New Page 1

 

Home
Menu Utama

 
  


 

   Khuluk (Tebus Talak)


      
Pengertian Khuluk

1.    Khuluk bermaksud perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat gantirugi (bayaran) kepada suami. Cara ini juga dipanggil  tebus talak.  

2.    Bagi pasangan suami isteri yang bercerai secara tebus talak, suami tidak boleh merujuk kembali bekas isterinya. Jika suami ingin kembali kepada isteri atau sebaliknya mereka perlu bernikah semula dengan akad yang baru.

3.    Bayaran khuluk tidak ditentukan nilainya. Suami tidak sewajamya mengambil kesempatan untuk mendapatkan bayaran yang terlalu tinggi daripada isteri.

 

الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آَتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلَّا أَنْ يَخَافَا أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (229)

           
Talak (yang boleh dirujuk' kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (ruju' dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepasnya (menceraikannya) dengan cara yang baik. Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri ) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengambil bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Al-Baqarah : 229

  


Rukun Khuluk

   1. Suami
   2. Isteri
   3. Bayaran yg dipersetujui
   4. Lafaz

 

Cara Khuluk (tebus talak).
 

1.   Bayaran tebus talak bergantung kepada persetujuan suami isteri yang hendak berpisah.  

2.   Contoh lafaz khuluk suami: “Aku ceraikan engkau dengan bayaran sebanyak RM2000, isteri terus menjawab, “Saya terima”.  

3.   Contoh lafaz khuluk isteri: “Ceraikan aku dengan bayaran RM2000,” jawab suami, “Saya ceraikan engkau dengan bayaran tersebut”.  

4.   Bayaran khuluk boleh dibuat dengan mata wang atau barang-barang lain yang halal, suci, dan berharga  seperti rumah, sawah, kebun atau lain-lain yang bermanfaat dan berharga.  

5.   Tebus talak tidak boleh dipaksa oleh orang lain. Jika pihak suami berkeras hati tidak mahu melakukan khuluk, pihak kadi hendaklah bertindak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh syarak.  

6.   Khuluk tidak mengurangi bilangan tiga talak kepunyaan suami terhadap isteri itu.   

7.  Khuluk boleh dijatuhkan pada bila-bila masa sama ada ketika suci ataupun tidak kerana ia adalah atas kehendak isteri tersebut.
 

Hikmah Khuluk

 

1. Mengelakkan isteri nusyuz kepada suami.  

2. Penghormatan kepada kaum perempuan kerana mereka mempunyai hak untuk bertindak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syara'.

3. Memberi keinsafan kepada suami supaya menyedari kesilapan dan kesalahannya terhadap isteri demi kebaikan masa depan.

 

 

Free CSS Template

Iklan teks - 10 kekosongan - Iklan teks anda di sini. Hanya RM10 sebulan.

Sponsors




Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

Right - 7 kekosongan




 

 Work From No Home

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2013 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   

Valid CSS!HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy! Valid XHTML 1.0 Transitional