|
Khuluk
Pengertian
Khuluk
1. Khuluk
bermaksud perceraian yang diminta oleh isteri dengan
membuat gantirugi (bayaran)
kepada suami.
Cara ini juga dipanggil tebus talak.
2.
Bagi pasangan suami isteri yang bercerai secara tebus
talak, suami tidak boleh merujuk kembali bekas
isterinya. Jika suami ingin kembali kepada isteri atau
sebaliknya mereka perlu bernikah semula dengan akad yang
baru.
3. Bayaran
khuluk tidak ditentukan nilainya. Suami tidak sewajamya
mengambil kesempatan untuk
mendapatkan bayaran yang terlalu tinggi
daripada isteri.
Maksudnya:
Tidak halal bagi kamu mengambil
apaapa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu
juapun kecuali jika takut keduanya bahawa
tiada alcan menurut peraturan Allah. Jika kamu
takut bahawa tiada akan men urut peraturan
Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya
tentang barang yang jadi tebusan perempuan
itu. Al-Baqarah : 229
Rukun Khuluk
1. Suami
2. Isteri
3. Bayaran yg dipersetujui
4. Lafaz
Cara Khuluk (tebus talak).
1. Bayaran tebus talak
bergantung kepada persetujuan suami isteri yang hendak
berpisah.
2.
Contoh lafaz khuluk suami: “Aku ceraikan engkau dengan
bayaran sebanyak RM2000, isteri terus menjawab, “Saya
terima”.
3.
Contoh lafaz khuluk isteri: “Ceraikan aku dengan bayaran
RM2000,” jawab suami, “Saya ceraikan engkau
dengan bayaran tersebut”.
4.
Bayaran khuluk boleh dibuat dengan mata wang atau
barang-barang lain yang halal, suci, dan berharga
seperti rumah, sawah, kebun atau lain-lain yang
bermanfaat dan berharga.
5.
Tebus talak tidak boleh dipaksa oleh orang lain. Jika
pihak suami berkeras hati tidak mahu melakukan
khuluk, pihak kadi hendaklah bertindak mengikut
lunas-lunas yang dibenarkan oleh syarak.
6.
Khuluk tidak mengurangi bilangan tiga talak kepunyaan
suami terhadap isteri itu.
7. Khuluk boleh
dijatuhkan pada bila-bila masa sama ada ketika suci
ataupun tidak kerana ia adalah atas
kehendak isteri tersebut.
Hikmah Khuluk
1. Mengelakkan isteri
nusyuz kepada suami.
2. Penghormatan kepada
kaum perempuan kerana mereka mempunyai hak untuk
bertindak mengikut
peraturan yang telah ditetapkan oleh syara'.
3. Memberi keinsafan
kepada suami supaya menyedari kesilapan dan kesalahannya
terhadap isteri
demi kebaikan masa depan.
|