FASAKH
Pengertian Fasakh
Fasakh ialah membatalkan pernikahan dengan kuasa
kadi kerana tidak memenuhi syarat-syarat ketika
akad @ terdapatnya kecacatan
pada isteri @ suami.
Penceraian melalui fasakh tidak boleh dirujuk semula. Jika ingin bersatu semula
hendaklah dengan akad
yang baru.
Fasakh boleh berlaku kerana :
(a) terdapatnya kecacatan ketika aqad spt tidak menepati syarat-syarat pada
Rukun Nikah.
(b) terdapatnya kecacatan pada rumahtangga yang disebabkan oleh
suami/isteri
Sebab-sebab
yang mengharuskan fasakh (disebabkan oleh suami/isteri)
(a) suami
tidak memberi nafkah, menyediakan tempat tinggal, atau tidak membayar mas kahwin
isterinya.
(b) tidak
diketahui kedudukan suami, sama ada masih hidup atau mati selama bertahun-tahun
lamanya.
(c) salah
seorang daripada suami atau isteri menjadi cacat sebagaimana yang dibenarkan
oleh hukum syarak.
(d) murtad
salah seorang daripada suami atau isteri atau kedua-duanya.
(e) masuk
Islam salah seorang daripada suami atau isteri dan tidak diikuti oleb seorang
lagi
dalam masa idah.
(f)
berlakunya persetubuhan syubhat disebabkan salah sangka.
(g)
suami zalim, iaitu selalu menganiaya isteri seperti memukul, mengugut, atau
tidak
melayan
isteri
dengan baik dan adil.
(h)
tidak bernafsu sebagai seorang lelaki
(i)
kecacatan syarie pada suami dan isteri
(j) Suami mempunyai penyakit yg merbahaya spt AIDS, SARS, JE, Siplis dsb.
Hikmah Fasakh
1. Mengelakkan isteri dianiayai dan disiksa oleh suami.
2. Menunjukkan keadilan
Allah kepada hambanya. Jika suami diberikan talak, isteri diberikan fasakh.
3. Memberi peluang isteri
berpisah drp suaminya dan memulakan hidup baru.