New Page 1

 

Home
Menu Utama

Premium - 2 kekosongan


 

   IDDAH

 

Iddah ialah tempoh menunggu yang wajib bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami.

Dalam tempoh iddah ini, bekas isteri diharamkan berkahwin dengan orang lain. Tujuan dikenakan iddah ialah bagi memastikan rahim wanita tersebut suci daripada sebarang janin bagi mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak jika perkahwinan baru dengan lelaki lain berlaku.

Dalam tempoh iddah, suami boleh rujuk kembali dengan syarat isteri adalah dalam iddah Raj’ie.

 
Jenis-Jenis Iddah

Ia terbahagi kepada 2 iaitu :

a) Iddah Raj’ie iaitu iddah yang membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya. Ia hanya untuk talak satu dan talak dua sahaja.

b) Iddah Bain iaitu iddah yang tidak membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya melainkan dengan akaq nikah yang baru. Ia merangkumi :

1) Talak Tiga

2) Lian

3) Fasakh

4) Khuluk (Tebus Talak)

5) Ila’

6) Isteri yang belum disetubuhi

 

Iddah Perempuan Yang Diceraikan

 

Iddah bercerai masa hidup

1) Perempuan yang masih ada haid, eddahnya 3 kali suci
    haid

2) Perempuan yang belum datang haid @ belum cukup
    umur @ telah putus haid, iddahnya 3 bulan

3) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga
    melahirkan anak

Iddah bagi perempuan kematian suami

1) Perempuan yang tidak mengandung, iddahnya 4 bulan
    10 hari

2) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga
     melahirkan anak

 

TIPS TAMBAHAN

 

# Sekiranya perempuan tersebut diceraikan dengan iddah raj’ie, kemudian bekas suaminya meninggal dalam    tempoh eddah tersebut, maka eddahnya bertukar kepada iddah kematian suami.

# Perempuan yang diceraikan sebelum disetubuhi tiada iddah. Sementara wanita yang kematian suami wajib iddah walaupun belum disetubuhi.

# Bagi persetubuhan syubhah (tersilap menyangka isterinya tetapi orang lain) iddahnya adalah sama seperti perempuan yang diceraikan sama ada ditalak @ kematian suami.

# Orang yang berzina, tiada iddah kerana iddah bertujuan untuk memelihara nasab sementara zina tidak sah taraf nasabnya berdasarkan pendapat Abu Bakar, Umar dan pengikut Mazhab Syafie dan Hanafi.

 

Hak-Hak Isteri Yang Diceraikan

 

a) Isteri yang berada dalam iddah Raj’ie berhak mendapat nafkah dan
    tempat tinggal selama tempoh iddah

 

b) Isteri yang berada dalam iddah Bain adalah seperti berikut :

 1) Isteri yang tidak hamil hanya berhak mendapat tempat
     tinggal

2) Isteri yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan
    nafkah

3) Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat
    tinggal sebagaimana semasa kematian suaminya

 

TIPS TAMBAHAN

* Perempuan yang nusyuz (derhaka) tidak layak mendapat nafkah dan tempat
   tinggal.

 

 

Free CSS Template

Iklan teks - 10 kekosongan - Iklan teks anda di sini. Hanya RM10 sebulan.

Sponsors




Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

Right - 7 kekosongan



 Work From No Home

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2013 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   

Valid CSS!HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy! Valid XHTML 1.0 Transitional