|
IBLIS MENGUJI KESABARAN NABI ZULKIFLI
BASYAR ialah nama sebenar Nabi Zulkifli dan
beliau adalah anak kepada Nabi Ayub as.
Pada suatu hari raja bagi kaum negeri yang diduduki
oleh Basyar itu telah bercadang supaya ia berundur dan menjadi raja disebabkan keadaan
dirinya yang telah tua, raja itu juga sudah tidak kuat lagi untuk meneruskan tugasnya
sebagai seorang raja.
Raja pun memerintahkan supaya kesemua rakyatnya itu
hadir diperhimpunan yang telah ditetapkan untuk memilih seorang raja baru.
Berkata raja itu: "Siapakah di antara kamu
semua yang sanggup berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya, serta tidak akan
marah-marah. Sekiranya ada di antara kamu yang sanggup berbuat seperti yang beta suruh
maka beta akan menyerahkan kerajaan beta ini kepada orang itu.
Setelah raja berkata demikian maka bangunlah seorang
pemuda yang bernama Basyar melambaikan tangan dengan berkata: "Saya sanggup untuk
melakukan seperti kehendak raja.
Kemudian raja berulang kali berkata demikian, tetapi
hanya pemuda itu juga yang menjawab kesanggupannya. Walau pun terlalu rarnai orang yang
berkumpul dalam perhimpunan itu tetapi kesemua mereka tidak mahu bersuara, ini adalah
kerana mereka yakin bahawa mereka tidak akan dapat menurut seperti yang dikehendaki oleh
raja tersebut.
Akhirnya pemuda yang bemama Basyar pun dipilih
menjadi raja mengantikan raja yang telah tua itu. Setelah Bahsyar menjadi raja beliau pun
mengubah namanya menjadi Zulkifli yang membawa maksud orang yang sanggup memegang janji.
Setelah Nabi Zulkifli menjadi raja beliau pun
mengatur jadual waktu untuk ia berpuasa dan berkhidmat pada rakyatnya, dan pada malam
harinya pula beliau benibadat kepada Allah SWT.
Setelah sekian lama Nabi Zulkifli menjadi raja maka
suatu han dalanglah iblis menyerupai manusia untuk menemui Nabi Zulkifli dan menggodanya,
ia berpura-pura hendak mengadu kononnya segala hartanya telah dirampas oleh orang lain.
Sewaku iblis hendak mengadu kebetulan Nabi Zulkifli
hendak ( masuk tidur dan segala urusan diserahkan kepada pembantunya. Oleh kerana beliau
hendak tidur maka Nabi Zulkifli telah memerintahkan kepada Iblis yang berwajah manusia itu
supaya membuat pengaduan kepada pembantunya. Tetapi iblis tidak mahu berbuat demikian
sebaliknya dia mahu Nabi Zulkifli sendini menyelesaikan masalahnya.
Oleh kerana Nabi Zulkiifli menguruskan masalah orang
itu maka masa untuk Nabi Zulkifli tidur sudah tidak ada lagi, namun begitu beliau tidak
marah sebaliknya beliau bersabar.
Pada suatu han terjadilah satu peperangan antara
rakyat negeri itu dengan orang yang derhaka kepada Allah SWT. Nabi Zulkifli pun
memerintahkan pada rakyatnya yang taat kepada Allah SWT supaya memerangi mereka yang
derhaka kepada Allah.
Malangnya rakyat beliau membantah dan mereka berkata
kepada Nabi Zulkiffli: "Wahai raja kami! Sebenarnya kami semua takut hendak berperang
kerana kami merasa lega dengan kehidupan dunia ini, kalau kamu dapat memberi jaminan dan
Allah SWT bahawa kami tidak akan mati dalam peperangan barulah kami akan berperang.
Walaupun rakyat beliau berkata demikian tetapi
beliau tidak marah sebaliknya beliau berdoa kepada Allah SWT dengan berkata: "Ya
Allah Ya Tuhanku! Aku telah menyampaikan perintahMu kepada mereka aku telah menyuruh
mereka berperang tetapi mereka mengadakan syarat dan Engkau Maha Mendengar dan Maha
Mengetahui.
Lalu Allah SWT berfirman kepada Nabi Zulkifli yang
bermaksud: "Wahai Zulkifli Aku mengetahui permintaan mereka dan Aku mendengar
doamu itu. Aku mengabulkan permintaan mereka itu.
Begitulah sifat Nabi Zulkifli, beliau tetap bersabar
dalam menghadapi berbagai macam masalah. Nama beliau tetap Zulkifli.
Tentang diri Nabi Zulkifli disebutkan oleh Allah
dalam surah Al-Anbiya ayat 85 & 86 yang bermaksud: "Ismail Idris dan
Zulkifli adalah mereka termasuk orang-orang yang sabar. Kini masukkan mereka itu ke dalam
rahmat Kami. Sesungguhnya mereka itu orang-orang yang soleh.
|