|
MATAHARI
BERPUTAR DAN BEREDAR
Para saintis (ahli astronomi) berpendapat bahawa matahari berputar
dan beredar mengikut orbitnya sendiri pada kelajuan 768,000 kmj @ 17,280,000 km
sehari. Ia mengambil masa selama 225 juta tahun untuk satu edaran.
Firman Allah SWT ;
Dia yang menjadikan malam dan
siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya).
Surah al-Anbiaya' : 33
Dan matahari beredar di
tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui.
Surah Yaasin;38,
Ketika ayat al-Quran di atas diturunkan, manusia belum mempunyai
teleskop atau alat saintifik untuk membuktikan matahari itu berputar dan beredar
dalam orbitnya. Ini membuktikan bahawa Al-Quran itu adalah perkataan (kalam)
Tuhan (Allah SWT).
|