Tekanan Darah Tinggi
(Hipertensi)
DEFINISI
Tekanan Darah Tinggi (hipertensi) adalah suatu peningkatan
tekanan darah di dalam arteri.
Secara umum, hipertensi merupakan suatu keadaan tanpa gejala, di mana
tekanan yang tinggi di dalam arteri menyebabkan meningkatnya rasiko
terhadap stroke, aneurisma, gagal jantung, serangan
jantung dan kerosakan ginjal.
Ukuran
Tekanan Darah
Tekanan darah
ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:-
120 / 80 mmHg
Nombor atas
(120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan
jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan
tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil
tekanan diastolik.
Masa yang
paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan
dalam keadaan duduk atau baring.
Dikatakan tekanan darah tinggi jika tekanan sistolik mencapai 140
mmHg atau lebih, atau tekanan diastolik mencapai 90 mmHg atau lebih,
atau keduanya. Pada tekanan darah tinggi, biasanya terjadi kenaikan
tekanan sistolik dan diastolik.
Pada hipertensi sistolik terisolasi, tekanan sistolik mencapai
140 mmHg atau lebih, tetapi tekanan diastolik kurang dari 90 mmHg dan
tekanan diastolik masih dalam normal. Hipertensi ini sering
terjadi pada usia lanjut.
Apabila usia semakin lanjut, hampir setiap orang mengalami kenaikan
tekanan darah; tekanan sistolik terus meningkat sehingga usia 80 tahun
sementara
tekanan diastolik terus meningkat sehingga usia 55-60 tahun, kemudian
berkurang secara perlahan atau menurun secara drastik.
Klasifikasi Tekanan Darah bagi orang dewasa
| Kategori |
Tekanan Darah Sistolik |
Tekanan Darah Diastolik |
| Normal |
Dibawah 130 mmHg |
Dibawah 85 mmHg |
| Normal tinggi |
130-139 mmHg |
85-89 mmHg |
Stadium 1
(Hipertensi ringan) |
140-159 mmHg |
90-99 mmHg |
Stadium 2
(Hipertensi sedang) |
160-179 mmHg |
100-109 mmHg |
Stadium 3
(Hipertensi berat) |
180-209 mmHg |
110-119 mmHg |
Stadium 4
(Hipertensi maligna) |
210 mmHg atau lebih |
120 mmHg atau lebih |
PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI
Hampir 90% pengidap hipertensi, penyebabnya tidak diketahui dan keadaan
ini dikenal sebagai hipertensi esensial atau hipertensi primer.
Hipertensi esensial kemungkinan memiliki banyak penyebab; beberapa
perubahan pada jantung dan pembuluh darah kemungkinan bersama-sama
menyebabkan meningkatnya tekanan darah.
Penyebab hipertensi lainnya yang jarang berlaku adalah feokromositoma,
iaitu tumor pada kelenjar adrenal yang menghasilkan hormon epinefrin
(adrenalin) atau norepinefrin (noradrenalin).
Kegemukan (Obesiti), gaya hidup yang tidak aktif (kurang senaman), stres,
ketagihan alkohol atau terlebih garam dalam makanan adalah antara
penyumbang terjadinya
hipertensi.
Stres juga cenderung menyebabkan kenaikan tekanan darah untuk sementara
waktu, jika stres telah berlalu, maka tekanan darah biasanya akan
kembali normal.
AKIBAT TEKANAN DARAH TINGGI
Jika tekanan
darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:
-
Serangan
jantung
-
Angin ahmar
-
Kegagalan
jantung
-
Kerosakan
buah pinggang
# Artikel ini sekadar pendedahan ringkas sahaja,
jika ada sebarang kemusykilan, sila rujuk doktor @ jabatan kesihatan
yang berdekatan.