|
KADAR HUJAN
Satu dari butir
maklumat yang diberikan dalam Al-Qur’an mengenai hujan ialah penurunan hujan
dalam kadar tertentu. Hal ini disebutkan dalam surah az-Zukhruf sebagai berikut;
Dan Yang
menurunkan air dari langit dengan kadar (tertentu) lalu Kami hidupkan dengan air
itu negeri yang mati ..Surah Zukhruf;11
Kuantiti yang diukur dalam hujan telah ditemui oleh kajian moden. Satu anggaran
yang telah dibuat iaitu setiap satu saat, dianggarkan 16 juta tan air mengewap
dari permukaan bumi. Jumlah air yang mengewap dalam setahun lebih kurang 513
juta tan. Angka ini bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam
setahun. Ini bererti air secara berterusan dikitarkan dalam satu kitaran yang
seimbang, dalam satu ‘kadar’. Hidupan dalam bumi bergantung kepada kitaran air
ini. Sekalipun dengan menggunakan teknologi yang paling maju dalam dunia, mereka
tidak akan mampu untuk menghasilkan kitaran ini secara tiruan.
Hanya
dengan sedikit kekurangan dalam keseimbangan ini mampu untuk menimbulkan
kecelaruan ekologikal yang besar yang akan memusnahkan hidupan dalam dunia.
Bagaimanapun fenomena kitaran ini masih stabil dan hujan tetap turun dalam kadar
kuantiti yang tepat seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur’an.
|