|
Penentuan Jantina Bayi
Sebelum ini,
manusia memikirkan bahawa jantina bayi ditentukan oleh sel ibu, ataupun
sekurang-kurangnya, jantina ini dipercayai ditentukan oleh sel ayah dan ibu
bersama-sama. Tetapi dalam Al-Qur’an, kita diberikan satu maklumat, di mana
dinyatakan bahawa ciri-ciri seks keperempuanan atau kejantanan telah diciptakan
dari ‘setitis air mani yang dipancutkan’.
Dan sesungguhnya Dialah yang
menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan, dari air mani yang
dipancutkan. Surah an-Najm:45-46.
Kemajuan dalam bidang genetik dan biologi molekul secara saintifik telah
mengesahkan ketepatan maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur’an. ianya difahami
kini bahawa jantina bayi adalah ditentukan oleh sel sperma dari lelaki, dan
bahawa perempuan tidak mempunyai peranan dalam menentukan jantina ini.
Kromosom adalah unsur utama dalam menentukan jantina. Dua dari 46 kromosom yang
menentukan struktur manusia dikenali sebagai Kromosom Seks. sepasang kromosom
ini dipanggil ‘XY’ dalam lelaki dan “XX’ dalam perempuan, berdasarkan kepada
bentuk kromosom ini. Kromosom Y membawa gen-gen yang mengkod kejantanan, dan
kromosom X membawa gen-gen yang mengkod ciri-ciri keperempuanan.
Pembentukan manusia bermula dengan kombinasi adalah satu dari kromosom ini, yang
wujud dalam lelaki dan perempuan secara berpasangan. Dalam perempuan, kedua
komponen sel seks yang membahagi kepada dua sewaktu proses pengovulan , adalah
kromosom X. Sel seks dalam lelaki pula, menghasilkan dua jenis sperma, satu yang
mengandungi kromosom X dan satu lagi kromosom Y. Sekiranya satu kromosom X dari
perempuan disenyawakan oleh satu sperma yang mengandungi kromosom X dari lelaki,
maka bayi yang akan lahir ialah perempuan. Sekiranya disenyawakan oleh sperma
yang mengandungi kromosom Y, maka jantina bayi adalah lelaki.
Dalam
perkataan lain, jantina seorang bayi adalah ditentukan oleh kromosom dari lelaki
yang mensenyawakan ovum perempuan.
Pengetahuan tentang fakta ini baru diketahui dalam bidang genetik di abad ke 20.
sebenarnya. Dalam banyak kebudayaan manusia, adalah menjadi satu kepercayaan
bahawa jantina seks bayi ditentukan oleh si perempuan. Ini adalah sebab mengapa
perempuan akan dicerca apabila melahirkan anak perempuan.
13 kurun sebelum
gen manusia ditemui, Al-Qur’an telah mendedahkan maklumat yang menafikan tahayul
ini, dan menunjukkan bahawa penentuan jantina tidak berkaitan dengan fungsi sel
ovum, tetapi adalah oleh sperma yang dihasilkan oleh lelaki.
|