قال تعالى
«ويسقون فيها كأسا كان
مزاجها زنجبيلا» «الإنسان:17»
Dan
mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya
dari halia,
وذكر أبو نعيم في كتاب الطب النبوي من حديث أبي سعيد الخدري رضي الله عنه
قال أهدى ملك الروم إلى رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ جرة زنجبيل،
فأطعم كل إنسان قطعة، وأطعمني قطعة.
Abu Naim meriwayatkan dari Abu Said al-Khudari
beliau berkata bahawa Raja Rom telah memberi satu bejana halia kepada
Rasulullah SAW, maka baginda telah memberi makan setiap seorang sepotong
dan kami diberi sepotong”
Di
antara khasiat halia ialah ;
1. Menghangatkan badan
2. membantu pencernaan
3. menyihatkan perut
4. menghilangkan rabun mata kerana udara lembab
5. menambah kekuatan syahwat
6. membuang angin dlm perut dan usus besar
7. menghilangkan kahak
8. ubat penyakit buasir
9. mengurangkan bau nafas
Ramai
para pengamal perubatan berkata :”Jika manusia mengetahui banyaknya
manfaat yang diperolehi dari halia, pasti mereka membelinya walaupun
dengan seharga emas”
Katak
Katak
haram dimakan dan haram utk dijadikan ubat dan dilarang membunuhnya.
عَن عُثْمَانَ بْنِ عَبْدِ الرّحْمَنِ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُ
أَنّ طَبِيبًا ذَكَرَ ضِفْدَعًا فِي دَوَاءٍ عِنْدَ رَسُولِ اللّهِ صَلّى
اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ فَنَهَاهُ عَنْ قَتْلِهَا رواه أحمد في مسنده
Dari Uthman bin Abdul Rahman RA berkata, bahawa seorang doktor
menyebut-nyebut tentang katak untuk dijadikan ubat di sisi Rasulullah,
maka Rasulullah SAW melarang membunuhnya.” Hadis riwayat Imam Ahmad.
Dalam
kitab al-Qanun berkata : Sesiapa yang makan darah @ daging katak, akan
tumbuh bintil dan bengkak-bengkak, warna kulit menjadi suram dan air
maninya tertumpah (menjadi cair) sehingga dia mati. Sebab itulah para
doktor tidak menjadikannya sebagai ubat, kerana takut akibat buruknya.
Daging Keldai liar
عن أبي قتادة رضي الله عنه، أنهم كانوا مع رسول الله ـ صلى
الله عليه وسلم ـ في بعض عمره، وأنه صاد حمار وحش، فأمرهم النبي ـ صلى الله
عليه وسلم ـ بأكله وكانوا محرمين، ولم يكن أبو قتادة محرمًا – رواه البخارى
ومسلم
Dari Qatadah RA bahawa mereka bersama Rasulullah SAW pada ketiika umrah.
Abu Qatadah memburu keldai liar, lalu Rasulullah SAW menyuruh mereka
makannya, sedangkan mereka sedang berihram. Abu Qatadah tidak berihram.
عن جابر قال: أكلنا زمن خيبر الخيل وحمر الوحش - رواه ابن
ماجه
Dari Jabir bin Abdullah RA, ia berkata ; “Pada waktu perang Khaibar,
kami makan daging kuda dan keldai liar”.
Gandum
عَن عَائِشَةَ قَالَتْ [ ص 302 ] كَانَ رَسُولُ اللّهِ صَلّى اللّهُ
عَلَيْهِ وَسَلّمَ إذَا أَخَذَ أَحَدًا مِنْ أَهْلِهِ الْوَعْكُ أَمَرَ
بِالْحِسَاءِ مِنْ الشّعِيرِ فَصُنِعَ ثُمّ أَمَرَهُمْ فَحَسَوْا مِنْهُ
ثُمّ يَقُولُ " إنّهُ لَيَرْتُو فُؤَادَ الْحَزِينِ وَيَسْرُو فُؤَادَ
السّقِيمِ كَمَا تَسْرُوَا إحْدَاكُنّ الْوَسَخَ بِالْمَاءِ عَنْ وَجْهِهَا
وَمَعْنَى يَرْتُوهُ يَشُدّهُ وَيُقَوّيهِ . وَيَسْرُو يَكْشِفُ وَيُزِيلُ
. رَوَى ابْنُ مَاجَهْ
Dari Aisyah RA bahawa ia berkata : “Adalah Rasulullah SAW jika salah
seorang keluargnya kurang sihat, ia meminta sesuap gandum, lalu
dimasaknya. Kemudian dia menyuruh mereka memakannya, maka merekapun
memakannya. Setelah itu Rasulullah SAW berkata : “Sesungguhnya gandum
itu menguatkan hati yang sedih dan menghilangkan hati yang sakit,
sebagaimana salah seorang kamu menghilangkan/membersihkan kotoran dari
mukanya dengan air”
Gandum memberi faedah menyembuhkan batuk, melegakan kahak, mengurangkan
lebihan lemak badan, melancarkan air kencing, menyihatkan perut,
menghilangkan rasa haus dan menurunkan panas badan.
Susu Binatang
«وإن لكم في الأنعام لعبرة نسقيكم مما في بطونه من بين فرث ودم لبنا خالصا
سائغا للشاربين»
«النحل: 66»
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh
pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu
daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara
hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah
diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
وقال في الجنة:
«فيها أنهار من ماء غير آسن وأنهار من لبن لم يتغير
طعمه»
«محمد: 15»
Padanya (bsyurga) beberapa sungai dari air yang
tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang
tidak berubah rasanya
وفي السنن مرفوعًا: «من أطعمه الله طعامًا.
فليقل: اللهم بارك لنا فيه، وارزقنا خيرًا منه، ومن سقاه الله لبنًا
فليقل: اللهم بارك لنا فيه، وزدنا منه، فإني لا أعلم ما يجزئ من الطعام
والشراب إلا اللبن»
Sesiapa yang diberi makanan oleh Allah, maka
hendaklah ia membaca; Ya Allah, berilah kami keberkatan kepada makanan
ini dan berilah lagi makanan kepada kami yang lebih baik dari ini.” Dan
sesiapa yang diberi minum susu oleh Allah, maka hendaklah ia membaca :
Ya Allah berkatilah bagi kami pada minuman ini dan tambahkan lagi kepada
kami (susu).” Sesungguhnya tidak ada satu makanan dan minuman yang cukup
lengkap (khasiatnya) selain drp susu. Riwayat Abu Daud.
Garam
وذكر البغوي في
تفسيره : عن عبد الله بن عمر ـ رضي الله عنهما ـ مرفوعًا:
«إن الله أنزل أربع بركات من السماء إلى الأرض:
الحديد، والنار، والماء، والملح» . والموقوف أشبه.
Al-Baghwi dalam tafsirnya ada menyebut bahawa drp
Abdullah bin Umar RA dengan sanad marfuk: Bahawa Allah telah menurunkan
4 perkara yang berkat dari langit ke dunia iaitu besi, api, air dan
garam.
Tamar (K
(urma
ثبت في الصحيح عنه ـ صلى الله عليه وسلم
ـ: «من
تصبح بسبع تمرات وفي لفظ: من تمر العالية لم يضره ذلك اليوم سم ولا سحر»
Diriwayatkan daripada Saad r.a
katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang memakan tujuh
biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah)
pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai
petang *
Maklumat lanjut
Telur
ذكر
البيهقي في شعب الإيمان أثرًا مرفوعًا: أن نبيًا من الأنبياء شكى إلى
الله سبحانه الضعف، فأمره بأكل البيض. وفي ثبوته نظر، ويختار من البيض
الحديث على العتيق، وبيض الدجاج على سائربيض الطير، وهو معتدل يميل إلى
البرودة قليلًا.
Maksudnya : Imam Biahaqi meriwayatkan sebah hadis
marfuk : bahawa seorang nabi di antara para nabi telah mengadu kepada
Allah tentang kelemahan badannya. Maka Allah mengarahnya supaya makan
telur.
Di antara khasiat kuning telur ialah ;
1. menghilangkan rasa sakit
2. ubat batuk
Tin
ويذكر
عن أبي الدرداء: أهدي إلى النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ طبق من تين،
فقال:
«كلوا و أكل منه،
Abu Darda’ menceritakan bahawa
RS dihadiahkan satu tabak buah tin. Beliau bersabda; makanlah !, maka
akupun makan.
Di antara khasiat buah tin
ialah ;
1. ubat penyakit buasir
2. ubat bengkak-bengkak badan
3. menghilangkan batuk yang berpanjangan
4. melawaskan air kencing