Iddah bercerai masa hidup
1) Perempuan yang masih ada haid, eddahnya 3 kali suci haid
2) Perempuan yang belum datang haid @ belum cukup umur @ telah putus haid, iddahnya 3
bulan
3) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga melahirkan anak
Iddah bagi perempuan kematian suami
1) Perempuan yang tidak mengandung, iddahnya 4 bulan 10 hari
2) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga melahirkan anak
# Sekiranya perempuan tersebut diceraikan dengan iddah rajie, kemudian bekas
suaminya meninggal dalam tempoh eddah tersebut, maka eddahnya bertukar
kepada iddah kematian suami.
# Perempuan yang diceraikan sebelum disetubuhi tiada iddah. Sementara wanita yang
kematian suami wajib iddah walaupun belum disetubuhi.
# Bagi persetubuhan syubhah (tersilap menyangka isterinya tetapi orang lain) iddahnya
adalah sama seperti perempuan yang diceraikan sama ada ditalak @ kematian suami.
# Orang yang berzina, tiada iddah kerana iddah bertujuan untuk memelihara nasab
sementara zina tidak sah taraf nasabnya berdasarkan pendapat Abu Bakar, Umar dan pengikut
Mazhab Syafie dan Hanafi.