|
LAPISAN ATMOSFERA
Satu kenyataan
telah disebut di dalam Al-Qur’an bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;
Dia-lah Allah yang
menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap
langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala
sesuatu.Surah al-Baqarah;29
Maka Dia
menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap
langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang
cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan
yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Surah Fusilat;12
Perkatan ‘langit-langit’, yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur’an
merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta.
Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri
daripada 7 lapisan.
Kajian
kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan
yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini
telah digambarkan di dalam Al-Qur’an secara tepat.
Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan
seperti berikut;
Para saintis telah
menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut
berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas.
Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil
troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera,
manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian
diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku,
kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri
dari sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling
luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.
2
Jika
kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera
sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan dalam Al-Qur’an.
1)Troposfera
2)Staratosfera
3)Ozonosfera
4)Mesosfera
5)Termosfera
6)Ionosfera
7)Eksosfera
Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini ‘Dia mewahyukan
pada tiap-tiap langit urusannya‘ di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam
perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap
tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran ini telah dilihat
di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk
kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan
mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga
kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan
gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.
Salah satu dari pelbagai
fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik
sebagai berikut;
Atmosfera bumi mempunyai 7
lapisan. Lapisan yang paling rendah dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin
hanya terjadi di troposfera. 3
Ini adalah satu
penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan
teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur’an 1400
tahun dahulu.
|