|
PENDAPAT ULAMA TENTANG
IMAM AL-MAHDI
Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia
hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga
bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya
spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan
saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith
riwayat Abu Daud dan Turmizi.
Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW
bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah
menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi
dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada
di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.
Di antara tanda-tanda besar Qiamat ialah munculnya Imam Mahdi yang akan memerintah
dunia ini dengan keadilan ketika dunia dicengkam oleh kejahatan kerana turunnya Dajjal.
Walau bagaimanapun terdapat setengah-tengah pihak yang mempertikaikan kemunculan Imam
Mahdi. Mereka berpendapat ia adalah perkara dongeng yang sengaja dicipta oleh orang-orang
Yahudi dan Syiah.
Sesungguhnya kemunculan Imam Mahdi di akhir zaman telah diyakini dan diimani oleh
golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan ramai tokoh-tokoh utamanya meriwayatkan hadith
tentang Al-Mahdi. Di antara mereka ialah Abu Daud, At-Turmizi, Ibnu Majah, Imam
Ahmad, At-Tabarani, An-Nasaie, Ibnu Hibban, Muslim dan Al-Bukhari (rujuk hadith
di atas).
Di samping itu, hadith-hadith mengenai kemunculan Al-Mahdi turut diriwayatkan oleh
para sahabat utama Rasulullah SAW spt Ibnu Masud, Ummu Salamah, Saidina Ali
krw, Tsuban, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Saidina Uthman Affan, Qurah bin Qias, Huzaifah
Al-Yaman, Ammar bin Yassir, Anas bin Malik, Abdul Rahman bin Auf dsb.
Berikut adalah beberapa pendapat ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah mengenai persoalan mengenai
kemunculan Imam Al-Mahdi di akhir zaman secara ringkas.
1. AI-Imam Abu Hanifah menjelaskan di dalam kitabnya Feqhul
Akbar bahawa segala tanda-tanda hari qiamat adalah semuanya benar menurut
hadits-hadits Rasulullah SAW dan salah satu di antara tanda-tandanya ialah kemunculan Imam
Mahdi.
2. Al-Hafiz Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir
menjelaskan, Menurut pendapat yang jelas bahawa di antara Imam yang memimpin manusia
itu ialah Al-Mahdi yang telah diberitahu oleh hadits-hadits yang diriwayatkan dan
Rasulullah SAW yang menyebut perkara itu. Bukannya yang ditunggu-tunggu oleh golongan
Rafidhah, di mana menurut dakwaan mereka Mahdi itu telah dilahirkan kemudian akan muncul
pula dan satu gua di Samira di dalam negeri Iraq. Pendapat ini tidak ada
kebenarannya.
3. Ibnu Hajar AI-Asqalani menyebut di dalam Fathul
Bari (syarah sahih Al-Bukhari), Telah berkata Abul Hussein Al-Aburie di
dalam kitabnya Manaqib As-Syafie, Telah menjadi khabar mutawatir bahawa Al-Mahdi itu
lahir dari kalangan umat ini.
4. Tersebut di dalam Sahih
Muslim Masykul juzu kelapan
m.s 185 hadits Rasulullah SAW,
Di akhir umatku kelak ada
seorang khalifah yang membahagi-bahagikan harta tanpa mengira-ngira.
Imam At-Tunmizi dan Abu Daud
menyebut yang dimaksudkan seorang khalifah itu ialah Al-Mahdi. Dan mereka telah sepakat
berkata bahawa hadits-hadits ini adalah hassan dan sahih.
5. Dalam kitab Tuhfah
AI-Alaie Fi UImu Tauhid m.s 42,
Dan bahawasanya turun Nabi Isa ketika Dajal mengepung Mahdi serta
pengikut-pengikutnya dalam kota Baitul Maqdis. Maka turun Nabi Isa AS daripada langit atas
menara sebelah timur masjid Syam dan pergi ke Baitul Maqdis maka ia membunuh Dajal dengan
lembing dan Dajal hancur dengan semata-mata melihat Nabi Isa seperti hancur garam di
dalarn air.
6. Ibnu
Hajjar Al-Haitami menyebut di dalam kitabnya Fathul Mubin Li
Syarah Al-Arbaiin : Bahawa Nabi Isa AS tuurn diakhir zaman
memusnahkan salib dan membunuh babi sebgaimana tersebut dalam hadith sahih dan ia membunuh
Dajjal, ia turun ketika solat Subuh dan berjemaah di belakang Al-Mahdi.
7. Tersebut di dalam kitab Mastika Hadits Rasulullah SAW yang
diterbitkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam bab Beriman Kepada Hari Akhirat,
Sayugia diingat, bahawa hadits-hadits berkenaan dengan
zahinnya Mahdi, keluar Dajal, dan turunnya Nabi Isa AS adalah hadits-hadits yang sampai
kepada martabat hadits mutawatir, demikianlah ditegaskan oleh ulama hadits.
8. Syeikh
Daud bin Syeikh Abdullah Al-Pattani
menyebut di dalam kitabnya Darus Tsamin m.s 69.
(Dan ketiganya) daripada tanda qiamat yang akan datang daripada
beberapa tanda yang besar seperti keluar Mahdi...
9. Ibnu Taimiyah di
dalam kitabnya Al-Minhajul Sunnah An-Nabawiyah juzu 4 m.s
211 menyebut,
Sesungguhnya hadits-hadits yang menyebut zahirnya Imam Mahdi adalah
terdiri drp hadits-hadits sahih yang telah diriwayatkan oleh A1-Imam Abu Daud, Turmizi,
Imam Ahmad dan lain-lain.
Kemudian Ibni Taimiyah menyebut pula bahawa Al-Mahdi itu daripada
keturunan Sayidina Hassan bin Ali dan bukannya daripada Sayidina Hussin bin Ali
sebagairnana yang disebutkan oleh Sayidina Ali r.a (riwayat Abu Daud).
10. Dalam kitab Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dhaif
karangan Ibni Qaiyim Al-Jauziyah,
Orang-orang Islam telah bersalah faham pada perkara Al-Mahdi
di atas 4 qaul, dan kebanyakan hadits-hadits itu menunjukkan bahawa Al-Mahdi itu seorang
lelaki dari ahli bait Rasulullah SAW dan keturunan Sayidina Hassan bin Ali yang keluar
pada akhir zaman kelak. Bahawa dunia ini sedang penuh dengan kezaliman dan kejahatan, maka
Al-Mahdi itu memenuhkan bumi dengan keadilan dan kebajikan.
|