pertama
 

Hikmat Zakat Fitrah

        1. Merapatkan jurang perbezaan di antara golongan yang kaya dengan miskin
        2. Mendidik diri menjadi individu yang pemurah dan tidak kedekut

 

 

Free CSS Template

Iklan teks - 10 kekosongan - Iklan teks anda di sini. Hanya RM10 sebulan.

Sponsors




Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

Right - 7 kekosongan



 Work From No Home

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2013 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   

Valid CSS!HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy! Valid XHTML 1.0 Transitional