|
CAP
JARI
Ketika Allah SWT menyatakan dalam Al-Qur’an
bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari
manusia secara khusus ditekankan;
Apakah
manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?.
Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan
sempurna.Surah al-Qiyamah;3-4
Cap Jari mempunyai keunikannya yang tersendiri. Betapa hebatnya
ciptaan Allah SWT ini, walaupun jumlah manusia di muka bumi ini berbilion
ramainya sejak dari kelahiran Nabi Adam AS sehinggalah terjadinya hari Kiamat,
namun cap jari manusia tidak sama.
Cap Jari adalah tanda identiti seseorang yang sangat penting bagi
pengesahan identiti khususnya melibatkan aspek keselamatan, pencegahan jenayah
dan sebagainya. Ini kerana cap jari merupakan tanda 'eksklusif' seseorang dan
diterima pakai di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, kehebatan cap jari ini hanya diketahui oleh
manusia sekitar abad yang ke 19, sedangkan Allah SWT telah menjelaskan tentang
kepentingan dan keajaiban cap jari ini lebih seribu tahun yang lalu di mana
ketika itu manusia tidak mengambil perhatian dan menganggapnya sebagai organ
biasa tanpa sebarang keajaiban dan kepentingan.
|