|
AQIQAH
Aqiqah ialah menyembelih
binatang ternakan (al-An’am) yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran
kepada Allah di atas bayi yang baru dilahirkan.
Aqiqah hukumnya sunat muakkad.
Sabda
Rasulullah SAW :
"Setiap
anak menjadi gadaian sehingga disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahiran,
dicukur rambut dan diberi nama"
Sebaik-baik
aqiqah ialah disembelih dua ekor kambing @ dua bahagian drp
lembu/kerbau/unta bagi bayi lelaki dan seekor kambing @ satu bahagian drp
lembu/kerbau/unta bagi bayi perempuan.
Waktu
yang paling afdhal bagi aqiqah ialah hari ketujuh kelahiran bayi. Namun, ia
boleh dilakukan sehingga bayi tersebut mencapai umur baligh.
Daging aqiqah
tidak wajib disedeqahkan kepada orang fakir miskin, memadai dengan
mengadakan
jamuan/kenduri dengan menjemput orang
ramai.
Syarat Sah Aqiqah
Syarat sah aqiqah ialah:
(a)
Berniat aqiqah ketika menyembelih.
(b)
Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu,
kerbau dan unta.
(c)
Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
(d) Tidak terdapat
kecacatan pada binatang tersebut
(e)
Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa
sebelum anak tersebut baligh
(f)
Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
|
Binatang
|
Umur
|
|
Biri-biri/
|
1 tahun atau lebih
|
|
Kambing
|
2 tahun atau lebih
|
|
Lembu/kenbau
|
2 tahun atau lebih
|
|
Unta
|
5 tahun atau lebih
|
Sunat-sunat Aqiqah ialah:
(a)
Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran.
(b)
Menyembelih ketika matahani sedang naik (pagi).
(c)
Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan.
(d)
Memberi nama yang baik kepada bayi
(e)
Berdoa ketika hendak menyembelih.
(f)
Daging dimasak manis.
(g)
Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
(h)
Daging aqiqah disunatkan buat
jamuan atau kenduri dengan menjemput
seluruh penduuduk kampung
Hikmah Aqiqah
1 Tanda kesyukuran kepada Allah di atas
kurniaan zuriat.
2 Menggalakkan
amalan sedekah.
3 Sebagai
mengikuti sunnah Rasulullah.
4 Mengukuhkan
semangat persaudaraan dalam masyarakat.
5 Membuang
sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
6 Memulakan
kehidupan seorang bayi dengan amalan kebaiakan.
|