AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN 1984)

(Akta 303)

 

SUSUNAN SEKSYEN-SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas, pemakaian, dan mula berkuatkuasa.

2. Tafsiran.

3. Kecualian prerogatif.

4. Pemakaian.

5. Kriterium bagi memutuskan sama ada seseorang itu orang Islam.

Perkahwinan yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Akta ini.
 

BAHAGIAN II

PERKAHWINAN

7. Orang-orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan.

8. Umur minimum untuk perkahwinan.

9. Pertalian yang melarang perkahwinan.

10. Orang-orang dari agama lain.

11. Perkahwinan tak sah.

12. Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan.

13. Persetujuan dikehendaki.

14. Perkahwinan seseorang perempuan.

15. Pertunangan.

16. Permohonan untuk kebenaran berkahwin.

17. Mengeluarkan kebenaran berkahwin.

18. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syarie.

19. Kebenaran perlu sebelum akadnikah.

20. Tempat perkahwinan.

21. Mas kahwin dan pemberian.

22. Catatan dalam Daftar Perkahwinan.

23. Poligami.

24. Akadnikah perkahwinan di Kedutaan-kedutaan. dsb., Malaysia di luar negeri.

BAHAGIAN III

PENDAFTARAN PERKAHWINAN

 

25. Pendaftaran.

26. Surat perakuan nikah dan surat perakuan ta'liq.

27. Melaporkan perkahwinan yang taksah atau tak legal.

28. Perlantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan, dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam.

29. Buku dan Daftar hendaklah disimpan mengenai semua perkahwinan.

30. Salinan-salinan catatan hendaklah dihantar kepada Ketua Pendaftar.

31. Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan.

32. Daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang.

33. Pendaftaran sukarela perkahwinan-perkahwinan orang Islam yang diakadnikahkan dahulunya di bawah mana-mana undang-undang.
 

Efek pendaftaran di sisi undang-undang.
 
 BAHAGIAN IV

PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN

BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DAN

PENDAFTARAN PERKAHWINAN

 

35. Tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam masa yang ditetapkan.

36. Pelanggaran terhadap seksyen 32.

37. Gangguan terhadap perkahwinan.

38. Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan.

39. Akadnikah perkahwinan yang tidak dibenarkan.

40. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akadnikah perkahwinan.

41. Kebenaran untuk mendakwa.

42. Membetulkan kesilapan.

43. Pemeriksaan Daftar Perkahwinan dan indeks Perkahwinan.
 
44. Bukti

BAHAGIAN V

 

PEMBUBARAN PERKAHWINAN

45. Takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah.

46. Pertukaran agama.

47. Perceraian dengan talaq atau dengan perintah.

48. Timbangtara oleh Hakam.

49. Perceraian khul' atau cerai tebus talaq.

50. Perceraian di bawah ta'liq atau janji.

50A. Perceraian dengan li'an.

51. Hidup semula sebagai suami isteri atau ruju'.

52. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh.

53. Anggapan mati

54. Penyenggaraan Daftar Perceraian dan Pembatalan.

55. Pendaftaran perceraian.

55A. Pendaftaran perceraian di luar Mahkamah.

56. Mut'ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.

57. Hak terhadap mas kahwin, dsb., tidak akan tersentuh.

58. Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian.

BAHAGIAN VI

NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN

59. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan efek nusyuz.

60. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi seseorang tertentu.

61. Pentaksiran nafkah.

62. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan cagaran diberi bagi nafkah.

63. Mengkompaun nafkah.

64. Lamanya tempoh perintah-nafkah.

65. Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian.

66. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perintah nafkah.

67. Kuasa Mahkamah untuk mengubah penjanjian nafkah.

68. Nafkah yang kena dibayar di bawah perintah Mahkamah tidak boleh dipindahkan hak miliknya.

69. Menuntut tunggakan nafkah.

70. Nafkah sementara.

71. Hak tempat tinggal.

72. Kewajipan menanggung nafkah anak.

73. Kuasa Mahkamah memerintahkan nafkah bagi kanak-kanak.

74. Kuasa bagi Mahkamah memerintahkan cagaran bagi nafkah seseorang anak.

75. Kuasa bagi Mahkamah mengubah perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak.

76. Kuasa bagi Mahkamah mengubah perjanjian penjagaan atau nafkah seseorang anak.

77. Menuntut tunggakan nafkah seseorang anak.

78. Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga.

79. Lamanya tempoh perintah bagi nafkah anak.

80. Kewajipan menanggung nafkah anak-anak tak sahtaraf.

BAHAGIAN VII

PENJAGAAN

81. Orang-orang yang berhak menjaga kanak-kanak.

82. Kelayakan-kelayakan yang perlu untuk penjagaan.

83. Bagaimana hak penjagaan hilang.

84. Lamanya penjagaan.

85. Penjagaan anak-anak tak sahtaraf.

86. Kuasa Mahkamah membuat perintah mengenai penjagaan.

87. Perintah tertakluk kepada syarat-syarat.

88. Orang-orang yang berhak kepada penjagaan.

89. Kuasa ke atas harta takalih dan harta alih.

90. Perlantikan penjaga-penjaga oleh Mahkamah.

91. Perlantikan ibu sebagai penjaga melalui wasiat.

92. Penjaga bersama dengan ibu.

93. Perubahan kuasa penjaga harta.

94. Pemecatan penjaga.

95. Cagaran hendaklah diberi.

96. Had kuasa bagi penjaga yang dilantik oleh Mahkamah.

97. Penjaga tidak boleh memberi akuan penyelesaian mengenai harta modal.

98. Penjaga boleh menanggung kanak-kanak dari pendapatan.

99. Perintah khas mengenai harta kecil.

100. Permohonan untuk mendapatkan pendapat, dsb.

101. Perintah larangan oleh Mahkamah.

102. Penjaga bagi anak yatim.

103. (Dipotong).

104. Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang nasihat pegawai-pegawai kebajikan, dsb.

105. Kuasa Mahkamah untuk menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia.

106. Kuasa bagi Mahkamah membatalkan dan menahan perpindahan-perpindahan yang dimaksud untuk mengecewakan tuntutan-tuntutan nafkah.

Tegahan terhadap gangguan.
 

BAHAGIAN VIII

 

PELBAGAI

 

108. Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Wilayah Persekutuan.

109. Pengiktirafan perkahwinan-perkahwinan yang dilakukan di Kedutaan-kedutaan, dsb., di wilayah Persekutuan.

110. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa.

111. Kelahiran lebih empat tahun selepas pembubaran perkahwinan.

112. Kelahiran selepas pengakuan bahawa 'iddah telah tamat.

113. Persetubuhan syubhah.

114. Syarat-syarat bagi pengakuan yang sah.

115. Anggapan dari pengakuan boleh dipatahkan.

116. Pengakuan oleh perempuan yang sedang dalam 'iddah.

117. Mengakui seorang lain sebagai ibu atau bapa.

118. Pengakuan lain daripada sebagai anak, ibu, atau bapa.

119. Pengakuan tidak boleh dibatalkan.

120. Permohonan oleh isteri yang ditinggal langsung

121. Rayuan.

122. (Dipotong).

BAHAGIAN IX

 

PENALTI

123. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah.

124. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah.

125. Tidak membuat laporan.

126. Meninggal langsung isteri.

127. Menganiaya isteri.

128. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri.

129. Isteri tidak menurut perintah.

130. Jadi murtad untuk membatalkan perkahwinan.

131. Persetubuhan luarnikah antara orang-orang bercerai.

132. Kecuaian dengan sengaja untuk mematuhi perintah.

133. Percubaan dan subahat.

BAHAGIAN X

AM

 

134. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah.

135. Pemberhentian pemakaian Enakmen Selangor 3/52.

 

AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984*

 

(Akta 303)

 

Suatu Akta bagi mengkanunkan peruntukan-peruntukan tertentu Undang-Undang Keluarga Islam mengenai perkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan, dan lain-lain perkara berkaitan dengan kehidupan keluarga.

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

 

BAHAGIAN I

 

PERMULAAN

 
1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa.

(1) Akta ini boleh dinamakan Akta Undang-Undang Keluarga [Akt. A828] Islam(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan terpakai hanya bagiWilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

2. Tafsiran.

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang berlainan-

"Akta Pentadbiran" ertinya Akta Pentadbiran Undang-Undang [Akta A9021 Islam (Wilayah-Wilayah Persekuttian) 1993;

. ".anak dara" ertinya seorang, perempuan yana belum pernah bersetubuh, sama ada sudah berkahwin atau belum;

"baligh" ertinya umur baligh mengikut Hukum Syara'.[Akta A902]

"balu" ertinya perempuan yang suaminya telah mati;

"bermastautin" ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya tinggal dalam sesuatu kawasan yang tertentu;

"darar syarie" ertinya bahaya yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran, akhlak atau hartabenda mengikut kebiasaan yang diakui oleh Hukum Syara';

"duda" ertinya lelaki yang isterinya telah mati;-

"Enakmen Pentadbiran" ertinya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952 bagi Negeri Selangor-

berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah-Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974, 1981 dan 1988 yang dibuat menurut seksyen 6 (4) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 dan berkuatkuasa di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurut kuasa seksyen 6 (1) Akta itu; dan
berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Labuan, sebagaimana yang diubahsuaikan dan diperluaskan melalui Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Perluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1985 yang dibuat menurut seksyen 7 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984;

"fasakh" ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh Hukum Syara' mengikut seksyen 52;

"Hakim Syarie" atau "Hakim" ertinya Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang dilantik di bawah seksyen 43(1) Akta Pentadbiran;

"Hukum Syara' " ertinya Undang-Undang Islam mengikut mana-mana Mazhab yang diiktiraf;

"harta sepencarian" ertinya harta yang diperolehi bersama oleh semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara;

"janda" ertinya perempuan yang telah bernikah dan diceraikan setelah bersetubuh;

"kariah masjid" berhubungan dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan, sempadan yang ditetap di bawah seksyen 75 Akta Pentadbiran;

"Ketua Pendaftar" ertinya seorang Ketua Pendaftar Perkahwinan,Penceraian dan Ruju' Orang Islam yang dilantik di bawah seksyen 28;

"Ketua Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik di [Akta A902] bawah seksyen 58(1) Akta Pentadbiran;

"Kitabiyah" ertinya-

                        seorang perempuan dari keturunan Bani Ya'qub; atau

seorang perempuan Nasrani dari keturunan orang-orang Nasrani sebelum Nabi Muhammad menjadi Rasul; atau
seorang perempuan Yahudi dari keturunan orang-orang Yahudi sebelum Nabi 'Isa menjadi Rasul;
 

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Akta Pentadbiran;

"Mahkamah Rayuan Syariah" ertinya Mahkamah Rayuan Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 40(3) Akta Pentadbiran;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang, ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta Pentadbiran;

"mas kahwin" ertinya pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara' oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara', dapat dinilai dengan wang;

"mut'ah" ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syara' kepada isteri yang diceraikan;

"nasab" ertinya keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah; "Peguam Syarie" ertinya orang, yang diterima di bawah seksyen 59 Akta Pentadbiran sebagai Peguam Syarie;

"pemberian" ertinya pemberian sama ada dalam bentuk wang atau benda-benda yang diberikan oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan, "Pendaftar"erti Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan ruju’ Orang Islam yang dilantik di bawah seksyen 28 dan termasuk Pendaftar dan Penolong Pendaftar;

"persetubuhan syubhah" ertinya persetubuhan yang dilakukan di atas anagapan sah akad nikah akan tetapi sebenarnya akad itu tidak sah (fasid) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap dan termasuk mana-mana persetubuhan yang tidak dihukum Had dalam Islam;

"ruju' " ertinya perkembalian kepada nikah yang asal;

"sesusuan" ertinya penyusuan bayi dengan perempuan yang, bukan ibu kandungnya sekurang-kurangnya sebanyak lima kali yang mengenyangkan dalam masa umurya dua tahun ke bawah;

"ta'liq" ertinya lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syara' dan peruntukan Akta ini;
 

"tak sahtaraf', berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah;
 

"tarikh yang ditetapkan" ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen 1 (2) untuk mula berkuatkuasanya Akta ini;

"thayyib" ertinya perempuan yang pernah bersetubuh;

"wali Mujbir" ertinya bapa atau datuk sebelah bapa dan ke atas;

" wali Raja" ertinya wali yang ditauliahkan oleh Yang di Pertuan Agong, dalam hal Wilayah-Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, atau oleh Raja, dalam hal sesuatu Negeri lain, untuk mengahwinkan perempuan tidak mempunyai wali dari nasab;

"Wilayah Persekutuan" ertinya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan, mengikut mana yang, dikehendaki;

"Wilayah-Wilayah, Persekutuan" ertinya Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang, digunakan dalam Akta ini dan yang, tidak ditakrifkan dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1967 hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya masing-masing oleh Akta itu.

(3) Bagi mengelakkan keraguan identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang di senaraikan dalam Jadual rujukan boleh dibuat kepada bentuk skrip bahasa Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.

(4) Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa meminda, memotong daripada, atau menambah kepada, Jadual itu.

3. Kecualian prerogatif.

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak prerogatif dan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua agama Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Pemakaian.

Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata selainnya, Akta ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Wilayah Persekutuan dan bagi semua orana Islam yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan tetapi tinggal di luar Wilayah Persekutuan.
 

5. Kriterium bagi memutuskan sama ada seseorang itu orang Islam.
 

Jika bagi maksud-maksud Akta ini timbul apa-apa soal tentang sama ada seseorang itu orang Islam, soal itu hendaklah diputuskan mengikut kriterium reputasi am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkan keimanan, kepercayaan, kelakuan, perangai, watak, perbuatan, atau kemungkiran orang itu.
 

6. Perkahwinan yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Akta ini.
 

(1) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan Islam yang telah diakadnikahkan di bawah mana-mana jua undang-undang di mana-mana jua pun sebelum tarikh yang ditetapkan.
 

(2) Perkahwinan sedemikian,jika sah dibawah undang-undang, yang di bawahnya ia telah diakadnikahkan hendaklah disifatkan sebagail didaftarkan di bawah Akta ini.
 

(3) Tiap-tiap perkahwinan sedemikian ,melainkan jika tidak diakui di bawah undang-undang yang di bawahnya ianya telah diakadnikahkan, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan-
 

dengan kematian salah seorang daripada pihak-pihak yang berkahwin itu;
 
dengan apa-apa talaq sebagaimana yang dilafazkan di bawah Akta ini;
 
dengan perintah Mahkamah yang layak berbidangkuasa; atau
 

(d) dengan penetapan pembatalan yang dibuat oleh Mahkamah yang layak

berbidangkuasa.
 

BAHAGIAN II

 PERKAHWINAN

7. Orang-orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan.

(1) Sesuatu perkahwinan di Wilayah Persekutuan hendaklah mengikut peruntukan Akta ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum Syara' oleh-

wali di hadapan Pendaftar;
 

(b)wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar; atau
 

(c) Pendaftar sebagai wakil wali.
 

(2) Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syara', perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali Raja.

8. Umur minimum untuk perkahwinan.

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.
 

9. Pertalian vang melarang perkahwinan.

Tiada seseorang, lelaki atau perempuan, mengikut mana yang berkenaan boleh, oleh sebab nasab, berkahwin dengan-
 
ibunya atau bapanya:
neneknya hingga ke atas sama ada dari sebelah bapa atau dari sebelah ibu:
 

(c) anak perempuannya atau anak lelakinya dan cucu perempuan atau cucu lelaki

hingga ke bawah:
 

saudara perempuan atau saudara lelaki seibu sebapa, saudara perempuan atau saudara lelaki sebapa, dan saudara perempuan atau saudara lelaki seibu;
anak perempuan atau anak lelaki kepada saudara lelaki atau saudara perempuan hingga ke bawah;
emak saudara atau bapa saudara sebelah bapanya hingga ke atas;
 

(g) emak saudara atau bapa saudara sebelah ibunya hingga ke atas.
 

Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab pertalian kahwin, berkahwin dengan-
 
ibu mertuanya atau bapa mertuanya hingga ke atas;
emak tirinya atau bapa tirinya, iaitu isteri bapanya atau suami ibunya;
nenek tirinya iaitu isteri atau suami kepada nenek lelakinya, atau nenek perempuannya, sama ada dari sebelah bapa atau sebelah ibu;
menantunya;
(e) anak perempuan atau anak lelaki tirinya hingga ke bawah daripada isteri atau suami yang perkahwinan itu telah disatukan.
 

(3) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana yang, berkenaan, boleh. oleh sebab sesusuan, berkahwin dengan seseorang perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan di mana, jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarang berkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian kahwin.
 

(4) Tiada seseorang, lelaki boleh mempunyai dua isteri pada satu masa jika isteri-isteri itu adalah bertalian antara satu sama lain melalui nasab,pertalian kahwin, atau susuan dan pertalian itu adalah dari jenis yang ,jika salah seorang daripada mereka adalah lelaki, menjadikan perkahwinan antara mereka tetap tidak sah di sisi Hukam Syara’.
 

Orang-orang dari agama lain.
 

(1)Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang Kitabiyah.

(2)Tiada seseorang perempuan boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam.
 

11. Perkahwinan tak sah.
 

Sesuatu perkahwinan adalah tak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syara'. untuk menjadikannya sah.
 

12. Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan.
 

(1) Sesuatu perkahwinan yang bersalahan den-an Akta ini tidak boleh didaftarkan di bawah Akta ini.
 

(2)Walau apa pun subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan seksyen 40(2), sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan mana-mana peruntukan Baha-ian ini tetapi sebaliknya sah mengikut Hukum Syara' boleh didaftarkan di bawah Akta ini dengan perintah daripada Mahkamah.
 

13. Persetubuhan dikehendaki.
 

Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Akta ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya. dan sama ada-

wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syara'; atau
 
(b) Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu oleh wali Raja mengikut Hukum Syara'; persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syara' atau jika wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi.
 

14. Perkahwinan seseorang perempuan.

 

(1)Tiada seseorang perempuan boleh, dalam masa perkahwinannya dengan seorang, lelaki berterusan, berkahwin dengan seseorang lelaki lain.
 

(2)Jika perempuan itu adalah seorang janda-
 

(a) tertakluk kepada perengaan (c), dia tidak boleh, pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh 'iddahnya yang dikira mengikut Hukum Syara', berkahwin dengan seseorang melainkan kepada lelaki yang akhir dia telah bercerai;
 

(b) dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan-
 

(i) suatu surat perakuan cerai yang sah yang, dikeluarkan di bawah undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa: atau
(ii)suatu salinan yang, diperakui bagi catatan yang berkaitan dengan perceraiannya dalam daftar perceraian yang berkenaan: atau
(iii) suatu perakuan, yang boleh diberi atas permohonan selepas penyiasatan yang wajar oleh Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana permohonan itu dibuat, yang bermaksud bahawa dia adalah seorang janda;
 
(c) jika perceraian itu adalah dengan ba-in kubra, iaitu tiga talaq, dia tidak boleh berkahwin semula dengan suaminya yang, dahulu itu melainkan dia telah berkahwin dengan sah dengan seorang lain dan dia telah disetubuhi oleh seorang, lain itu dalam perkahwinan itu dan perkahwinan itu dibubarkan kemudiannya dengan sah dan setelah habis 'iddahnya.
 

(3) Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, dia tidak boleh, dalam masa 'iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang yang lain daripada suami yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat pengantin perempuan itu bermastautin.
 

(4) Jika perempuan itu adalah seorang balu-
 

dia tidak boleh berkahwin dengan seseorang pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh 'iddahnya yang dikira mengikut Hukum Syara';
 
(b) dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan surat perakuan kematian suaminya atau dengan cara lain membuktikan kematian suaminya.
 

15. Pertunangan.

Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syara', sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.

Permulaan kepada perkahwinan

 

16. Permohonan untuk kebenaran berkahwin.
 

(1) Apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan dalam Wilayah Persekutuan, tiap-tiap satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada

Pendaftar bagi kariah masjid di mana pihak perempuan itu bermastautin.
 

(2) Jika pihak lelaki bermastautin di kariah masjid yang berlainan dari kariah masjid pihak perempuan, atau bermastautin di mana-mana Negeri permohonannya hendaklah mengandungi atau disertai dengan kenyataan Pendaftar bagi kariah masjidnya atau oleh pihak berkuasa yang, hak bagi Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan, yang bermaksud bahawa sejauh yang dapat dipastikannya perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu adalah benar.
 

(3) Permohonan tiap-tiap satu pihak hendaklah disampaikan kepada Pendaftar sekurung-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh yang dicadangkan bagi perkahwinan itu,tetapi Pendaftar boleh membenarkan masa yang lebih singkat dalam mana-mana kes tertentu.
 

(4) Permohonan kedua-dua pihak hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan bersama.
 

Mengeluarkan kebenaran berkahwin.
 

Tertakluk kepada seksyen 18, Pendaftar, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu, tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu, dan, jika pihak lelaki itu sudah berkahwin, bahawa kebenaran yang dikehendaki oleh seksyen 23 telah diberi, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dan setelah dibayar fee yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.

Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syarie.
Dalam mana-mana kes berikut, iaitu-
jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah umur yang dinyatakan dalam seksyen 8; atau
jika pihak perempuan adalah seorang janda yang, tersabit oleh seksyen 14 (3); atau
 

(c) jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syara',
 

maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermastautin.
 

(2) Hakim Syarie, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 8, atau kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 14 (3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali Raja bagi maksud-maksud seksyen 13 (b), mengikut mana yang, berkenaan, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fee yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borong yang ditetap.
 

19. Kebenaran perlu sebelum akadnikah.
 

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran berkahwin telah diberi-

(a) oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 atau oleh Hakim Syarie di bawah seksyen 18, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan; atau
 
(b) oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu Negeri, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang, bermastautin di Negeri itu.
 

20. Tempat perkahwinan.
 

(1) Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar atau Hakim Syarie yang memberi kebenaran berkahwin di bawah seksyen 17 atau 18 boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam Wilayah Persekutuan atau dalam mana-mana Negeri.
 

(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1) bolehlah dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberi di bawah seksyen 17 atau18.
 

(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), sesuatu perkahwinan itu bolehlah diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain daripada kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin jika-

(a)dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam Wilayah Persekutuan. kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu telah diberi di bawah seksyen 17 atau 18 dan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain itu telah diberi di bawah subseksyen (1 ) ; atau
 
(b)dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam sesuatu Negeri, kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu dan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain itu telah diberi oleh pihak yang hak bagi Negeri itu.
 

21. Mas kahwin dan pemberian.
 

(1) Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.
 

(2) Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan-

nilai dan butir-butir lain mas kahwin;
nilai dan butir-butir lain pemberian;
nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan
 

(d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian.

22. Catatan dalam Daftar Perkahwinan.

(1) Selepas sahaja akadnikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan taliq yang ditetapkan atau taliq lain bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Perkahwinan.

(2) Catatan itu hendaklah diakusaksi oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu, oleh wali, dan oleh dua orang saksi, selain daripada Pendaftar, yang hadir semasa perkahwinan itu diakadnikahkan.
 

(3) Catatan itu hendaklah kemudiannya ditandatangani oleh Pendaftar itu.
 

23. Poligami.

(1) Tiada seorang pun lelaki, semasa wujudnya sesuatu perkahwinan, boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat kontrak perkahwinan yang, lain dengan perempuan lain atau perkahwinan yang dikontrakkan tanpa kebenaran sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini:
 

Dengan syarat Mahkamah boleh jika ia ditunjukkan bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syara', memerintahkan perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 123.
 

(2) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Wilayah Persekutuan seseorang, lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Wilayah Persekutuan dan perkahwinan di luar Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan.
 

(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang, tanggungannya termasuk orang-orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang, dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinannya yang dicadangkan itu.
 

(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati-
 

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada, antara lain hal-hal keadaan yang berikut iaitu. kemandulan, keuzuran jasmani tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila dipihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada:
 
(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syara,' semua isteri dan orang tanggungannya,termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu:
 
(c)bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syara"dan
 
(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
 

(5) Satu salinan permohonan di bawah subseksyen (3) dan akuan berkanun yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat panggilan ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada.
 

(6) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak puas hati dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran bagi rayuan dalam perkara sivil.
 

(7) Seseorang yang berkahwin bersalahan dengan subseksyen (1)hendaklah membayar dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jumlah itu, jika tidak dibayar sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.
 

(8) Acara bagi akadnikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini adalah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Wilayah Persekutuan di bawah Akta ini.
 

24. Akadnikah perkahwinan di Kedutaan-kedutaan, dsb., Malaysia di luar negeri.
 

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), perkahwinan boleh diakadnikahkan mengikut Hukum Syara' oleh Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 28 (3) di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mana negara yang telah tidak memberitahu Kerajaan Malaysia tentang bantahannya terhadap pengakadnikahan perkahwinan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu.

(2) Sebelum mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan dibawah seksyen ini, Pendaftar hendaklah berpuas hati-

bahawa satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu adalah pemastautin Wilayah Persekutuan;
 
bahawa tiap-tiap satu pihak mempunyai keupayaan untuk berkahwin megikut Hukum Syara’ dan Akta ini; dan
 
(c) bahawa jika salah satu pihak bukan pemastautin Wilayah Persekutuan, perkahwinan yang dicadangkan itu, jika diakadnikahkan, akan dikira sebagai sah di mana pihak itu bermastautin.
 

(3) Acara bagi akadnikah dan pendaftaran perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah serupa dalam serba perkara dengan yana dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yanag diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Wilayah Persekutuan di bawah Akta ini seolah-olah Pendaftar yang dilantik untuk sesuatu negara asing adalah seorang Pendaftar untuk Wilayah Persekutuan.

 

BAHAGIAN III

 

PENDAFTARAN PERKAHWINAN

25. Pendaftaran.

Perkahwinan selepas tarikh yang ditetapkan tiap-tiap orang yang, bermastautin dalam Wilayah Persekutuan dan perkahwinan tiap-tiap orang yang tinggal di luar negeri tetapi bermastautin dalam Wilayah Persekutuan hendaklah didaftarkan mengikut Akta ini.
 

26. Surat perakuan nikah dan surat perakuan ta'liq.
 

(1) Selepas mendaftarkan sesuatu perkahwinan dan selepas dibayar kepadanya fee yang ditetapkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu surat perakuan nikah dalam borang, yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak bagi perkahwinan itu.
 

(2) Pendaftar hendaklah juga, selepas dibayar fee yang ditetapkan, mengeluarkan suatu surat perakuan ta'liq dalam borang yang ditetapkan kepada tiap-tiap satu pihak bagi perkahwinan itu.
 

27. Melaporkan perkahwinan yang taksah atau tak legal.

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang untuk melaporkan kepada Pendaftar tentang hal keadaan sesuatu kes dalam mana dia berpendapat bahawa sesuatu perkahwinan adalah taksah atau bahawa sesuatu perkahwinan yang kena didaftarkan telah diakadnikahkan bersalahan dengan Akta ini.
 

28. Perlantikan Ketua Pendaftar,Timbalan dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Peceraian, dan Ruju’ Orang Islam.
 

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh melantik mana-mana pegawai awam yang berkelayakan untuk menjadi Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam bagi maksud-maksud Akta ini, yang mana adalah berkuasa menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas Pendaftar-Pendaftar dan pendaftaran perkahwinan, perceraian, dan ruju' di bawah Akta ini.
 

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh melantik beberapa orang yang berkelayakan sebagaimana perlu untuk menjadi Pendaftar Kanan, Pendaftar, atau Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian. dan Ruju' Orang Islam bagi mana-mana kariah masjid dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagaimana ditentukan dalam perlantikan itu.
 

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik mana-mana anggota staf diplomatik Malaysia di mana-mana negara untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam bagi maksud-maksud Akta ini di negara itu.
 

(4) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) yang bukan pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam bagi maksud-maksud Kanun Keseksaan.
 

Buku dan Daftar hendaklah disimpan mengenai semua perkahwinan.
 

Tiap-tiap Pendaftar hendaklah menyimpan suatu Daftar Perkahwinan dan buku-buku sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta ini atau oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, dan tiap-tiap perkahwinan yang diakadnikahkan dalam Wilayah Persekutuan hendahah didaftarkan dengan sewajarnya oleh Pendaftar dalam Daftar Perkahwinannya.
 

30. Salinan-salinan catatan hendaklah dihantar kepada Ketua Pendaftar.
 

(1) Tiap-tiap Pendaftar hendahlah dengan seberapa segera yang praktik selepas akhir tiap-tiap satu bulan menyerah kepada Ketau Pendaftar suatu salinan tiap-tiap catatan yang diperakui benar dan ditandatangani olehnya yang telah dibuat dalam Daftar Perkahwinan.
 

(2) Semua salinan itu hendaklah disimpan oleh Ketua Pendaftar mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan dan hendaklah menjadi Daftar Perkahwinan Ketua Pendaftar.
 

31. Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan.

(1) Jika seseorang yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan telah berkahwin di luar negeri dengan sah mengikut Hukum Syara', bukannya satu perkahwinan yang didaftarkan di bawah seksyen 24, maka orang itu hendaklah, dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu, hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam yang berhampiran sekali atau yang terdapat dengan paling senang di luar negeri untuk mendaftarkan perkahwinan itu, dan perkahwinan itu, setelah didaftarkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini.

(2) Jika sebelum tamat tempoh enam bulan itu salah satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu dijangkakan akan kembali ke Wilayah Persekutuan dan perkahwinan itu belum didaftarkan di luar negeri, maka pendaftaran perkahwinan itu hendaklah dibuat dalam masa enam bulan selepas salah satu atau kedua-dua pihak itu mula-mula sampai di Wilayah Persekutuan dengan cara pihak itu atau kedua-dua pihak itu hadir di hadapan mana-mana Pendaftar dalam Wilayah Persekutuan dan-

mengemukakan kepada Pendaftar itu surat perakuan nikah atau apa-apa keterangan, sama ada lisan atau dokumentar, yang boleh memuaskan hati Pendaftar bahawa perkahwinan itu telah berlaku;
memberi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar untuk pendaftaran sewajarnya perkahwinan itu; dan
(c) memohon dalam borang yang ditetapkan supaya perkahwinan itu didaftarkan dan menandatangani akuan di dalamnya.
 

(3) Pendaftar boleh mengecualikan satu daripada pihak-pihak itu daripada hadir jika dia berpuas hati bahawa ada sebab-sebab yang baik dan cukup bagi pihak itu tidak hadir dan dalam hal yang demikian catatan dalam Daftar Perkahwinan hendaklah termasuk suatu pernyataa tentang sebab pihak itu tidak hadir.
 

(4) Selepas sahaja pendaftaran sesuatu perkahwinan di baeah seksyen ini, satu salinan sah catatan dalam Daftar Perkhwinan yang diperakui dan ditandatangani oleh Pendaftar hendaklah diserahkan atau dihantar kepada suami dan satu salinan lagi kepada isteri, dan satu lagi salinan sah yang diperakui hendaklah dihantar, dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan, kepada Ketua Pendaftar yang hendaklah menyebabkan semua salinan-salinan yang diperakui itu dijilid bersama untuk menjadi Daftar Perkahwinan Orang Islam Luar Negeri.
 

(5) Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan yang dikehendaki didaftarkan di bawah seksyen ini tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), perkahwinan itu boleh, atas permohonan kepada Pendaftar, didaftarkan kemudian setelah dibayar apa-apa penalti yang ditetapkan.
 

Daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang.
 

Tiada seseorang, lain daripada mereka yang dilantik di bawah seksyen 28, boleh-
 

(a) menyimpan apa-apa buku yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatu daftar yang disimpan mengikut Akta ini; atau
(b) mengeluarkan kepada seseorang apa-apa dokumen yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatu salinan surat perakuan bagi perkahwinan atau perakuan perkahwinan yang didaftarkan oleh Pendaftar.
 
33. Pendaftaran sukarela perkahwinan-perkahwinan orang Islam yang diakadnikahkan dahulunya di bawah mana-mana undang-undang.
 

(1) Walau apa pun peruntukan seksyen 6 dan seksyen 31, pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan mengikut Hukum Syara' yang diakadnikahkan di bawah mana-mana undang-undang sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan boleh, jika perkahwinan itu belum didaftarkan, memohon pada bila-bila masa kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan untuk didaftarkan perkahwinan itu.

(2) Pendaftar boleh menghendaki pihak-pihak kepada perkahwinan itu hadir di hadapannya dan mengemukakan apa-apa keterangan yang dikehendakinya mengenai perkahwinan itu, sama ada lisan atau dokumentar, dan memberi apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki olehnya.

(3) Pendaftar boleh, setelah puas hati tentang kebenaran pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam permohonan itu, mendaftarkan perkahwinan itu dengan mencatatkan butir-butir mengenainya dalam Daftar Perkahwinan yang ditetapkan bagi maksud ini.
 

(4) Catatan perkahwinan dalam Daftar Perkahwinan itu hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar yang membuat catatan itu dan oleh kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu, jika dapat hadir, jika tidak, oleh mana-mana satu pihak yang hadir di hadapan Pendaftar.
 

(5) Selepas perkahwinan itu didaftarkan, satu salinan catatan dalam Daftar Perkahwinan yang diperakui dan ditandatangani dalam Daftar Perkahwinan oleh pendaftar dan dimeterai dengan meterai jawatannya hendaklah diserahkan atau dihantar kepada suami dan satu salinan lagi kepada isteri dan satu salinan ketiga hendaklah dihantar kepada Ketua Pendaftar.
 

(6) Pendaftar tidak boleh mendaftarkan sesuatu perkahwinan di bahawa perkahwinan di bawah seksyen ini jika dia berpuas hati bahawa perkahwinan itu adalah tidak diakui di bawah Akta ini.

Efek pendaftaran di sisi undang-undang
 

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini atau dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini boleh ditafsirkan sebagai menjadikan diakui atau tidak diakui sesuatu perkahwinan semata-mata oleh sebab ianya telah didaftarkan atau tidak didaftarkan, yang mana, sebaliknya, adalah tidak diakui atau diakui.

 

 

BAHAGIAN IV

 

PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam masa yang ditetapkan.

Jika seseorang yang dikehendaki oleh seksyen 31 hadir di hadapan seorang Pendaftar tidak berbuat demikian dalam masa yang ditetapkan,maka dai adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

36. Pelanggaran terhadap seksyen 32

Seseorang yang melanggar seksyen 32 adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu; dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudiannya hendaklah dihukun denda tidak melebihi satu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu