PROSES KEJADIAN
HUJAN
Bagaimana pembentukan hujan
kekal sebagai misteri besar untuk beberapa lama. Hanya setelah penciptaan radar
cuaca barulah peringkat-peringkat pembentukan hujan dapat di ketahui.
Berdasarkan hal ini,
pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan
naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya
titisan hujan pun timbul.
Penilaian Al-Qur’an mengenai
formasi hujan merujuk secara tepat kepada proses ini. Dalam sepotong ayat,
pembentukan ini diterangkan sebagai berikut.
اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا
فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى
الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ
عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ (48)
“Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah
membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya
bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila
hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira.
(Surah Ar-Rum: 48)
Sekarang, mari kita
perhatikan 3 peringkat yang diutarakan di dalam ayat ini secara lebih teknikal.
Peringkat pertama; Dialah
yang mengirim angin…..
Gelembung-gelembung air yang
terbentuk melalui pembuihan lautan secara berterusan mulai pecah dan menyebabkan
zarah-zarah air di tolak ke atas permukaan udara. Zarah-zarah ini, yang kaya
dengan kandungan garam, kemudiannya dibawa oleh angin dan naik ke tingkat lebih
tinggi di atmosfera. Zarah-zarah ini dipanggil aerosol, berfungsi sebagai
perangkap air dan membentuk titisan awan. Dengan mengumpulkan wap air yang naik
ke atas dari permukaan laut sebagai titisan halus.
Peringkat kedua.
……menggerakkan awan dan Allah membentangkannya dilangit menurut yang
dikehendakiNya. Dan menjadikannya bergumpal-gumpal…”
Awan adalah terbentuk dari
wap air yang terkondensasi di sekeliling kristal garam atau zarah-zarah halus di
udara. Di sebabkan titisan air dalam kepulan ini adalah kecil (dengan diameter
antara 0.01 hingga 0.02 m), kepulan ini tergantung di udara dan tersebar
merintangi langit. Dan dengan itu, langit kini diliputi dengan gumpalan awan.
Peringkat ketiga. …lalu
kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya”
Zarah-zarah yang
mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk
titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan
meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.
Sepertimana yang kita lihat,
setiap peringkat dalam pembentukan hujan adalah berkaitan dengan ayat-ayat di
dalam Al-Qur’an. Selanjutnya, semua peringkat ini diterangkan secara tepat
dengan tertib yang tepat. Sama seperti fenomena semulajadi yang lain yang
berlaku di bumi. Tuhan memberikan penjelasan yang paling tepat seperti
fenomena-fenomena ini dan memaklumkan kepada manusia di dalam kitab Al-Qur’an
beberapa abad sebelum ianya diketahui. Dalam ayat lain, maklumat berikut
diterangkan mengenai pembentukan hujan;
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُزْجِي سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ
بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَامًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ
خِلَالِهِ وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ جِبَالٍ فِيهَا مِنْ بَرَدٍ
فَيُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَصْرِفُهُ عَنْ مَنْ يَشَاءُ يَكَادُ سَنَا
بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْأَبْصَارِ (43)
“Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara
(bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan
olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais
dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada
siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya. Kilauan
kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.
(Surah An-Nur: 43)
Para saintis yang mengkaji
jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan
formasi gumpalan awan hujan. Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada
susunan dan peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus,
satu jenis dari awan seperti berikut
1)
Digerakkan
dengan tiupan angin:
gumpalan awan yang bergerak bersama iaitu digerakkan dengan tiupan angin.
2)
Berkumpul-
kemudiannya, awan-awan yang kecil (awan kumulus) yang digerakkan oleh angin
berkumpul bersama, membentuk gumpalan yang lebih besar. 9
3) Melonggok-
apabila awan-awan kecil telah berkumpul, rangka dalam lingkungan awan yang
lebih besar bertambah. Rangka yang berada dekat dengan pusat awan adalah lebih
kukuh berbanding yang berada di tepi rangka-rangka ini menyebabkan awan
berkembang secara menegak, dan menyebabkan gumpalan awan berlonggok-longok.
Perkembangan menegak ini menyebabkn jasad awak menganjur dalam ke bahagian yang
lebih sejuk di dalam atmosfera. Di mana titisan air dan awan membentuk dan mula
mengembang dengan lebih besar lagi. Apabila titisan air dan ais ini menjadi
lebih berat sehingga gagal untuk ditampung oleh rangka di mana mereka terletak
akhirnya mereka akan gugur dari gumpalan awan sebagai hujan, ais dan lain-lain.
10
Suatu yang harus diingat bahawa pakar meteorologi hanya mengetahui maklumat
terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di akhir-akhir ini
dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, computer dan
lain-lain. Ianya adalah bukti bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan
maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.