|
HUKUM
JENAYAH ISLAM
1. Pengertian Jenayah.
Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan
sesuatu perkara yang disuruh olehNya.
2.
Falsafah Jenayah.
Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah
S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan
ummah.
HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM
Hukum-hukum
jenayah Islam terbahagi kepada ;
(a) Hukum Hudud
(b) Hukum Qisas
(c) Hukum Tazir
A.
HUKUM HUDUD
1. Pengertian Hudud;
(a) Dan segi bahasa hudud
bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan
segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai
keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan
sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau
ditambah.
Maksudnya;
Itulah hukum-hukum yang telah
ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum
Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim
2. Jenis-jenis jenayah hudud dan
hukumannya
(a) Zina;
Persetubuhan haram tanpa nikah yang
sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi
penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang
telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
(b) Qazaf
(menuduh
zina);
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(c) Minum arak;
Meminum minuman yang memabukkan
dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40
kali
(d) Mencuri;
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman
: potong tangan
(e) Merompak;
Mengambil harta orang
lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman :
sekiranya membunuh
hendaklah dibunuh
sekiranya hanya
merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan
kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam
hendaklah dipenjara
(f) Riddah (murtad);
Keluar seseorang
Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh
( setelah diberi tempoh bertaubat
selama 3 hari @ 3 kali )
# Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya dikenakan hukuman hudud tanpa
sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.
B. HUKUM QISAS
1. Pengertian qisas;
(a) Dan segi bahasa qisas
bermaksud memotong.
(b) Dan
segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan
Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.
2. Jenis jenayah qisas;
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan
mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.
3. Hukuman
terhadap kesalahan qisas;
Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan
hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia
mesti dihukum bunuh.
Maksudnya;
Dan
Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan
jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas
dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang).
Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa
baginya
(Surah al-Maidah ayat 45)
Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar
kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Kadar Diat
Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai
ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor
unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan
harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
a) wang emas = 1000 dinar
b) wang perak = 10,000 - 12,000 dirham
c) lembu = 200 ekor
d) kambing = 2000 ekor
e) Persalinan = 200 persalinan lengkap
a. Diat jenayah membunuh.
1. Pembunuhan sengaja - 100
ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;
a) 30 ekor Juz'ah (unta berumur
5 tahun)
b) 30 ekor Hiqqah (unta
berumur 4 tahun)
c) 40 ekor Hulqah
# Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada
dua hukuman iaitu qishas @ diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika
dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan.
2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor
unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.
3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor
unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;
a)
20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
b) 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4
tahun)
c) 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur
3 tahun)
d) 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
e) 20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur
2 tahun)
# Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat
sahaja. Qishas tidak dikenakan.
* Diat perempuan 1/2
drp diat lelaki
* Diat hamba 1/2 drp
diat merdeka
# Pembunuhan Sengaja ialah membunuh
dengan niat.
# Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt
seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka
terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)
# Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang
yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.
# Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya
boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada
kuasa dlm pengampunan.
b. Diat jenayah mencederakan anggota
1. 100 ekor unta untuk anggota
tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan
hilang keupayaan bersetubuh.
2. 50 ekor unta untuk anggota
yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah
satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.
3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah
(luka hingga ke dlm bhg otak)
4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah
( luka yang sampai ke selaput kepala)
5. 25 ekor unta untuk anggota
yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.
6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah
(luka yang memecah @ mematahkan tulang)
7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah
(luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
8.10 ekor unta untuk anggota yang
ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10
ekor unta.
9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah
@ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)
C.
HUKUM TAZIR
1. Pengertian tazir.
(a) Dan segi bahasa tazir bererti menolak atau menghalang.
(b) Dan
segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat
atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam
Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang
telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
2.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni tazir;
(a) Kesalahan-kesalahan
hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan
hukuman hudud atau qisas.
(b) Kesalahan-kesalahan
khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c) Perbuatan-perbuatan
yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah,
mengedar dan penyalahgunaan dadah.
3.
Hukuman bagi kesalahan tazir.
(a) Nasihat;
Menasihati orang
yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa
akan datang.
(b)
Teguran;
Teguran
rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu
tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki
dirinya.
(c) Ancaman;
Mengancam orang
yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
(d) Pemulauan;
Hukuman pemulauan
dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi
kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
(e) Perisytiharan
umum;
Membuat pengisytiharan kepada umum
terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat
sangat.
(f) Denda
dan merampas harta;
Iaitu hukuman ta
zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh
penjenayah.
(g) Penjara;
Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti smasa.
(h) Sebat;
Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu
mengikut reaiiti
semasa.
(i) Bunuh;
Hukuman bunuh bagi kesalahan tazir dibenarkan
oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.
(j) Buang daerah;
Hukuman
ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.
Matlamat Hukum Hudud,
Qisas dan Tazir
(a) untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan
mencegah sebelum ia berlaku.
(b) untuk
memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan
yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan
menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
(c) untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya
daripada azab akhirat.
Peranan undang-undang jenayah
Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat
(a)
Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan
saksama. Misalnya orang yang membunuh
dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya
berpuas hati dan hilang perasaan dendam.
(b)
Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang
ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan
sejahtera.
(c)
Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada
penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah
bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan
dalam masyarakat.
|