"Semoga selawat dan salam senantiasa dilimpahkan kepada junjungan
kita Nabi Muhammad, kepada keluarganya dan para sahabatnya"
Di bawah adalah petikan dari Direktorat Jendral Urusan Riset, Fatwa,
Da'wah dan Bimbingan Islam, RIYADH-SAUDI ARABIA (1404H~1984)
Oleh Abdul Aziez bin Abdullah bin Baz.
HAL-HAL YANG MEMBATALKAN KEISLAMAN
1.Mempersekutukan ALLAH (Syirik) dalam ibadah. ALLAH berfirman yang
bermaksud: "Sesungguhnya orang mempersekutukan ALLAH nescaya ALLAH akan mengharamkan
syurga baginya, dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka , dan tiada seorang penolong
pun bagi orang-orang zalim". Diantara perbuatan syirik tersebut ialah: meminta doa
dan pertolongan kepada orang-orang yang telah mati, begitu pula bernazar dan menyembelih
korban demi mereka.
2.Menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan ALLAH
dengan meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakal) kepada perantara itu. Yang
melakukan hal tersebut, menurut kesepakatan Ulama' (ijma'), adalah kafir.
3.Tidak mengkafirkan orang musyrik, atau ragu akan kekafiran mereka,
ataupun membenarkan faham(madzab) mereka, dengan demikian ia telah kafir.
4.Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad saw. Itu lebih
sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik,
sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi
menyimpan dari hukum ALLAH (aturan-aturan Taghut), dan mengenyampingkan hukum Rasulullah
saw. Maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. Sebagai contoh:
a.. Berkeyakinan bahawa aturan-aturan dan perundang-undangan yang
diciptakan manusia lebih utama daripada syaria't Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan
Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa
Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas
dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya saja, tidak mengatur urusan segi kehidupan
lain.
b. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum ALLAH dalam memotong tangan
pencuri, atau merejam pelaku zina yang telah kahwin (muhsan), tidak sesuai lagi di masa
kini.
c. Berkeyakinan dengan dibolehkannya menggunakan selain hukum ALLAH
dalam segi mu'amalat Syar'iah (seperti: perdagangan, sewa-menyewa, pinjam-meminjam dll.),
atau dalam menentukan Hukum Pidana,atau lainnya, sekalipun tidak disertai dengan keyakinan
bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada syari'at Islam. Kerana dengan demikian ia
telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Ulama'(Ijma'). Sedangkan setiap orang yang
menghalalkan apa yang jelas dan tegas diharamkan oleh ALLAH dalam agama, seperti: zina,
arak, riba dan penggunaan perundangan selain Syari'at ALLAH, maka ia adalah kafir menurut
kesepakatan umat Islam (Ijma').
5.Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasullah SAW sebagai
Syari'at beliau, walaupun ia mengamalkannya, maka ia menjadi kafir, kerana ALLAH berfirman
yang bermaksud "Demikian itu adalah dikeranakan mereka oleh ALLAH menghapuskan
(pahala) segala amal perbuatan mereka".
6.Memperolok-olok terhadap sesuatu dari ajaran Rasullah SAW., ataupun
terhadap pahala maupun siksaan yang telah menjadi ketetapan Agama, maka ia menjadi kafir,
kerana ALLAH telah berfirman yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad), terhadap,
ALLAH-kah dan ayat-ayat Nya serta RasulNya kau sekelian memperolok-olok? Tiada erti kau
meminta maaf, kerana kau kafir setelah beriman."
7.Sihir, diantaranya ialah ilmu guna-guna (sarf) iaitu merubah
kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi suatu kebencian; begitu juga ilmu
pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan
cara-cara syaitan. Maka barang siapa yang mengerjakan sihir atau senang dan rela dengannya
maka ia adalah kafir, kerana ALLAH berfirman yang bermaksud "Sedang kedua malaikat
itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada seseorang pun sebelum mengatakan, sesungguhnya
kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir".
8.Membantu dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi kaum
Muslimin, kerana ALLAH berfirman yang bermaksud "Dan barang siapa diantara kamu
mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin maka sesunguhnya orang itu termasuk
golongan mereka. Sesungguhnya ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim"
9.Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak mengikuti
Syaria't Muhammad SAW., maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. ALLAH berfirman
yang bermaksud "Barang siapa menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan
diterima agama itu daripadanya, dan di Akhirat tergolong orang-orang yang rugi".
10.Berpaling secara keseluruhan dari agama ALLAH, atau dari hal-hal
yang menjadi syarat mutlak sebagai muslim, tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan
ajarannya. ALLAH berfirman yang bermaksud "Tiada yang lebih zalim daripada orang yang
telah mendapatkan peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling
daripadanya, Sesungguhnya Kami akan menimpakan pembalasan kepada orang-orang yang
berdosa" Dan ALLAH berfirman yang bermaksud "Dan orang-orang yang kafir
berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka".
Dalam hal-hal yang membatalkan keislaman ini, tiadak ada bezanya dalam
hukum, antara yang main-main dan yang sungguh-sungguh bersengaja melanggar ataupun yang
kerana takut terkecuali yang dipaksa. Semuga ALLAH melindungi kita dari hal-hal yang
mendatangkan kemurkaan Nya dan kepedihan siksa Nya.
Sekian.