ISTINJAK, SAMAK DAN SERTU
1.
Istinjak ialah menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas
membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan
alat-alat instinjak.
2. Hukum istinjak adalah wajib apabila
seseorang itu membuang air besar atau kecil. Istinjak boleh dilakukan dengan
air, atau batu atau benda-benda kesat. Menggunakan kedua-duanya (air dan batu
atau benda-benda kesat) dalam satu masa sebagai alat istinjak adalah lebih afdal
(baik).
Sabda
Rasulullah S.A.W.:
Bila salah seorang antara kamu pergi buang air hendaklah beristinjak dengan tiga biji batu, kerana
demikian itu cukuplah untuknya
(Riwayat An-Nasai dan Abu Daud)
3. Alat-alat yang boleh digunakan
untuk beristinjak termasuklah:
(a) air mutlak;
(b) benda-benda yang kesat, keras dan kering seperti batu,
kayu, daun kering, kertas, dan sebagainya.
4. Alat-alat yang diharamkan
untuk beristinjak termasuklah:
(a) bahan-bahan makanan seperti roti;
(b) tulang-tulang binatang;
(c) kertas yang tertulis nama Allah S.W.T., ayat-ayat
Al-Quran dan Al-Hadis.
CARA
BERISTINJAK
1.
Istinjak boleh dilakukan dengan tiga
cara iaitu :
(a) menggunakan air mutlak;
i.
bersihkan tempat keluar najis hingga suci dan dan bersih
ii.
pastikan hilang bau, rasa, rupa, dan warna najis tersebut.
(b) menggunakan benda
kesat atau batu
i.
hendaklah dicalitkan tempat keluar najis sebanyak tiga kali,
ii.
jika menggunakan satu batu, hendak disapukan pada tiga penjuru batu
tersebut,
iii.
sekiranya masih belum bersih, wajib diulang sehingga benar-benar suci.
(c) menggunakan air dan batu;
i.
menyapu tempat keluar najis dengan batu sehingga hilang najis tersebut,
ii.
kemudian, dibersihkan dengan air untuk menghilangkan rasa, bau, dan
warnanya
Cara ini adalah yang paling afdal jika
dibandingkan dengan cara (a) dan (b).
2.
Selepas selesai beristinjak, kita disunatkan
membaca doa memohon kepada Allah S.W.T. supaya kita tergolong dalam golongan
yang bersih dan beramal soleh.
3. Beristinjak dengan benda-benda
kesat mempunyai beberapa syarat, iaitu:
(a)
alat tersebut kering dan bersih;
(b) alat tersebut bukan daripada benda yang
(c) diharamkan seperti makanan atau yang
seumpama dengannya;
(d) najis tersebut masih belum kering;
(e) najis tersebut tidak beralih daripada
tempat asalnya;
(f) disapu sebanyak tiga kali, tetapi sekiranya
belum bersih hendaklah diulang lagi sehingga bersih;
(g) tidak ada benda-benda lain yang melekat di
tempat keluar najis.
Hikmat-hikmat beristinjak
termasuklah:
(a) menjauhkan diri daripada kuman yang membawa penyakit;
(b) supaya badan dalam keadaan sihat dan
bersih;
(c) dapat mengerjakan ibadat kepada Allah
S.W.T., dengan khusyuk;
(d) mengelakkan daripada dipandang jijik oleh
orang lain;
(e) supaya anggota badan tidak dijangkiti oleh
pelbagai penyakit.
SAMAK
1.
Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang
dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas,
bahan kimia dan sebagainya.
2.
Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua
kekotoran dan lendir yang mengandungi kumankuman penyakit yang melekat
pada kulit binatang tersebut.
Sabda
Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya:
Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)
SERTU
1. Sertu
ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan
keturunannya.
2.
Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak
sebanyak enam kali
dan satu kali dengan air tanah.
3. Menyucikan najis mughalazah dengan menggunakan tanah
bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan
binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang
terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan
menggunakan tanah.
HIKMAT SERTU DAN SAMAK
1. Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada
kulit-kulit binatang.
2. Supaya manusia dapat menggunakan kulit-kulit binatang dengan
selesa dan bersih.
3. Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan
dalam penggunaan
semua peralatan harian.
4. Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan
bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.
5. Menunjukkan bahawa Islam memberikan kemudahan menggunakan
bahan-bahan yang ada di sekeliling mereka asalkan dengan cara yang halal.
6. Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit.