SIAPA IMAM AL-MAHDI ???
SEJAK dahulu hinggalah ke hari
ini masalah siapakah sebenarnya AI-Mahdi tidak henti-henti menjadi perkara yang
diperbahaskan. Akibat daripada itu, terdapat setengah golongan umat Islam yang cuba
mengandaikan seseorang sebagai Al-Mahdi. Sementara setengah pihak pula (Ahlu Sunnah WaI
Jamaah) tidak menetapkan seseorang sebagai Al-Mahdi, sebaliknya menyerahkan perkara
tersebut kepada urusan Allah SWT. Apa yang penting bagi kita ialah yakin akan
kemunculannya sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.
Bagi menjelaskan siapakah sebenarnya Ai-Mahdi, marilah kita merujuk kepada
kitab-kitab para ulama Islam yang mutabar dan diakui kesahihannya. Di antara
kitab-kitab tersebut ialah Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil
Mahdi Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami, At-Tawadhihu
Fl Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan Al-Allamah AsSyaukani,
Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq
Al-Ghumari dan banyak lagi kitab-kitab lainnya yang menerangkan secara jelas
tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana yang disebutkan oleh hadits-hadits
Rasulullah SAW.
Kitab-kitab
tersebut menerangkan bahawa nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah sementara gelarannya
pula ialah Abu Abdullah. Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina
Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali
sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud
dalam Sunannya,
Telah berkata Ali sambil memandang puteranya
Hassan, Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan
oleh Nabi SA W. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi
kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan
bentuk.
Hadits ini telah
disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu
Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul
Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dhaif, Al-Muhaddits Sayid Ahmad
Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan
lain-lain lagi.
Di dalam
kitab Naqdul Manqul m.s 8O pengarang kitab tersebut memetik kenyataan lbnu
Qayyim Al-Jauziyah, kebanyakan hadits-hadits menunjukkan bahawa Al-Mahdi adalah
anak dari Sayidina Hassan bin Ali.
Abu Thahir
Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya Aunal Mabud (syarah Sunan Abu Daud),
memetik kenyataan Al-Hafiz Imanuddin yang menyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi
menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin
Ali. (sila rujuk kitab Aunal Mabud juzu II m.s 374 dan 382)
Tersebut di
dalam kitab Hasyiah As-Sabban ms 137, bahawa riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari
keturunan Al-Hussin adalah terlalu lemah. Sementara di dalam kitab Al-Izaah
m.s 147 riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan AI-Hussin bin Ali adalah dhaif.
Terdapat juga hadits-hadits
yang menyatakan bahawa Al-Mahdi dari keturunan Al-Abbas bin Abdul Muttalib. Maka para
ulama hadits menghimpunkan hadits yang berlawanan. Iaitu hadits-hadits yang mengatakan
Al-Mahdi dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali adalah sah dan hadits yang mengatakan
AI-Mahdi dari keturunan Al-Abbas dan Al.Hussin adalah dhaif. Ini adalah sebagaimana
kenyataan yang dibuat oleh Al-Hafiz Abut Hassan Ad-Darqatni.
Hadith Tentang Al-Mahdi
1. Dari Jabir bin Abdullah ra katanya ;
"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : "Sentiasa ada di kalangan umatku
golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat.
Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isya bin Maryam AS dari langit, dan berkata pemimpin
mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isya menjawab, tidak, bahawa
sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT ke atas umat ini (umat Islam) . Hadtih riwayat Muslim.
2. Dari Ali bin Abu Talib bahawa
Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari ahlul bait, Allah membawa kebaikan
dengannya dalam satu malam. Hadith riwayat Imam Ahmad.
3. Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW
yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya
Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau
dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan
memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan
kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.
4. Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata
: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang
lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi
mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah
umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith
riwayat At-Tabarani.
5. Dari Aishah ra katanya, Rasulullah SAW
telah bersabda : "Al-Mahdi itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas
Sunnahku spt aku berperang atas wahyu". Hadith riwayat Na'im
bin Hammad
6. Dari Said bin Al-Musaiyab dari Ummu
Salmah yang berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi
itu dari keturunanku dari anak cucu Fatimah". Hadith riwayat
Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani dan Al-Hakim
Namun, tidak terdapat hadits yang menyebut mengapa AI-Mahdi dinamakan
Al-Mahdi, tetapi terdapat dua atsar sahabat dalam hal ini. Abdullah bin Syuzab berkata,
Sebab ia dinamakan Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan satu gunung di
gunung negeri Syam. Ia mengeluarkan dari gua gunung tersebut lembaran-lembaran kitab
Taurat. Al-Mahdi berhujah melawan orang-orang Yahudi menggunakan kitab tersebut dan mereka
akhirnya kalah. Maka salah satu kumpulan orang-orang Yahudi memeluk Islam. Atsar ini
diriwayatkan oleh Al-Hafiz Ad-Dani dalam Sunannya.
Daripada Kaab bin
Alaqamah berkata,
Sebab dinamakannya Al-Mahdi
ialah kerana ia menunjukkan pada suatu
perkara yang telah hilang, dia mengeluarkan peti
dari negeri Antakiah (peti berisi lembaran kitab Taurat dan lain-lain). Diriwayatkan oleh
Naim bin Hammad dalam kitabnya Al-Fitan.
Al-Muhaddits
Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerangkan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi
Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di
sana. Sebelum umat Islam berbaiat dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar
di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut,
penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di
Makkah datanglah orang dari berbagai-bagal negeri kerana berbaiat dengannya di suatu
tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.
Tanda-tanda keluarnya
Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah
bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.
Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:
1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut
Parsi.
2. Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana
matahari dari awal bulan Ramadhan.
3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan
4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.
5. Naik bintang yang berekor yang
cerah di sebelah timur
6. Zahir api yang besar dari timur
selama tiga malam atau tujuh malam
7. Zahir kelam pada langit.
8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi
langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.
9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan
loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.
10. Tenggelam kampung Khrastan di
dalam negeri Syam (Syria).
11. Diserukan daripada Iangit akan
nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh alhi bumi danipada
Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan
orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.
12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka
kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta
ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).
13. Zahir banyak gempa bumi.
14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan
daripada langit dengan katanya, Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar
pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad. (Dan seruan kedua)
iaitulah seruan syaitan dengan katanya, Ketahuilah olehmu bahawa seorang yang
keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa. (Lihat
AdDuratun Nafiah Fi Isyratis Saah)
Setengah-tengah ulama telah menamakan tokoh-tokoh tertentu
sebagai Al-Mahdi. Al-Mahdi yang mereka maksudkan ialah pemimpin-peminipin Islam yang
adil selepas Rasulullah SAW. berpandukan hadits Rasulullah SAW,
Tetaplah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa
Ar-Rasydin Al-Mahdi (yang mendapat petunjuk). Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi
Berpandukan hadits ini maka para ulama Ahli Sunnah Wal Jammah ada yang
menentukan seseorang sebagai Al-Mahdi, tetapi bukanlah sebagai Al-Mahdi Muntadzar
sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW yang muncul di akhir zaman.
Hassan
Ibrahini Hassan dalam kitabnya, Tarikhul Islam jüzu I m.s 407 menyebut
dengan panjang lebar akan masalah ini dan menjelaskan, Bahawa Al-Mahdi yang
dikatakan oleh beberapa ulama di dalam kitab-kitab mereka ada beberapa orang itu
bukanlah Al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman.
Al-Imam Ahmad Hanbal sendiri pernah menyebut, Bahawasanya
Umar bin Abdul Aziz tidak syak lagi adalah ia Al-Mahdi, tetapi bukanlah
Al-Mahdi yang akan keluar di akhir zaman. Tetapi adalah Al-Mahdi yang mendirikan kebenaran dan kebajikan (sila
lihat kitab Naqdul Manqul ms 78-79)
Golongan Syiah yang berpendapat bahawa Muhammad
bin Al-Hassan Al-Askari sebagai Al-Mahdi juga tidak menyebutnya sebagai
Al-Mahdi Muntadzar yang muncul di akhir zaman. Sebaliknya mereka menyebutnya sebagai
Al-Mahdi yang akan memimpin mereka atas kebenaran dan kebajikan. (sila lihat kitab Aunal
Mabud juzu II ms 382)